“MACAM mana dengan proposal yang saya minta awak untuk siapkan?” Soal Asyraf yang memakai cermin mata.
“Dah Encik Asyraf. Kami dah siapkan.” Jawab seorang pengurus projek.
“Pastikan kita dapat buat yang terbaik dalam pembentangan kali ini. Saya nak awak buka mata Advertising Group seluas-luasnya siapa Mega Holding.” Terang Asyraf lalu mengeluh kecil. Edy yang dari tadi memerhati Asyraf yang memberi tumpuan dalam tugasan lantas menepuk tangan dan melangkah masuk. Pengurus projek itu terus meminta diri sebelum diarahkan.
“Seriusnya CEO Mega Holding ni. Anak siapa ni?” Usik Edy.
“Anak tunggal Tan Sri Nizam.” Kata Asyraf dengan bersahaja membuatkan Edy ketawa.
“Aku rasa kau kena kahwin cepat la. Baru fokus dengan kerja.” Cadang Edy.
“Betul. Ini tak, kau ajak aku gi clubing semata-mata nak seronok dengan perempuan sana perempuan sini.” Sokong Alif yang terpacul di muka pintu. Asyraf sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Mana tidaknya tazkirah percuma sudah diberi oleh dua orang sahabatnya.
“A… Dokta Hanani ada?” Soal Alif yang teragak-agak. Tanpa di pinta Hanani keluar dari ruangannya. Dia tersenyum senang melihat kedatangan Alif secara tiba-tiba.
“Kenapa kau datang ambil aku tadi?” Soal Hanani lembut apabila Alif tidak berkata-kata sejak dari tadi.
“Aku nak melamar kau.” Terang Alif membuatkan Hanani kelu tidak terkata. Hanya mata Hanani yang masih terkebil-kebil seakan tidak percaya. Lantas Hanani menundukkan wajah dan menitiskan air mata tanpa dipinta. Serba salah Alif dibuatnya sehingga dia melihat keadaan di sekeliling sebelum memujuk Hanani.
“Hanani aku minta maaf.” Pinta Alif yang sudah serba salah. “Hanani, jangan la nangis lagi. Orang tengok ni.” Pujuk Alif. Perlahan-lahan Hanani menyeka air matanya yang menitis ke pipi.
“AMBOI, Puan Sri Hasyimah kita ni dah pergi honeymoon ke mana dah?” Soal seorang lelaki tua dengan senyuman mengusik. Lantas Tan Sri Nordin mencuit dagu Puan Sri Hasyimah. Puan Sri Hasyimah hanya tersenyum hambar.
“Kenapa abang bawa kami duduk sekali dengan abang?” Soal Puan Sri Hasyimah.
“Kenapa?” Soal Tan Sri Nordin, namun Puan Sri Hasyimah hanya membisu.
“Lari dari masalah bukan jalan penyelesaian. Dan abang bawa awak ke sini kerana awak dan anak-anak pelengkap hidup abang selepas abang kehilangan isteri abang buat selama-lamanya. Fahmi dan Trisya perlukan seorang ibu. Dan abang tahu Alia, Amir dan Aiman perlukan seorang ayah.” Terang Tan Sri Nordin satu persatu menyebabkan air mata seorang isteri menitis ke pipi. Lantas jari jemari Tan Sri Nordin menyeka air mata Puan Sri Hasyimah.
“Terima kasih abang.” Ucap Puan Sri Hasyimah dalam sebak.
“Abang yang patut ucap terima kasih sebab awak dan Alia serta anak-anak lain sudi jaga saya supaya tidak tersasar dan menyerah kalah dengan kehidupan.” Terang Tan Sri Nordin. “Awak dan Alia adalah dua wanita yang hebat.” Terang Tan Sri Nordin lalu tersenyum.
Share this novel