SEMUANYA Asyraf ingin bantu, tetapi Alia tetap keras kepala tidak mahu dibantu. Sakit hati Asyraf melihat sikap Alia yang tidak mempedulikan kehadiran dirinya. Resah hati Asyraf dengan penyakit Alia yang mementingkan diri sendiri.
Alia tetap duduk di dalam bilik persendirian. Dia tidak mahu langsung menatap wajah Asyraf walau sesaat. Malah sarapan yang dihantar ke dalam bilik tidak langsung terusik. Memang Alia berasa kasihan dan rindu akan suaminya yang dulu. Yang memanggil dia tiga suku, yang suka mengusik dirinya yang cepat melatah dengan sikap Asyraf yang bersahaja.
“Kau datang kerja ni kenapa?” Soal Edy.
“Kau tu? Isteri dah beranak nak buat apa masuk kerja? Mylin Group bukan tak boleh hidup kalau sehari kau tak ada.” Balas Asyraf.
“Aku rasa kau tak cukup lembut layan Alia. Dia keras, kau pun keras, masalah tak akan selesai.” Kata Alif yang berdiri di muka pintu bilik CEO Mega Holding sambil berpeluk tubuh. Lalu menghapiri rakan-rakannya.
“Jadi aku kena mengalah la.” Duga Asyraf lalu memandang wajah Alif dan Edy yang sudah tersenyum.
“Mengalah bukan bermakna kau kalah.” Kata Edy.
“ Mengalah adalah strategi kaum lelaki. Sebenarnya kau tengah susun strategi untuk satu kemenangan. Nanti kau akan tahu apa itu kemenangan.” Sambung Alif. “Sebab aku akan berkahwin dengan Nani hujung bulan depan. Bertunang seminggu, lepas tu pak, pak, gebum gebum la aku.” Kata Alif memecah tewa Edy dan Asyraf.
“KAK ATI. Ibu dengan yang lain-lain pergi mana ya?” Soal Alia apabila merasakan suasana rumah yang agak sunyi.
“Petang nanti ibu balik. Ibu ke masjid. Kak Mazni kamu tu bantu Fahmi di pejabat. Aiman pergi ambil Trisya di Taska. Fahmi ajar Amir selok belok pejabat.” Terang Kak Siti.
“A… Suami saya?” Soal Alia yang teragak-agak.
“Asyraf ke pejabat.” Jawapan Kak Siti membuatkan Alia terasa hati yang mahu main tarik tali dengannya. Kejap elok aje dia melayan Alia, kejap dia pinggirkan Alia. Dia terasa hati dengan aku ke hah?
Kak Siti hanya memerhati hidangan yang tidak diusik langsung oleh Alia. Kalau penuh pinggan yang di hantar, penuh juga la yang dipulangkan oleh Alia. Lemah sahaja Alia melangkah meniti anak tangga satu persatu menuju ke bilik.
“EH! Asyraf dah balik.” Sapa Puan Sri Hasyimah.
“Ha ah.” Jawab Asyraf lalu mencari kelibat seseorang di tingkat atas. “Alia mana?”
“Dekat atas. Ibu tengok dia tadi, sebab kak Ati kata Alia belum makan dari pagi tadi. Tapi dia dah lelap. Tak sampai hati pulak ibu nak kejutkan. Nanti kalau dia dah bangun, suruh dia cuci luka ya.” Pesan Puan Sri Hasyimah sebelum Asyraf meminta izin untuk naik ke bilik.
Usai mandi Asyraf melangkah masuk ke dalam bilik Alia yang tertutup rapat. Hanya lampu tidur yang menerangi bilik Alia. Asyraf melabuhkan punggung di birai katil sebaik sahaja melihat Alia lena. Pintu beranda bilik yang terbuka luas menjemput angin malam masuk mememani Alia yang tidur dengan lena. Asyraf lantas bangun namun langkahnya terhenti apabila Alia menggapai tangan Asyraf. Asyraf duduk semula di tempat asal.
“Alia tak makan ke?” Soal Asyraf lembut namun hanya jelas di telinga Alia. Perlahan-lahan Alia bangun dari pembaringan dan duduk mendekati Asyraf.
“Saya tunggu awak la. Saya nak minta maaf dengan awak, mungkin saya buat macam ni sebab awak CEO Mega Holding yang digilai ramai wanita. Saya takut, cinta dan sayang saya belum cukup untuk menandingi wanita yang ada di sekeliling awak.” Luah Alia yang separuh berbisik di telinga Asyraf.
Perlahan-lahan pipi Alia di usap lembut, sebelum jari jemarinya bermain di pipi Alia. Deruan nafas mereka bersatu.
“Alia dah cukup sempurna bagi saya, saya tidak akan mencari wanita lain untuk menjadi seorang isteri dan ibu.” Luah Asyraf. “Saya sayangkan Alia.”
“Alia tak la….” Alia tidak dapat menghabiskan kata-Kata apabila Asyraf mengucup dahinya. Mereka berpandangan buat seketika. Biarkan tempat beradu menjadi saksi di malam hari, biarkan bulan bicara sendiri, biarkan bintang menjadi saksi, dan biarkan sang suria berseri di esok hari.
Share this novel