ALIA masih terkial-kial mengemas barang untuk di bawa pulang, dia percaya dengan jodoh yang telah Allah SWT tetapkan untuk dirinya. Dia percaya ketentuan Yang Maha Esa itu lebih baik. Dia perlu memberi ruang kepada dirinya untuk menjalani kehidupan yang telah di tetapkan dengan lebih baik.
“Alia, ayah harap Alia dapat tanam sikap memaafkan orang lain.” Pinta Tan Sri Nordin yang duduk di sofa bersama anak-anak dan isteri.
“Berat hati Alia ayah, Alia tak boleh memaafkan apatah lagi menerima mereka yang dah hancurkan hidup ibu.”
“Memaafkan tidak semestinya kita perlu menerima seseorang itu kembali. Kalau kamu dapat memaafkan seseorang, hidup kamu akan lebih tenang tanpa rasa dendam.” Terang Tan Sri Nordin agar Alia dan anak-anaknya dapat memahami apa yang ingin di sampaikan.
“Ayah nak minta maaf, kalau didikan ayah belum sempurna untuk kamu hadapi masalah yang ada. Ayah juga mohon kamu semua terima segala kekurangan ayah.” Ucap Tan Sri Nordin membuat kan seisi keluarga menjadi sebak.
“Ayah dah cukup sempurna buat kami. Ayah tak pernah pilih kasih antara kami. Malah Alia yang patut minta maaf kalau Alia tak pernah cuba atau berusaha jaga maruah ayah sebagai Tan Sri.” Pinta Alia dalam sebak sambil separuh melutut di hadapan Tan Sri Nordin sambil tangan kanannya memegang kepala lutut Tan Sri Nordin.
Tan Sri Nordin tersenyum senang dengan kata-kata Alia, dia mengusap lembut kepala Alia yang berhijab.
“Bukan pangkat ayah sebagai Tan Sri yang Alia dan adik-adik perlu jaga, sebab pangkat bukan boleh tolong ayah masuk syurga. Tapi maruah kami sebagai ibu bapa, yang Alia perlu jaga.” Terang Tan Sri Nordin menyebabkan seisi keluarga menjadi sebak.
“Saya janji. Saya akan jaga Fahmi dan Trisya macam anak kandung saya sendiri.” Luah Puan Sri Hasyimah lembut.
“Ayah, adalah seorang yang hebat buat Fahmi, kalau ayah tak ada, Fahmi mungkin tewas.” Akui Fahmi dengan mata yang sudah mula mengalir deras.
“Ayah… Bukan sahaja seorang ayah, tapi sahabat buat kami.” Kata Amir lalu melemparkan senyuman.
Lamunan Alia terhenti di situ apabila telefon bimbitnya berdering minta dijawab.
KEKHUATIRAN Puan Sri Hasyimah semakin menjadi-jadi semenjak dua tiga hari ini. Tan Sri Nordin makan dengan banyak sekali. Sedangkan bila pulang makan tengah hari, Tan Sri Nordin akan makan sedikit sahaja kerana akan pulang ke pejabat semula. Tapi kali ini lain pula.
“Kita bertolak malam ni la ke JB, sekali dengan Alia.” Cadang Tan Sri Nordin lalu tersenyum.
“Boleh aje ayah, lagi pun abang Fahmi dah bersemangat pulak nak handel syarikat dalam seminggu dua ni, jadi ayah kena la ada kan.” Duga Amir.
“Betul tu, abang Fahmi cepat belajar cara nak handle projek dan client.” Kata Tan Sri Nordin dengan senyuman.
“Nanti saya kemaskan baju abang ya.” Kata Puan Sri Hasyimah.
“Tak payah la, dekat sana dah ada baju. Lagi pun kalau abang sempat balik la kita akan bertolak malam ni.” Terang Tan Sri Nordin.
Senyuaman Tan Sri Nordin yang lain dari yang lain itu membuatkan Puan Sri Hasyimah teringat akan peristiwa dia memeriksa kaki Tan Sri Nordin yang sedang tidur. Dia lantas menekup mulut dan tidak mahu percaya, namun dia tetap berusaha walau apa kemungkinan yang bakal berlaku.
“Mah.” Sapa Tan Sri Nordin lalu melenyapkan lamunan Puan Sri Hasyimah. Selalunya Puan Sri Hasyimah yang akan menghulurkan tangan untuk bersalaman tetapi kali ini Tan Sri Nordin yang menghulurkan tangan untuk di salam.
“Sedap awak masak hari ni. Saya pergi dulu ya, jaga anak-anak.” Pesan Tan Sri Nordin dan berlalu pergi ditemani mata Puan Sri Hasyimah yang sudah berkaca. Berat hati Puan Sri Hasyimah untuk mendengar pesanan Tan Sri Nordin.
NORMAN lantas menghubungi bengkel kereta yang berdekatan untuk mengambil kereta yang akan dia tinggalkan di bahu jalan. Tan Sri Nordin yang dari tadi duduk sambil membaca majalah lantas keluar dari kereta sebaik sahaja mendapati Norman menanti di luar seorang diri. Tergamam Norman apabila mendengar dentuman serta sekujur tubuh yang terpelanting jauh dari tempat asal. Norman lantas mendapatkan Tan Sri Nordin yang tidak lagi sedar. Darah sudah mula mengalir membasahi jalan. Norman cuba mendapatkan bantuan dan menghubungi ambulan.
Eliana yang sedang sibuk mengemas barang untuk di bawa ke JB lantas memegang perut yang terasa sakit sehingga air matanya sudah menitis keluar tanpa di pinta.
“Abang!” Laung Eliana dalam kesakitan. Edy yang tadinya memanaskan enjin kereta lantas berlari-lari anak apabila Eliana asyik memanggilnya. Eliana lantas mengenggam erat tangan Edy yang ingin memimpinnya untuk menuruni anak tangga.
Kak Siti lantas mendapatkan Puan Sri Hasyimah yang terjatuh di dalam bilik air sedang dia leka menyediakan makan malam.
“DOKTA ALIA.” Sapa Intan dengan wajah cemas. Alia cuba memahami maksud pandangan Intan yang resah.
Alia berlari-lari anak untuk mendapatkan Tan Sri Nordin yang mengalami pendarahan yang banyak.
“Alia kau buat apa dekat sini? Eli dah nak bersalinkan.” Sapa Hanani yang turut cemas.
“Aku tak boleh buat.” Akui Alia dalam sebak dan tangis.
“Kalau kau berusaha selamatkan Eli, Allah pasti akan selamatkan ayah. Kau kena yakin. Aku janji aku akan buat yang terbaik.” Kata Hanani sambil di perhatikan oleh Alif dan Asyraf. Hanani mengusap setiap titisan air mata Alia.
“Ayah yakin sangat Alia boleh buat sesuatu, yang orang lain tak boleh, giliran Alia untuk yakin dengan diri Alia sendiri.” Kata Puan Sri Hasyimah di dalam tangis. Lantas Alia memeluk erat tubuh Puan Sri Hasyimah dengan tangisan yang semakin menjadi-jadi esakannya.
Alia memandang wajah Eliana yang mengerang kesakitan ditemani tangis. Jururawat yang lain berusaha untuk menyenangkan segala kerja Alia.
Hanani turut memberi sepenuh perhatian buat Tan Sri Nordin bertahan. Dia percaya atas segala ketentuan Allah di atas segala usahanya.
Puan Sri Hasyimah di peluk oleh anak-anak agar lebih kuat. Trisya diam di dalam pelukan Puan Sri Hasyimah.
Share this novel