BAB 37

Family Completed 2963

“HAI Asy.” Sapa Tasya dengan senyuman meleret. Asyraf turut tergamam dengan kehadiran Tasya yang akan membuatkan Alia terasa hati. Perlahan-lahan Tasya memegang tangan Asyraf.
     “I rindu dengan you.” Luah Tasya yang menatap wajah Asyraf sebelum mengucup pipi lelaki itu. Asyraf seperti di khayalan.
     Alia cuba memerhati dari jauh sebelum menghampiri mereka. Menitis juga air mata wanita serta isteri pada Asyraf. Tergamam Tasya dan Asyraf dengan kehadiran Alia.
     “Awak.” Kata Asyraf dalam lemah.
     “Awak dah boleh jatuhkan… Talak…. Pada saya…” Kata Alia lemah di dalam tangisan hiba. Lantas berlalu. Asyraf tergamam dengan permintaan Alia. Lantas dia mengejar langkah Alia. Tangan Alia direntap hebat oleh Asyraf. Tergamam Asyraf melihat air mata Alia yang mengalir deras.
     “Saya tak akan lepaskan awak Alia.” Akui Asyraf.
     “Awak patut lepaskan saya, sebelum saya bagi ruang untuk awak dalam hati saya.” Luah Alia lalu beredar.

PERLAHAN-LAHAN Asyraf menghampiri Alia yang terbaring di atas katil. Dia mahu menyentuh namun tidak kesampaian.
     “Dari sekolah lagi perasaan suka dekat awak tu dah ada. Tapi, bila kita dah jumpa balik, persaan suka tu jadi lain dan luar biasa.” Akui Asyraf dengan apa yang di rasa.
     “Saya lelaki, saya tak mampu nak kawal nafsu dan keinginan saya sebagai seorang suami. Saya cuba hormat awak tak macam perempuan yang kejar saya.” Terang Asyraf.
     “Salah ke? Saya minta hak saya sebagai seorang suami.” Kata Asyraf lagi membuatkan air mata Alia menitis di dalam pembaringan yang membelakangi Asyraf.
     “Kalau itu yang awak minta, saya akan bagi jawapan. Anggap la semua salah saya.” Luah Asyraf lalu beredar.

`KENAPA dalam rumah tangga mesti ada dugaan, kenapa susah untuk aku cari kebahagiaan aku sendir.’ Keluh Alia di dalam hati apabila deruan ombak jelas kedengaran. Malam yang suram tanpa berjuta bintang. Skirt Alia yang beralun seperti hatinya yang beralun di tiup angin malam. Asyraf lantas berdiri di sisi Alia.
     “Awak betul-betul nak saya tunaikan permintaan awak siang tadi? Sampaikan tak boleh tunggu dalam bilik.” Kata Asyraf membuatkan Alia menghadap wajah Asyraf yang tampak tenang. Asyraf turut memandang wajah Alia yang tampak tenang.
     “Keputusan semua dekat tangan lelaki. Sekali lafas sahaja segala-galanya akan berubah.” Kata Alia lemah. “Awak sukar menilai saya Asyraf.” Sambung Alia lagi apabila Asyraf menghampirinya.
      “Baik, saya… Akan…..” Lantas kata-kata Asyraf mati apabila Alia lantas memeluk tubuh suaminya.
      “Asyraf, kalau awak tak kuat untuk temani hidup saya. Awak tak perlu hadir buat kali kedua.” Terang Alia sebaik sahaja melepaskan pelukan itu.Tergamam Asyraf dengan kata-kata Alia. Alia lantas berlalu meninggalkan Asyraf yang membisu tanpa kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience