BAB 19

Family Completed 2828

“DOKTA ALIA kita ada pesakit, dia tumpah darah.” Terang seorang jururawat sebaik sahaja dibenarkan masuk oleh Alia yang duduk membelek fail kesihatan pesakit yang ada dibawah jagaannya. Alia bergegas ke ruangan kecemasan.
      Kita minta untuk dihidupkan semula, agar dapat kembali ke dunia yang nyata. Kita singgah di rahim bonda sebelum menjejaki dunia. Itulah kehidupan. Namun tiada siapa yang mampu bersyukur dengan setiap ujian Allah SWT.
      Menitis air mata Alia sebaik sahaja singgah di bilik bayi yang lahir tidak cukup matang. Hatinya sebak sehingga air mata tidak segan untuk menitis ke pipi. Dia sedar, selama ini dia tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah SWT. Dia ingkar untuk menghormati ibu bapanya. Dia lalai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Dia berasa berdosa kerana hanya mampu menunaikan rasa benci dan dendam kepada seorang ayah.
     Perlahan-lahan Asyraf menghampiri Alia yang menangis hiba. Tercalit rasa ingin tahu, apa yang berlaku kepada kehidupan seorang gadis yang dulu banyak berkata-kata, ceria, dan penghibur dalam kehidupan dirinya dan rakan-rakan. Perlahan-lahan dia menyentuh bahu Alia lembut. Tergamam dia apabila dapat melihat sendiri air mata seorang gadis.
     “Jangan la nangis lagi. Aku kan kawan kau. Kalau kau ada masalah, cerita la dengan aku. Jangan la nangis sorang-sorang.” Pujuk Asyraf lalu menghulurkan tissu kepada Alia.

PUAN SRI HASYIMAH sudah mula khuatir akan keadaan Alia yang tidak menjawab panggilan telefon. Malah Alia tidak pula menghubunginya semula. Sudah beberapa kali dia meninggalkan pesanan suara.
     “Kenapa ni ibu?” Soal Fahmi.
     “Kak Alia kamu tak jawab pun bila ibu telefon.” Jawab Puan Sri Hasyimah.
     “Ibu lebih kenal dia kan.” Kata Fahmi dengan senyuman sebelum berlalu.
     Setiap ibu mahu melihat anak-anak dia hidup bahagia. Tidak pernah sedikit pun ibu berniat buruk terhadap kehidupan anak-anak. Andai syuga di bawah tapak kaki seorang ibu. Belum tentu lagi Ibu bakal ke syuga. Sedangkan ibu sendiri punya kesilapan.

YA ALLAH, Ya Robb, aku mengharap agar di hadirkan srikandi penyejuk di mata, penerang di hati. Aku berharap agar tidak salah dalam membuat pilihan. Kurniakan lah aku isteri dan anak yang soleh dan solehah. Ya Allah aku silap dalam kehidupan, ampunilah aku.
     Puan Sri Syarifah terjaga dari tidur sebaik sahaja mendengar sedu tangis Tan Sri Roslan. Hatinya mula risau akan kesihatan Tan Sri Roslan yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience