ASYRAF menepuk lembut bahu Alif yang dari tadi mengelamun di bawah pokok. Dia yang baru duduk terus mengelamun. Alif memandang wajahnya apabila dari tadi duduk mendagu.
Edy dan Eliana mengatur langkah menghampiri mereka dengan senyuman yang bersahaja.
“Korang ni kenapa?” Soal Edy.
“Rindu la dekat Alia dengan Nani bila tiga suku dengan poning diorang tu tak ada dekat sekolah.” Terang Alif.
“Ala esok diorang ada balik la. Lagi pun diorang pergi kuiz kimia dekat KL je pon.” Terang Edy.
“Betul tu korang. Selangor dengan KL bukannya jauh mana pun.” Terang Eliana lalu menepuk lembut bahu Asyraf agar kembali bersemangat semula. Asyraf tersenyum hambar.
“Patut la aku tengok awek dekat sekolah ni, pandang kau lain macam aje.” Usik Edy membuatkan Asyraf ketawa kecil.
SEMUA pelajar kelas kimia duduk berkumpul di dalam satu kumpulan menanti pengumuman pertandingan. Alia memegang tangan Hanani agar tabah untuk menerima segala kemungkianan. Rakan-rakan yang lain sudah menepuk lembut bahu Alia dan Hanani.
Sebaik sahaja keluar dari dewan Alia, Hanani dan rakan sekelas yang lain hanya membuat wajah keruh di hadapan Cikgu Masri yang dari tadi menanti. Tanpa bertanya Cikgu Masri mengeluh kecil dan mengatur langkah untuk pulang. Namun langkah Cikgu Masri tidak dituruti oleh pelajar-pelajarnya. Lantas dia menoleh tergamam Cikgu Masri bahawa piala kemenangan berpihak kepada mereka. Cikgu Masri tersenyum dan ketawa kecil apabila pelajar-pelajar menghampirinya.
“Pandai kamu semua sorokkan piala kemenangan dari saya ya.” Kata Cikgu Masri dengan senyuman lalu ketawa kecil.
Mereka sempat mengambil gambar sebagai kenangan di masa akan datang.
“ALIA mana? Tak makan sekali ke?” Soal Dato Hasyim sebaik sahaja makan malam sedia terhidang di atas meja.
“Oh! Saya dah kejut kan dah tadi, tapi katanya matanya berat sangat sampai tak boleh nak buka mata.” Terang Puan Hasyimah dalam tawa kecil.
“Dia ada cakap tak, macam mana dengan kuiz hari ni?” Soal Dato Hasyim lalu memandang Edy yang dari tadi membisu tanpa kata.
“Tak ada pun, balik tadi dia terus baring atas katil lepas tu, sampai sekarang tak bangun-bangun.” Terang Puan Hasyimah.
“Letih sangat la agaknya.” Duga Dato Hasyim. Akui Puan Hasyimah dengan senyuman.
Share this novel