BAB 35

Family Completed 2963

ASYRAF menghampiri Puan Sri Hasyimah yang sedang sibuk di dapur sambil dibantu oleh Kak Siti. Pembantu rumah yang sangat cekap dan efisyen. Puan Sri Hasyimah tersenyum senang dengan kehadiran menantu pertamanya itu.
     “Sarapan  la dulu Asyraf, Ibu sediakan ya.” Kata Puan Sri Hasyimah sebelum menghidangkan sarapan di meja dapur sahaja. Puan Sri Hasyimah lantas melabuhkan punggung bertentangan dengan Asyraf. Asyraf yang menuangkan air kopi ke dalam cawan Puan Sri Hasyimah sebelum ke dalam cawannya. Puan Sri Hasyimah melepaskan keluhan berat.
     “Ibu minta maaf la bagi perangai Alia.” Alif mematikan langkah di sebalik dinding ke dapur sebaik sahaja Puan Sri Hasyimah membuka topik mengenai Alia. Edy dan Eliana turut mematikan langkah di anak tangga terakhir.
     “Kenapa pulak Ibu nak minta maaf dengan sikap Alia?” Soal Asyraf pura-pura tidak tahu.
     “Ibu tahu, Alia tinggalkan tempat tidur waktu malam pertama. Kalau nak ikutkan memang tak elok macam tu.” Tergamam Asyraf. Alif sudah tergamam. Edy pula kasihan dengan nasib rakannya itu.
     “Asyraf tak terasa hati pun Ibu. Lagi pun Asyraf akan cuba belajar memahami dia.” Kata Asyraf tenang. “Dulu pun dia suka Edy. Mungkin….” Tidak sanggup Asyraf menghabiskan ayat itu. Dia tahu hatinya akan cemburu. Eliana memandang Edy dengan sayu.
     “Kalau kamu nak memahami, kamu kena tahu kenapa hati dia keras untuk semua lelaki kecuali arwah dan adik-adik. Yang penting bukan sebab Eli isteri Edy atau Edy sudah menjadi milik Eli.” Kata Puan Sri Hasyimah membuat Asyraf tergamam dan ingin tahu.
     “Eli dan Alif tak tahu pasal hal ni.” Sambung Puan Sri Hasyimah lemah. Edy, Eliana dan Alif cuba mendengar perbualan itu sebaik mungkin.

PERLAHAN-LAHAN Asyraf membaringkan tubuh bertentangan dengan Alia yang berbaju t-shirt lengan panjang bewarna merah jambu, tudung bawal, dan skirt kembang yang licin. Wajah isterinya ditatap sayu.
     “Kamu mesti ingat lagi zaman sekolah kamu. Alia pernah bergaduh dengan Eli pasal Edy. Tapi… Tan Sri Roslan cuma datang untuk mengetahui masalah disiplin Eli dan Alif sedangkan, Alia dipandangnya macam nak makan musuh. Bukan tu aje, Tan Sri Roslan tidak membenarkan Alia panggil dia ayah. Dari kecik nafkah jarang bagi. Alia dapat jumpa Tan Sri Roslan bukannya setiap tahun. Dalam dua tiga tahun hanya sekali. Lepas Alia dah besar lagi la batang hidung ayah kandung pun tak nampak. Disebabkan Alia tak tahan, dan dia dah tak kuat lagi. Ibu cadangkan untuk pindah ke Pulau Pinang. Alia betul-betul nak cepat pindah.” Terang ibu satu persatu.
     “Alia banyak sangat tolong ibu. Dia seorang yang kuat, dia teman ibu jadi pembantu rumah di rumah nekda semata-mata ibu nak dekat dengan Alif. Bila Tan Sri Roslan dapat tahu nekda bersubahan, dia terus bawa lari Alif masa tahun tiga.” Tangisan Puan Sri Hasyimah semakin menjadi-jadi sehingga Puan Sri Syarifah, Tengku Maimunah dan Tan Sri Roslan turut mendengar.
     “Lepas UPSR Alia dapat tawaran ke sekolah  berasrama penuh, tapi Alia tolak sebab dapat jejaki Alif dan mahu mengambil hati Tan Sri Roslan. Dia terus minta ke Selangor, jadi la ibu bekerja dengan papa Edy. Dia cuma benci dengan setiap tindakan  Tan Sri Roslan pada ibu, dia dan adik-adik. Percayalah, ibu tak pernah minta cerai, tapi talak tetap jatuh tanpa dipinta apabila lelaki yang ucapkan. Sebab tu Alia tak nak kahwin, dia takut jadi macam ibu. Dia kuat sebab berusaha dia cari Alif supaya air mata ibu tak lagi mengalir. Setiap kali balik sekolah ibu akan rotan dia dengan rotan buluh setiap kali dia cuba tolong ibu, sampai la dia melangkah ke alam sekolah menengah. Tapi dia cuma nak tengok kebahagiaan orang lain. Bukan diri dia sendiri.”
     “Habis tu apa kelemahan Alia?” Soal Asyraf.
     “Kasih sayang dan perhatian. Baru kamu tahu nanti Alia tu lembut.” Tawa Puan Sri Hasyimah dalam tangis.
     Tiupan angin menyergah fikiran Asyraf yang buntu dengan sikap keras kepala, dan tiga suku Alia.

ALIA melabuhkan punggung di birai katil apabila melihat Asyraf menyisir rambut di hadapan cermin.
     “Hmmmm. Nak apa cakap la.” Asyraf memecah kebisuan Alia yang sedari tadi ingin bersuara.
     “Awak marah saya ke?” Soal Alia yang masih di dalam ketakutan. Perlahan-lahan Asyraf menghampiri Alia. Lalu duduk separuh melutut di hadapan Alia sebelum mengenggam tangan Alia yang lembut.
     “Saya tak marah, tapi… Awak tahukan apa hukum tinggalkan tempat tidur. Lagi pun syurga awak sekarang di bawah tapak kaki saya. Saya ni suami awak.” Pesan Asyraf lembut menyebabkan titisan mutiara dari kelopak mata Alia mengalir juga.
     “Hah! Tak mau la nangis. Saya baru cakap, tak rotan pun. Marah pun tak." Pujuk Asyraf lembut lalu duduk di birai katil sebelum memeluk Alia dari sisi.
     “Apa ni? Tak comel la kalau awek saya yang tiga suku ni nangis.” Usik Asyraf. Dia panggil aku tiga suku, tak guna punya suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience