AWAL-AWAL pagi lagi Alia sudah bersiap-siap untuk keluar seisi keluarga ke Pulau Tioman. Namun Asyraf yang lambat. Alia sudah mengenakan baju t-shirt lengan panjang, seluar track dan tudung bawal. Manakala Asyraf masih di bilik air. Asyraf lantas keluar dari bilik air dengan t-shirt lengan pendek dan seluar jeans. Telefon bimbit Asyraf yang berdiring membuatkan Alia menjeling sedikit. Asyraf yang melihat Alia tidak menjawab panggilan itu lantas mencapai telefon berkenaan
“You…” Suara Tasya menggoda dirinya.
“Hmmm…” Namun Asyraf tidak mengendahkannya. Asyraf cuba memerhati wajah masam mencuka Alia. Habis la, perang la aku dengan perempuan tiga suku lepas ni.
Alia lantas mengorak langkah meninggalkan Asyraf, namun tangan Asyraf lantas menarik pergelangan tangan Alia. Langkah Alia lantas terhenti. Asyraf cuba menatap wajah masam mencuka Alia.
“Aduh! Buruknya muka isteri saya ni.” Usik Asyraf dengan senyuman. Alia lantas mencubit tangan Asyraf.
“Kurang ajar kan awak ni.” Rungut Alia. Namun Asyraf masih mengusap kesan cubitan itu.
“Garangnya, nak garang atas katil la.” Usik Asyraf lagi, belum sempat ke katil Alia sudah menapuk bahunya pula.
“Kena lagi.” Keluh Asyraf lalu mengeggam kemas tangan Alia untuk keluar.
“KENAPA kita kena chek in satu hotel je? Yang lain best aje chek in sendiri.” Alia sudah mula tidak puas hati sambil duduk di birai katil. Asyraf sudah ketawa sendiri sebelum masuk ke dalam bilik air. Apa punya soalan la isteri aku yang tiga suku ni. Kita dah kahwin la awak oi.
Alia lantas melelapkan mata apabila soalannya tidak dijawab. Dia hanya mampu melayan perasaannya yang mengantuk tahap ghaban. Namun matanya ingin sekali melihat pantai. Lantas dia menulis pesanan buat Asyraf.
Dari jauh Asyraf sudah dapat menangkap susuk tubuh Alia yang baring dibuaian sambil melelapkan mata.
“Apa guna menjadi lilin, agar orang lain tersenyum, tapi diri sendiri terkorban. Jadilah seperti kunang-kunang walaupun cahayanya kecil. Masih boleh buat orang lain tersenyum dan diri sendiri akan pergi lebih jauh.” Kata-kata Asyraf membuatkan Alia membuka kelopak mata.
“Kalau berkorban itu punca kebahagiaannya?”
“Tapi kenapa perlu menjadi seperti lilin?”
“Sebab lilin tak pernah takut untuk jatuh atau cair, tapi kita ni manusia sering takut untuk jatuh. Cuba kita tengok tokoh-tokoh islam dahulu. Macam mana cara mereka menyebarkan islam. Rasullullah SAW adalah pemimpin yang perlu dicontohi setiap manusia. Cara Baginda memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara.” Asyraf tersenyum senang dengan penerangan dari Alia.
ALIA yang sudah bersiap-siap untuk makan malam seisi keluarga lantas membetulkan skirt yang nampak senteng sebelah dihadapan cermin. Kali ini Asyraf hanya bertuala putih. Alia yang sudah bersiap-siap lantas mengalihkan pandangan.
“Awak…. Boleh tak pakai baju cepat.” Arah Alia apabila melihat Asyraf masih berdiri dihadapan almari. Asyraf sudah menguntum senyuman. Dia sudah mendapat cara untuk menyakat Alia. Perlahan-lahan dia menghampiri Alia yang sudah menutup matanya.
“Alia malu dengan abang ke?” Usik Asyraf yang sudah berdiri di hadapan Alia. Dagu Alia dipegang untuk dia menatap wajah Alia yang sudah kemerahan. Kali ini Alia cuba membuka mata dan berundur setapak demi setapak ke belakang diikuti langkah Asyraf yang melangkah ke hadapan. Perlahan-lahan tangan Alia ke tombol pintu namun Asyraf menghalang dengan memegang tangan Alia. Alia cuba bernafas sebaik yang mungkin. Supaya dia tidak dapat penyakit sesak nafas selepas ini.
“Awak ni dah kenapa?” Soal Alia terketar-ketar.
“Saya nak.” Usik Asyraf semakin menjadi-jadi.
“Nak apa?” Soal Alia yang semakin terketar-ketar apabila deruan nafas Asyraf dapat di rasakan.
“Saya nak baju saya.” Kata Asyraf lalu menguntum senyuman. Alia hanya mampu menahan geram lantas mengambil baju buat Asyraf. Asyraf masih tersenyum sambil memerhati wajah Alia yang bengang. Huh! Nasib iman aku kuat, kalau tak atas katil la kita.
SEPANJANG makan malam bersama keluarga Alia hanya membisu sehingga wajah semua orang dia tidak mahu pandang. Hanya hidangan di depan mata yang dilayan masuk ke dalam tekak.
“Terima kasih la Asyraf sebab bawa kami semua pergi bulan madu sekali.” Tergamam Alia apabila kata-kata Puan Sri Hasyimah menyergah kesunyian. Hah! Bulan madu.
Asyraf hanya tersenyum memandang wajah Alia yang tampak jelas kaget. Alia terus menghentikan suapan terakhir. Wahai anak tekak kenapa cepat sangat kau kembang bila terasa hati.
Share this novel