BAB 38

Family Completed 2963

PERJALANAN ke Kuala Lumpur kali ini tidak memyukarkan Alia untuk memintas kereta Kak Mazni, Alif, Edy dan Asyraf. Kecut perut Fahmi yang duduk di sisi Alia.
     “Kenapa ni kak Alia?” Soal Amir.
     “A… Rumah kak Alia kena pecah masuk.” Jawab Alia yang cemas.
     “Apa?” Tergamam mereka yang berada di dalam kereta.
      “Siapa yang bagi tahu?” Soal Fahmi.
      “Pihak polis yang call, baru nak inform.” Kata Alia yang hampir separuh menangis.
      “Sabar kak Alia. Ujian Allah itu ada hikmahnya.” Pujuk Aiman.
       “Ada hikmah juga kita bertolak awal pagi, rupanya perkara buruk bakal berlaku.” Kata Fahmi yang bersyukur dengan perjalanan yang di rancang awal.
     Setibanya di perkarangan rumah, Alia hanya menurunkan Fahmi, Amir dan Aiman. Mereka semua tertanya-tanya pemergian Alia yang tergesa-gesa.
     “Kenapa dengan kak Alia kamu tu? Tergesa-gesa aje.” Duga Puan Sri Hasyimah.
     “Rumah Kak Alia kena pecah masuk.” Jawab Fahmi.
     “Ha ah, masa drive pihak polis call, tu yang Kak Alia potong semua kereta.” Terang Aiman.
      “Asyraf, pergi tengok Alia, apa pun pastikan dia terima dugaan Allah. Ya.” Pinta Puan Sri Hasyimah.

SETIBANYA di balai polis, Asyraf cuba mencari kelibat Alia yang tidak dapat dihubungi. Namun susuk tubuh yang mengelamun jauh itu di hampiri Asyraf sebaik sahaja seorang pegawai polis lelaki yang dalam lingkungan 50-an menghulurkan segelas minuman kepada Alia yang tampak lemah.
      “Assalammualaikum Inspekter.” Ucap Asyraf lalu bersalaman dengan ketua polis bernama Hasyim.
     “Saya suami Puan Alia.” Akui Asyraf. “Apa yang terjadi sebenarnya?”
      “Dari hasil penyiasatan kami, rumah Puan Alia bukan sahaja dipecah masuk, tapi barang-barang peribadi Puan Alia turut dibakar. Kami pasti, perbuatan ini bermotifkan dendam.” Tergamam Asyraf mendengar keterangan pihak polis lalu memandang Alia.
     “Kami minta maaf kerana tidak dapat membenarkan Puan Alia ke sana buat masa ini. Saya harap Encik dapat membawa Puan Alia untuk pulang.” Kata Encik Hasyim.
     “Kalau macam tu, kereta Puan Alia saya tinggalkan di sini dahulu. Nanti saya arahkan pemandu saya datang ambil.” Cadang Asyraf dengan senyuman.
     “Kalau macam tu, biar saya minta orang saya untuk hantarkan.” Kata Inspekter Hasyim lalu mengarahkan orangnya memandu kereta Alia.
     Alia hanya membuang pandangan keluar tingkap. Lalu melelapkan mata untuk seketika. Baru nak rasa mencintai dah ada orang ajak musuh.
     Asyraf memandang Alia yang menyepi. Aduhai, sesak nafas aku macam ni, bila dia senyap. Kesian pulak tu. Ni mesti permainan Tasya.

“ALIA, puas abang cari Alia dekat bilik pengantin, rupanya Alia dekat bilik privacy ni.” Sapa Asyraf lembut.
     “Salah ke Alia nak miliki lelaki sebagai suami? Kenapa semua yang Alia nak, semua tak dapat.”
     “Apa Alia cakap ni, abang kan milik Alia.”
      “Alia rela bermadu, kalau itu yang Tasya nak. Dan hentikan sakiti Alia.” Luah Alia di dalam sebak lalu menuju ke katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience