BAB 10

Family Completed 2963

TAN SRI NORDIN bergegas ketingkat dua ditemani pembantu rumah, pemandu peribadi dan ibunda tercinta Puan Sri Hasyimah. Tan Sri Nordin sudah melabuhkan punggung apabila melihat anak gadisnya masih terbaring.
     “Panas sangat ni.” Kata Tan Sri Nordin sebaik sahaja duduk di birai katil dan merasai dahi anak gadisnya. Puan Sri Hasyimah sudah mula berasa khuatir akan keadaan anak gadisnya yang seorang itu.
     “Norman, beri tahu PA saya yang saya batalkan mesyuarat dengan Mega Holding.” Arah Tan Sri Nordin.
     “Kenapa dengan Kak Alia ayah?” Soal Fahmi anak lelaki Tan Sri Nordin yang berumur 21 tahun. Dia turut bergegas ke bilik Alia. Amir dan Aiman turut mengikuti langkah Fahmi yang mendukung Trisya yang berumur 3 tahun.
     “Panas sangat ni ayah.” Kata Fahmi dalam kerisauan.
     “Macam mana boleh jadi macam ni?” Soal Amir.
     “Dua hari lepas kak Alia kamu langgar orang, balik semalam ayah cuma perasan dia diam aje, tak sangka pulak jadi macam ni.” Terang Tan Sri Nordin. “A… Amir tolong pesan dekat Norman untuk telefon pihak hospital bagi menanyakan keadaan orang yang di langgar kak Alia.” Pinta Tan Sri Nordin dalam resah.

RAKAN-RAKAN sudah mula mengerumuni Asyraf sebaik sahaja sedar. Mereka semua tersenyum senang melihat reaksi Asyraf.
     “Kau okey tak ni?” Soal Edy yang duduk di birai katil.
     “Aku okey je.” Jawab Asyraf yang masih lemah lalu melemparkan senyuman hambar.
     “Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?” Soal Eliana yang duduk di kerusi.
     “Aku cuma ingat aku nak melintas pergi dekat kereta…. Salah aku jugak, sebab…. Aku melintas tak tengok kiri kanan. Lagi pun aku marah sangat dengan Tasya masa tu.” Terang Asyraf satu persatu.
     “Hmmmm. Tasya la, Mimi la, Sarah la, Hanan la, and bla bla bla.” Sindir Hanani. “Siapa lagi lepas ni? Playboy.” Soal Hanani lalu memukul pergelangan tangan Asyraf yang berbalut kerana luka. Rakan-rakan yang lain hanya menahan tawa mendengar bebelan Hanani yang menyarung pakaian dokta dengan kemas.
     “Setahu aku yang langgar kau perempuan. Cantik gila, aku dengar orang cerita.” Terang Alif membuatkan Asyraf teruja.
     “Mula la tu.” Sergah Edy.
     “Tapi sayang la. Tasya bengang terus tolak dia, and…”
     “Apa jadi?” Soal Eliana.
     “Balai la.” Jawab Alif.
     “Tapi dia tak salah. Aku yang salah.” Terang Asyraf yang sudah mula resah dan serba salah. Alif lantas menepuk bahu Asyraf lembut.
     “Ada saksi kata kau meluru keluar.” Terang Alif.
     “Macam mana dengan mesyuarat kita dengan Advertising Group?” Soal Asyraf.
     “Dah banyak kali dah Tan Sri batalkan mesyuarat. Termasuk la hari ni. Katanya anak perempuan dia damam.” Terang Edy.
     “Oh! Ya, esok lusa. Kau dah boleh keluar. So… Jangan nak menggatal.” Pesan Hanani lalu beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience