“KENAPA ni Tan Sri?” Soal Seorang peguam yang segak bergaya dan baik budi bicara.
“Saya nak awak buat wasiat dari hasil seorang penyiasat menyatakan anak-anak saya masih hidup.” Terang Tan Sri Roslan yang asyik mmengusap dadanya yang sedikit sakit sejak semalam.
“Siapa yang Tan Sri nak arahkan untuk membaca wasiat?” Soal peguam itu lagi yang mula khuatir akan keadaan Tan Sri Roslan. Tan Sri Roslan tersenyum di dalam kesakitan.
“Saya nak awak bacakan. Dan surat dari saya, biar…. Suami Alia yang baca.” Jawab Tan Sri Roslan tenang lalu menghulurkan sepucuk surat kepada Peguamnya.
ALIA lantas menurunkan kain itu perlahan-lahan. Dia turut khuatir jika dirinya terjatuh. Sebaik sahaja turun dia berlari-lari anak meninggalkan perkarangan rumah mengikut pintu pagar belakang rumah. Alia hanya berlari menggunakan kaki ayam.
Puas Puan Sri Hasyimah mengetuk pintu bilik Alia, namun tiada siapa yang sahut. Puan Sri Hasyimah sudah berasa tidak sedap hati lantas memulas tombol pintu bilik. Dari jauh dia sudah dapat melihat kain yang berjuntai di beranda bilik Alia, dia lantas menghampiri. Dah agak dah.
Puan Sri Hasyimah lantas mendapatkan Tan Sri Nordin selagi tetamu masih belum tiba. Puan Sri Hasyimah membisikkan sesuatu sebelum Fahmi dan adik beradik yang lain mengetahui hal itu.
Tan Sri Nordin bergegas keluar memandu keretanya sendiri. Begitu juga Fahmi dan Hanani. Buntu Tan Sri Nordin dengan sikap Alia yang tidak mampu di duga tindakan yang akan di ambil. Hanani sudah menggaru kepala apabila kelibat Alia tidak ditemui. Dia lantas menghubungi Alif.
“Hah! Kenapa ni?” Soal Alif.
“Tolong lengah-lengahkan diorang.” Pinta Hanani yang cemas.
“Mana boleh. Kita orang dah sampai.” Akui Alif, membuatkan Hanani hampir separuh menjerit.
Alia yang bertembung dengan Fahmi, Amir dan Aiman sedikit tergamam. Menitis air mata Alia lalu menyembamkan wajah ke bahu Fahmi. Amir dan Aiman mengusap lembut bahu Alia yang terhenjut-henjut dalam tangisan hiba.
HANANI menghampiri Puan Sri Hasyimah dengan gelengan kepala yang lemah. Para tetamu sudah dapat menduga apa yang berlaku. Hanani yang bermata sayu sudah dapat di duga oleh pihak keluarga lelaki. Asyraf sudah memandang wajah Edy dan Alif.
Tan Sri Nordin pula yang tiba di perkarangan rumah. Namun tetap sama tidak dapat menemui Alia. Asyraf memandang wajah keruh Tan Sri Nordin. Malu dan serba salah bertamu menjadi satu. Namun langkah Tan Sri Nordin mati apabila semua tetamu memandang kereta milik Fahmi. Fahmi lantas membuka pintu kereta buat Alia.
Semua para tetamu sudah mula menjadi pemerhati. Fahmi berdiri di antara Aiman dan memegang erat tangan kanan Alia, begitu juga Amir memegang erat tangan kiri Alia. Wajah tegang Tan Sri Nordin membuatkan Alia mematikan langkah, betul-betul di depan Tan Sri Nordin.
Tiada kata-kata yang dapat di ungkapkan, Alia mula sebak dan air matanya menitis deras ke pipi. Lantas Tan Sri Nordin memeluk erat tubuh Alia. Kemudian menarik Fahmi, Amir, dan Aiman di dalam pelukannya. Hanani tersenyum senang lalu memeluk Puan Sri Hasyimah dan mendukung Trisya.
Tan Sri Nordin sendiri membawa Alia masuk ke dalam rumah dan berjalan seiring seisi keluarga.
Edy dan Alif tersenyum senang lalu memeluk tubuh Asyraf.
Share this novel