“CIK ALIA.” Sapa seorang lelaki yang berumur lewat 40-an. Sepanjang perjalanan Alia hanya membuang pandangan ke luar tingkap. Ada ketika keluhan berat dilepaskan.
“Cik Alia nak singgah dekat mana-mana ke?” Soal lelaki tua itu apabila Alia asyik mengeluh. Dia memandang wajah Alia yang tersenyum hambar melalui cermin pandang belakang.
“Tak apa la Pak Mus. Saya nak balik rumah terus.” Terang Alia yang agak kepenatan. Aku ni suka ke tak nak balik Malaysia ni.
Pak Mus hanya memerhati Alia yang dari tadi melihat pembangunan Kuala Lumpur yang kian bercambah.
“PEMBENTANGAN yang baik dari seorang anak muda.” Puji Tan Sri Nordin membuatkan Edy dan Alif berbangga dengan prestasi syarikat sahabatnya itu. Tan Sri Nordin pula senang dengan kerjasama yang bakal di jalankan.
“Tak ada yang perlu di bangga kan pun. Saya cuma manusia biasa, kadang kala sering melakukan kesilapan.” Terang Asyraf yang sudah biasa merendah diri, namun kadang kala dia sering alpa.
“Sekarang pun masa lunch, boleh la kita bersurai.” Kata Tan Sri Nordin.
“Kalau macam tu, mari la lunch dengan kami Tan Sri.” Pelawa Edy dengan senyuman bersahaja.
“Tak apa la, saya nak balik rumah secepat mungkin.” Terang Tan Sri Nordin dengan senyuman penuh makna.
“Isteri dah menunggu ke Tan Sri?” Usik Alif.
“Isteri tu satu hal. Princes the firts saya pun balik Malaysia hari ni.” Terang Tan Sri Nordin dengan senyuman bersahaja lalu menyambut salam anak-anak muda yang ada di hadapannya.
“NASIB baik la kan mood Tan Sri tu baik, kalau tak pasti dia suruh kau buat balik proposal dalam kerja sama kali ni.” Kata Alif lalu meneguk minuman di hadapannya.
“Nampaknya kau kena bekerja keras dalam menghasilkan karya yang bermutu. Tarik sikit demi sedikit kelalaian Tan Sri yang masih ada mood baik.” Cadang Edy membuatkan Asyraf berfikir di sebalik idea Edy. Namun dia perlu lebih yakin untuk membuktikan kehebatannya tanpa menggunakan kelemahan orang lain.
“Aku rasa la kan… Projek kali ni dia memang dah pilih aku sejak dari awal la. Aku rasa macam dia lebihkan keluarga dia dari projek ni.” Terang Asyraf yang menurut rasa hatinya.
“Hmmm. Aku pun rasa benda yang sama.” Akui Edy.
“By the way, good luck untuk kita semua. Selamat menyambut hari persahabatan yang ke tiga belas tahun.” Ucap Alif dengan senyuman. Edy lantas memukul tubuh Asyraf. Asyraf tersenyum lalu mengusap wajahnya berulang kali.
“Aku pun lupa.” Akui Asyraf.
“Serius, dekat mana pulak kita nak sambut kali ni eh. Hmmm.” Kata Edy dalam fikiran sudah banyak tempat terbayang.
PUAS Asyraf melayan semua gadis yang ada di sekelilinya. Dia teruja dan bangga di kelilingi gadis yang cantik dan seksi. Namun hanya untuk ditatapi, bukannya untuk dimiliki. Kerana kebahagiaan adalah sebuah harapan agar kekal ke Jannah.
Di dalam suasana yang bising dengan muzik yang tidak menentu, dan lampu yang samar-samar pancarannya. Seorang wanita lantas menarik tangannya untuk di bawa keluar.
“Bila?” Soal seorang wanita yang berkasut tumit tinggi, dress paras lutut dan rambut yang beralun lembut hingga paras dada.
“Bila apanya? I tak faham la.” Soal Asyraf.
“Kita nak kahwin la.” Terang wanita itu tanpa berselindung. Asyraf yang tergamam lantas membetulkan kedudukan cermin mata lalu tersenyum sinis.
“I rasa you banyak sangat bermimpi.” Kata Asyraf lalu beredar ke tempat letak kereta. Namun belum sempat dia keseberang tubuhnya berdentum hebat dengan sebuah kereta yang datang dari arah kanan. Gadis yang berada di dalam turut tergamam apabila lelaki itu terus meluru. Gadis itu turut keluar dari kereta untuk membantu.
“Woi! Perempuan, kau buta ke apa?” Sergah seorang gadis yang baru sebentar tadi berbual dengan Asyraf. Gadis itu tidak dapat membantu lalaki yang dilanggar apabila gadis tadi menolak tubuhnya, manakala orang sudah mula mengerumuni.
Share this novel