Sudah lama gastriknya tidak meragam. Dari pagi dia tidak sedap badan namun dipaksa diri untuk hadir ke kelasnya tidak mahu di batalkan last minit. Kelasnya terpaksa dihabiskan awal. Dia tidak larat untuk teruskan. Seusai habis kelas dia menuju ke toilet tingkat satu. Habis segala isi perut dikeluarkannya. Terasa perit tekaknya.
Dari jauh humaira nampak harraz tergesa-gesa menuju ke toilet menunduk seolah menahan sakit. Langkah kakinya dibuka laju menuju ke arah lelaki itu. Rasa risau menampak dihatinya.
Humaira terdiam di pintu toilet itu berkira-kira untuk masuk. Dia mengetuk pintu itu. Diam tanpa sahutan.
"Harraz awak okay tak?" Soal humaira. Dia membuka sedikit pintu. Kerisauan nya semakin bertapak mendengar Harraz muntah.
Humaira memandang sekeliling sejurus itu dia ternampak Amar menuju kearahnya.
"Amar sini. Cepat."
"Kenapa?" Soal Amar melihat riak wajah Humaira jelas kerisauan.
"Harraz muntah kat dalam tu. Saya risau la."
Amar lantas masuk ke dalam toilet. Humaira mengikuti langkah Amar dari belakang. Terasa janggal bila kakinya melangkah masuk.
"Harraz kau okay tak ni."
Harraz hanya menggelengkan kepalanya. Wajahnya jelas kepucatan. Renik-renik peluh memenuhi dahinya. Wajah putihnya sudah mula kemerahan.
"Aku bawa kau pergi PKU la."
"Its okay, boleh tahan ni." Balas Harraz pelahan. Dahinya berkerut seribu menahan sakit. Tangannya memegang perut yang memulas.
"Amar kita bawa Harraz ke PKU la."
"Dah jom aku papah kau."
"Takpe. Sikit je ni" Laju kepalanya digeleng. Membayangkan jarum sahaja sudah membuatnya meremang.
"Sikit? abang jangan nak mengada sangat boleh tak." Marah Humaira dengan kedegilan suaminya.
Harraz cuba mengukir senyum dengan kerisauan isterinya itu.
"Abang okay la sayang. Boleh tahan lagi ni." Kakinya sudah mula terasa lenguh untuk berdiri. Akhirnya dia bersandar lesu di pintu toilet. Tangannya sudah menggeletar menahan sakit.
Amar terkedu mendengar pertuturan pasangan itu wajah Humaira dan Harraz dipandang silih berganti.
"Dah tak payah nak kelentong." Tanpa kekok Humaira memangku bahu Harraz untuk berdiri. Sungguh kerisauannya membuatkan dia lupa tentang Amar.
Melihat perilaku Humaira tanpa kekok memaku bahu lelaki itu meninggalkan seribu persoalan di fikiran Amar tetapi tidak terluah. Tangannya laju cuba untuk membantu Harraz berdiri.
Rasa sakit yang mencengkam membuatnya akur juga. Tidak mahu membantah lagi.
"Boleh jalan tak ni?" Soal Humaira ragu. Harraz menangguk lemah.
"Amar saya ambil kereta, awak tunggu dekat bawah."
Isyarat tangan diangkat Amar. Dia memapah Harraz perlahan-lahan menuruni tangga.
Tiba di PKU, bahu Harraz dicuitnya pelahan. "Abang..." Panggil Humaira pelahan. Wajah Harraz yang terpejam itu ditenungnya penuh kerisauan. Selepas berdiam diri seketika Harraz membuka mata mengangguk lemah lalu membuka pintu kereta.
Amar terus memapah Harraz masuk ke bilik rawatan. Humaira mengikuti lelaki itu dari belakang. Terus sahaja Humaira mendaftarkan nama Harraz di bilik rawatan. Mujur sahaja tidak perlu menunggu pesakit lain.
"Kenapa ya Encik Harraz?" Soal doktor yang bertugas.
"Gastrik rasanya." Balas Harraz lemah.
"Muntah-muntah ada tak?"
"Ya ada."
"Rasanya saya kena suntik ni. Baru boleh tahan."
"Haa? Takpe doktor sikit je ni." Mendengar suntikan dari doktor itu sudah mengerunkan Harraz. Cepat sahaja tangannya mencapai tangan Humaira disebelahnya memohon kekuatan.
"Saya suntik sikit je." Ucap doktor itu tersenyum melihat Harraz yang jelas ketakutan.
"Maaf encik berdua boleh tunggu di luar ya."
Tangan Humaira semakin erat digengam Harraz kepalanya digelengkan supaya Humaira tidak keluar.
"Boleh isteri saya tunggu?" Soal harraz lemah.
Mata Amar bulat memandang wajah dihadapannya silih berganti seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu.
"Biar betik? Aku ngorat bini orang ke? Hah mampus aku!" Bisik Amar didalam hatinya. Tanpa buang masa Amar segera keluar.
"Ohh isteri encik. Ya boleh-boleh." Jawab doktor itu tersenyum.
"Sakit tak doktor?" Soal Harraz seperti anak kecil. Humaira disebelahnya tersenyum menahan gelak. Penakut suaminya ni.
"Sikit je ni, Macam kena gigit semut je Encik Harraz." Balas Doktor dihadapannya.
Mata Harraz dipejam rapat. Tangan Humaira digengamnya kuat. Humaira mengosok pelahan telapak tangan Harraz memberi kekuatan. Dalam hatinya rasa ingin tergelak kuat. Jika bukan kerana malu dengan doktor dihadapanya pasti suaminya itu diketawanya tidak ingat dunia.
"Doktorrr.... Dokktoorr saaakiiit." Jerit Harraz, saat disuntik. Humaira tidak tahan menahan tawa akhirnya terletus juga.
"Sayang... ingat tak sakit ke?" Bentak Harraz tidak puas hati dengan isterinya. Malu sebenarnya, tapi dah memang dia anti dengan benda alah tu.
"Doktor boleh inject wife saya sama tak?" Soal Harraz selamba.
Doktor itu tergelak mendengar soalan dari Harraz. "Rasanya encik Harraz yang saya kena tambah suntik ni." Usik Doktor itu mesra.
Humaira menutup mulut menahan gelak.
"Suka lah tu gelakkan orang." Bentak Harraz. Harraz berusaha memaksa tubuhnya untuk bangun. Tangan Humaira pantas menyambar pinggang Harraz untuk menyeimbangkan tubuh lelaki itu. Dengan berhati-hati Humaira membantu Harraz keluar dari bilik rawatan.
Belum sempat pintu bilik rawatan dibuka luas. Terus sahaja Amar menyerang pasangan itu.
"Awat hang tak habaq kat aku? Eii besarq kecik besarq kecik je aku tengok hangpa ni?"
Harraz tersenyum kelat memandang sahabatnya itu. "Sorry bro." Ucap Harraz sepatah.
"Nasib hang sakit kalau tak aku tambah lagi sakit hang. Nak p mana ni? Aku hantar hangpa p EDC la."
"Eh Aira balik postgrad." Pantas Humaira mencelah. Malu mula bersarang dihatinya. Baru je Kantoi dengan rakan falkultinya. Takkan nak menyewa hotel pula. Memang tidaklah!!
"Balik sana la. Aku tidur sat, okay la ni." Balas Harraz lemah.
"Suka hati hangpa la. Eii geram betul aku. Patut muka cemberuk macam beruk matyeh kalau aku ayat si Aira ni." Ujar Amar geramnya masih bersisa pada Harraz.
Harraz hanya tersenyum. Sungguh dia tidak mampu membalas kata-kata lelaki dihadapanya itu.
"Sorry Amar." Balas Humaira serba salah.
"No hal la." Balas Amar pelahan. Dia tersenyum memandang Humaira. "Hai la melepas...!"
"Ehem..." Ujar Harraz, berdehem melihat senyuman Amar kepada isterinya.
"Kau kenapa lekat biji nangka? Sebelum ni aku ayat bini kau, buat derk je."
"Itu sebelum ni. Sekarang dah kantoi terang-terangan."
Amar tergelak mendengar kata-kata Harraz.
Share this novel