"Dalila, kau kenal Harraz kan?" Soal Salwa. Sungguh dia tidak sabar, lelaki itu melupakan dia tentang abang susuan Humaira.
Dalila tergelak. "Jatuh hati?" Tanya Dalila tersenyum.
"Gila tak jatuh hati, Handsome yang amat!" Beria Salwa meluahkan pendapatnya. Humaira hanya memasang telinga mendengar perbualan dua rakannya itu. Tiada niat untuk menyampuk. Hatinya masih rawang dengan layanan Harraz petang tadi.
"Ya aku kenal, dia memang handsome kan? Kau belum tengok dia pakai jubah putih. Aku pun boleh kemaruk sama." Ujar Dalila penuh minat. "Dia sama penyelia dengan aku Prof Hasanah. Kau tahu Prof selalu puji dia, sampai kadang-kadang aku jatuh hati dengar pujian prof."
"Really? Mesti ada ciri-ciri lelaki melayu arabic terakhirkan bila dia pakai jubah? Cerita la, aku minat pula dengan mamat ni?" ujar Salwa tergelak.
"Kau tahu IG dia?" Soal Dalila.
"Dia ada IG? Haa apa IG dia beb? Aku nak follow sekarang juga." Gelak Dalila.
"Harraz official."
"Eh ini bukan ke? Aku dah follow la. Dia bukan ke owner butik viral haritu ke?" Soal Salwa terpempan. Dia sudah tersedia menjadi follower lelaki itu. Wow! Patut macam pernah tengok. Memang crush aku rupanya. Bisik Salwa dalam hati. Sungguh dia girang.
"Haa, yela dia punya butik baru nak upp. Tapi dia ada IG personal. Aku follow dia tak approve pula. Mungkin privasi kot." Ujar Dalila sedikit kecewa.
"Apa IG personal dia? Macam gedik nak follow je?"
"Kau cari dia IzzHraz."
"Eh? Aira dia follower kau ye?"
"Haa... Apa?" Soalan Salwa yang tiba-tiba tidak dijangka oleh Humaira. Hakikatnya dia sedar, dia memang saling follow di Instagram dan di Fac juga mereka berkawan. Dia sendiri yang gedik sekondeng tunang itu. Mahu mengetahui tentang kehidupan sosial tunangnya itu.
"Yeke? Bak sini tengok?" Humaira berpura-pura tidak tahu. "Entahla aku pun tak perasan, kejap aku tengok" Dia buat-buat membuka Instagram Harraz. "Aah dia follower aku juga" Jawab Humaira selamba.
"Wow Aira, dia follow kau? Biar betiikk? Pinjam nak sekondeng." Pantas Salwa memohon telefon Humaira. Humaira menghulurkan telefonnya pada Salwa, dia melihat sama, seolah-olah berminat dengan khabar itu.
"Sini nak tengok sama. Dia tak approve pun aku follow dia. Aira kenal Harraz ke sebelum ni?"
"Haa... kenal? Eh tak lah. Tak tahu macam mana boleh jadi kenal dalam media sosial ni." Humaira buat-buat gelak. Hampir-hampir sahaja dia kantoi mengenali lelaki itu.
"Weh tengok, dia study Mesir ke? Wow daebak! Ini memang abang-abang ustaq, calon limited edition ni"
"Haa yelah weh. Ohh Student Mesir ke? Patutlah dia terror cakap Arab. Aku ingat dia budak USIM."
"Sarjana dekat USIM kot."
"Aah mungkin kot. Sebab dia cakap dulu dia student USIM. Dia tak cakap pula dia study Mesir. Patut selalu jadi iman dekat masjid."
"Masjid sini ke?"
"Ye masjid sini. Selalu juga dia jadi iman masjid. Prof pun cakap dia mengajar kelas Bahasa Arab dan kelas Tajwid percuma dekat masjid."
"Really?"
"Ye, Tapi aku tak sempat join lagi. Sebab baru akhir semester lepas ni dia buat. Jom kita join sama nak?"
"Hari apa? Aira kau on tak?"
"Haa? Aku... Hari apa?" Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk bertentang mata dengan lelaki itu.
"Weekend, kalau kelas Tajwid, Jumaat petang lepas Asar. Sabtu kelas Bahasa Arab, dalam jam 8 pagi tak silap aku." Jelas Dalila penuh. Dia memang sudah sedia maklum jadual Harraz sebab Prof Hasanah sudah memaklumkan padanya, supaya mengajak rakan-rakan lain menyertai kelas Harraz.
"Wow ini rare! Jom lah Aira kita join. Boleh kami ngorat sekali?" Salwa mengeyit mata kepada Dalila. Mereka sama-sama tergelak. Humaira hanya mengangguk mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.
"Amboi kau gatal ye? Habis abang Fazran kau nak tinggal mana?" Tanya Humaira menyakat sahabatnya itu. Dia sedia maklum sahabatnya itu menaruh hati pada abangnya.
"Alah Fazran aku dah tinggal dekat Edinburgh, ini aku cari Fazran Malaysia pula." Gelak Salwa.
"Ehem-ehem siapa pula Fazran ni?" Soal Dalila ingin tahu.
Salwa tergelak mendengar pertanyaan Dalila. "Aira ni la, tak habis-habis nak satukan aku dengan abang dia tu."
"Kalau kau setuju apa salahnya." Humaira mengangkat keningnya.
Salwa hanya tergelak mendengar celoteh Humaira. Dia sememangnya setuju tetapi bila Fazran tidak pernah memberi sebarang reaksi setiap kali diusik. Dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.
Share this novel