"Dalila, singgah dekat petronas depan tu boleh tak? Rasa macam nak ke toilet la." Ucap Humaira.
"Okay..." Seusai masuk ke Petronas Dalila ternampak kereta honda putih milik Harraz.
"Eh bukan kereta Harraz ke?" Soal Dalila.
"Aaah ye la kot." Balas Humaira. Harraz sudah memaklumkan padanya dia sudah sampai disini. Mata Humaira dikeling ke dalam kereta lelaki itu. Tetapi tiada. SMS dihantar pada lelaki itu.
[Awak dekat mana? Saya dah sampai nak p toilet kejap.]
[Surau. Okay wife.]
Saat kaki Humaira melangkah ke tandas, Harraz keluar dari surau arah bertentangan.
"Wife..." Panggil Harraz tersenyum melihat isterinya itu.
"Dah lama sampai?" Soal Humaira.
"Takpe... nak makan pape tak? Abang belikan?" Soal Harraz prihatin.
"Tak nak la. Saya parking sebelah kereta awak."
"Wife... tak nak teman abang ke?" Soal harraz manja
"Teman apa pula?" Soal Humaira.
"Dalila dan Salwa kan ada drive kereta sayang. Wife teman abang la, kesian suami wife drive kereta sorang-sorang" Balas Harraz mengoda.
"Sebelum ni memang drive seorang okay je?"
"Itu sebelum ni sebelum ada wife." Balas harraz mencuit bahu isterinya itu.
"Hish... jangan nak mengada sangat boleh tak?"
"Alaa... abang mengada dengan wife seorang je." Balas Harraz tersenyum mengoda kepada isterinya.
Humaira mencebik bibir melihat senyuman Harraz. Gatal tak habis-habis. "Tak nak teman, drive la sorang-sorang." Balas Humaira selamba. Belum sempat kakinya melangkah ke toilet. Harraz memegang lengannya.
"Amboi bibir tu, suka buat macam tu ye? Nak goda abang ke?" Bisik Harraz perlahan ke telinganya.
Mendengar kata-kata Harraz terus sahaja Humaira meloloskan dirinya dan berlari ke toilet. Geram, kenapa la suaminya gatal sangat naik pening kepalanya.
Harraz tersenyum melihat isterinya berlari anak ke toilet. Dia berlalu masuk petromart. Dia mendekati Salwa, seketika nampak gadis itu.
"Beli apa?" Soalnya.
"Beli pape boleh dimakan. Harraz bila sampai?"
Harraz menilit jam ditangannya. "Emm almost two-hour kot." Balasnya. Memang dari tadi dia sampai disini. Tidak kisah pun sampai awal. Dia boleh ambil masa untuk solat dhuha disitu.
"Laa dah lama la... Maafla kami lambat pula." Balas Salwa memohon maaf atas kelewatan mereka.
"No, its okay la. Salwa nak makan pape ke? Ambilla saya bayarkan."
"Betul ni Dr Harraz nak belanjer?" Soal Salwa girang.
"Ambilla... Aira suka makan apa?" Soal Harraz matanya memandang sekeliling.
"Kegemaran Aira mudah je Doktor, anything cheese, yogurt, chocolate, blubbery strawberry." Balas Salwa. Baginya Humaira sangat beruntung memiliki Harraz lihat sahaja sikap ambil berat Harraz pada wanita itu.
Harraz tersenyum lalu menuju ke peti minimum, dia meneliti peti itu dan mengambil minuman calips strawberry. Minuman itu diangkat dan ditunjukkan kepada Salwa.
"Good choice." Salwa mengangkat ibu jara thumps up kepada lelaki itu.
"Salwa ambilla la pape, ambil untuk Dalila sekali."
"Okay Doktor. Terima kasih." Balas Salwa girang.
Humaira mendekati Salwa dan Harraz yang beriringan keluar dari pertromart.
"Allah banyaknya kau beli Awa?" Ujar Humaira terpandangkan plastic yang dibimbit Salwa.
"Eh bukan aku yang beli ni, suami kau beli semua ni. Aku tukang bawa je." Balas Salwa selamba. Dia sendiri terkejut melihat Harraz membayar semua makanan itu. ingatkan untuk bekalan sendiri, rupanya untuk mereka.
"Laa kenapa banyak sangat?" Soal Humaira.
"Takpe la boleh makan nanti sampai Kedah." Balas Harraz tersenyum.
"Ambillah sikit, banyak sangat ni. Kami bukan makan sangat kalau drive jauh."
"Abang belikan untuk Aira dan semua, makanlah." Harraz menolak lembut tangan isterinya itu, tanda menolak.
"Kau pun Awa, yang jadi tukang sengih je, tak tolak kenapa?" Soal Humaira pada Salwa.
"Laa aku pula? Suami kau tu yang berkeras nak beli. Okay apa, makan free." Jawab Salwa gelak.
"Its okay la sayang. Abang beli untuk semua, kalau tak habis sangat besok letak dekat school." Balas Harraz memegang tangan isterinya itu.
"Yela, jomlah bertolak dah lewat ni." Humaira mencium tangan suaminya itu.
Tanggan Humaira digengam sebelum dilepaskan seraya itu Harraz berbisik pada telinga Humaira "Tak nak teman abang la ni?"
"Awak ni... drive carefully." Balas Humaira.
Harraz tersenyum. Salwa turut sama tersenyum melihat newlywed yang jelas bahagia itu. Akhirnya langkah kaki diatur menuju ke kereta.
Dalila yang ternampak kelibat Harraz dan rakannya dia menurunkan cermin keretanya.
"Dr Harraz baru nak naik kedah ke?" Soal Dalila ramah.
"Ye naik Kedah hari ni. Cuti panjang dah habis." Jawabnya
"Lama cuti kali ni Doktor." soal Dalila kembali.
Harraz tergelak, mahu tak lama bini dekat sebelah ni. "Rehat lama sikit, lama tak balik kampung." Balas Harraz
"Ohh... ingat ada majlis dekat kampung."
Harraz hanya tersenyum. "Drive elok-elok. Saya follow dari belakang. Nanti nak makan mana-mana rogerla ye."
"Wah kali pertama ada bodyguard ni." Usik Salwa.
Harraz tersenyum memandang Humaira sebelum masuk ke dalam keretanya. "Jomlah..."
Share this novel