18

Romance Series 5539

Humaira mengeluh entah keberapa kali keluhannya kali ini. Semakin waktu berganjak semakin dia tidak betah untuk bertenang. Semua yang dilakukan tidak kena. Namun siapa dia untuk membantah? Jika hubungannya dengan Adam terlerai dek kerana akur dengan keputusan orang tuanya. Begitu jua situasinya sekarang, harus akur dengan pilihan orang tuanya.

Harraz pula, dia benar-benar mengharapkan lelaki itu menolaknya jauh-jauh. Dia masih lagi keliru dengan keputusan yang diambil. Lelaki itu pula, seolah-olah dia tidak punya perasaan. Jika dihintung sudah hampir tiga bulan dia menjadi tunangan lelaki itu. Tempoh empat bulan sahaja diminta sebelum mereka berdua diijab kabul. Namun, pertunangan yang dilaluinya tidak seperti yang diharapkan.

Terdetik rasa pilu dihatinya mengenangkan status dirinya pada lelaki itu. Adam! Air matanya bergenang lagi. Terimbas kembali saat Adam melamarnya sebagai isterinya. Tiada kata yang mampu diucapkan melainkan bertapa gembiranya dia dikala itu. Walaupun sesibuk mana urusan Adam dia sentiasa menerima SMS dari lelaki itu walaupun sekadar mengucap selamat pagi dan selamat malam. Harraz? Lelaki itu hanya membisu tanpa kata. Tanpa SMS apatah lagi panggilan daripada lelaki itu dan dia? Dia sendiri segan untuk memulakan bicara dengan lelaki itu.

Lelaki itu langsung tidak bertanya khabar tentang persediaan pernikahan mereka. Sijil nikah, Ujian pemeriksaan HIV, Borang permohonan perkahwinan semuanya dia melaluinya keseorangan. Mujur sahaja ada ibubapa dan mertuanya yang banyak membantu semua persediaannya dan sepanjang tiga bulan dilaluinya. Alasan lelaki itu sibuk di utara. Sehingga dia didesak untuk memohon pengajiannya jauh ke utara.

"Aira buat apa lagi tu? Tetamu dah sampai sayang." Panggil mamanya mengetuk kamar biliknya.

"Haa Maa kejap, Aira turun." Sahutnya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melangkah turun. Rasa debar dihati semakin tidak keruan. Penuh berhati-hati dia melangkah turun, langsung tidak berani mengangkat muka saat terpandang susuk lelaki yang berkemeja putih disebelah Hajjah Mariam.

"Sini..." Datin Nuraini menepuk-nepuk sofa, supaya dia mengambil tempat disebelah mamanya.

Humaira akur dan melabuhkan diri disebelah mamanya. Dia berlagak biasa, saat kepalanya diangkat perlahan-lahan dia terpaku sendiri melihat lelaki bertentangan denganya. Jika dulu dia terpaku saat melihat Adam memakai coat putih, saat ini hatinya bergetar hebat melihat lelaki dihadapanya memakai kemeja putih. Tanpa secalit senyuman di bibirnya, hanya matanya sahaja yang terpaku melihat lelaki dihadapannya.

"Comel!" Desis hati Harraz. Saat mata mereka saling berlaga, jantung hati semakin hilang iramanya. aduh! semakin hari semakin dia jatuh hati. Wahai hati sabar!!! sebulan sahaja lagi!!!

"Rasanya kita kena tanya pendapat pengantin juga."

"Kamu setuju tak Aira?" Tanya papanya tidak diendahkan. Dia diam membisu masih lagi diawang-awangan.

"Aira..." Panggilan dari mamanya tidak disahut. Datin Nuraini mencuit lembut anaknya disisinya. Cuitan mamanya menyedarkan dia dari lamunan. Entah apa yang dibualkan oleh orang tuanya sekejap tadi.

"Aira macam mana? Setuju?" Soal papanya kembali.

"Haa..." Dia kebingunan dengan soalan papanya. "Aira..." Dia kehilangan kata. Dia tidak tahu persoalan yang ditanya oleh papanya.

"Maaf jika saya menyampuk." Sampuk Harraz memecahkan suasana.

"Ya apa Harraz?"

"Sebenarnya kami dah sepakat. Nak buat majlis akad nikah dan doa selamat je dulu. Kenduri kami cadang nak buat lepas kami habis belajar. Hanya panggil kaum keluaraga terdekat sahaja."

Humaira bungkam sejak bila kata sepakat diambil? Ini kali pertama dia mendengar suara lelaki ini mengutarakan pendapat sendiri bukan berbincang dengannya. Namun dia lega, keputusan yang diambil oleh Harraz itu dia juga bersetuju dalam diam. Jika tiada kenduri menglibatkan orang luar maka pernikahan mereka masih lagi tidak dihebahkan.

Empat pasang mata memandang wajah Harraz dan Humaira silih berganti pelbagai riak ditunjukkan. Ada riak tidak puas hati dalam pandangan mata orang tuanya. Namun Harraz tenang membalas pandangan itu. Dia mengerti hati orang tuanya. Dia mengambil keputusan itu kerana kesibukan dia sebagai seorang pelajar, tutor dan perniagaannya butiknya sendiri. Lagi pula dia memerlukan masa untuk mengumpul sedikit sebanyak perbelanjaan untuk majlis khawinnya nanti. Dia tidak mahu menyusahkan orang tua mereka untuk menaja majlis kahwinnya.

"Ummi..." Panggil Harraz perlahan. Senyuman terukir buat wanita kesayanganya itu. Dalam diam dia cuba membujuk, melihat tiga lagi wajah hampa dihadapannya kini. "Maafkan Harraz, majlis akan diteruskan cuma, bagi Harraz masa. Lagi pula ini semester pendek, sukar untuk Harraz apply cuti panjang. Perniagaan Harraz pula baru mendapat nama." Ujar Harraz menjelaskan keadaan.

"Ummi tahu, tapi kenapa mesti lepas kamu berdua habis belajar?"

"Ummi... masa sekejap je berlalu. At least bagi Harraz balance dulu. Kita nikah ikut cara islam, kenduri semua itu hanya adat melayu." Pujuk Harraz menerus. Senyuman masih terukir dibibir lelaki itu.

Humaira yang mendengar kata-kata Harraz, memandang lelaki itu. Hatinya lega, saat mendengar penjelesan Harraz. Senyuman lelaki itu seolah-olah mengoda hatinya. Allah! Apa jadi pada aku. Humaira menjeling wajah orang tuanya. Tampak kecewa, mereka sangat berharap dapat mengadakan kenduri untuk anak tunggalnya. Apatah lagi segala kelengkapan sudah tersedia ada. Dia tunduk dengan hati yang bergolak. Sukar rupanya membujuk keinginan orang tua.

"Walidd..."

"Maaf pakcik, makcik bukan salah Harraz, saya yang minta majlis kami diadakan kecil-kecilan jika ada rezeki lebih, Insha Allah lepas habis belajar kami akan buat kenduri untuk majlis kami." Usai Humaira meluahkan apa yang terbuku dihati. Matanya saling bertatapan dengan Harraz, buat pertama kalinya senyuman ikhlas lelaki itu dilemparkan untuknya. Allah! Hatinya! Dia hanya membalas senyuman lelaki itu seikhlas hati.

Harraz melihat senyuman terukir dibibir walidnya. Hatinya lega, sudah bertahun mengenali walidnya. Senyuman itu bermakna walidnya menyokong keputusan yang diambilnya.

"Kalau begitu keputusannya, ada betulnya yang penting kita ikut syariat islam." Ucap Haji Farhan. Dia sebenarnya bangga dengan anak bongsunya itu matang dalam berfikir.

"Tapi bang... ini kenduri terakhir kita..." Hajjah Mariam mula memprotes.

"Mama pun teringin buat kenduri, ini kali pertama buat mama."

Dato' Othman menggeleng lagi. Senyuman khas buat isterinya membujuk si isteri. "Kenduri hanya ditangguhkan, tetapi kita masih berbesan ayang." Mucung sedepa Datin Nuraini mendengar pujukan suaminya lupa dia tentang tetamu dihadapanya kini.

"Sekurang-kurangnya mereka bersetuju untuk disatukan dalam masa terdekat ni. Tinggal lagi sebulan lebih sahaja majlisnya. Kita turutkan sahaja la" Sambung Haji Farhan.

Datin Nuraini mengeluh. "Kalau itu semua kata sepakat apa lagi saya boleh katakan." Datin Nuraini tersenyum manis. Ye sekurang-kurangnya mereka bersetuju untuk disatukan. Bukan mudah bagi anaknya untuk bersatu dengan lelaki yang tidak dikenali.

"So, perbincangan sudah tamat. Jom, jemput makan Han, Yam, Harraz pun jemput makan sekali. Makanan dah tersedia tu karang sejuk pula."

"Terima kasih." Satu kata terlafaz saat mereka beriringan ke meja makan. Humaira hanya mengangguk tersenyum. Dia mula tenang sedikit, keliru dihatinya cuba dibuang jauh. Ya dia cuba menyakinkan diri pilihan orang tua selalunya tidak tersasar.  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience