Terasa perit dadanya saat ini. Kematian pesakitnya sangat menyetuh tangkal hatinya hari ini. Tatkala itu, nama Humaira bermain di fikirannya. Terbayang-bayang jelas, saat kematian pesakitnya dan kata-kata isteri pesakitnya tadi.
“No… no honey… Doctor please, save him. Please…”
“I’m Sorry Madam, he’s cardiac tamponade. We try hard to save your husband but I’m Sorry.”
“Doctor please, He never knew how I felt about him. At least he knows how much I love him.”
Kata-kata isterinya pesakitnya itu benar-benar membawanya jauh kepada Humaira. Dia tidak pernah mengucap sebarang kata kepada wanita itu. Dia termenung jauh, mengasingkan diri di tangga.
Harraz mengeluarkan telefon bimbitnya, lama ditenung gambar profile itu. Gambar Humaira, yang diberikan oleh sepupunya itu ditatap lama. Aira…
Pantas tangannya menekan nama wanita itu.
“Assalamualaikum, Aira buat apa? Adam ganggu Aira ke?” Soal Adam.
“Eh… tak, Aira… Aira, tengah baca novel.” Balas Humaira tidak terjangka menerima panggilan lelaki itu di lewat malam. Lelaki itu senyap, Humaira pelik.
“Adam okay?” Tanyanya.
“Adam… Adam…” Bunyi keluhan didengarnya dicerung telefon.
“Adam kenapa? You can tell me everything, you know, that right?” Balas Humaira lembut. Dia tahu suara lelaki itu seolah-olah di dalam masalah.
“Yes… I knew… Aira…”
“Ya… kenapa?”
“Maafkan Adam…” Lembut tutur Adam, perasaan sedihnya semakin menghantui jiwanya kala ini.
“Adam tak pernah buat salah dengan Aira. Kenapa ni?” Soal Humaira lagi.
“Adam…” Dia menarik nafas dalam. Tidak tahu adakah tindakannya betul, bukan dia tidak bersedia, tetapi ibunya.
Humaira diam menanti kata-kata lelaki itu.
“Boleh tak Adam sayangkan Aira?”
Humaira terkedu mendengar persoalan lelaki itu. dia tidak tahu apa yang perlu dibalasnya.
“Maafkan Adam. Adam…”
“Erk… tak, bukan…” teragak-agak Humaira bersuara dia buntu, bukan dia tidak sayangkan lelaki itu. Tipu jika dia tidak jatuh hati pada lelaki itu. Hakikatnya dia berkongsi persoalan yang sama.
“Adam nak Aira tahu, hati Adam kini milik Aira.” Ucap Adam.
....................
Kesempatan bersarapan bersama-sama pagi itu memberi ruang Danial mengutarakan cadangannya untuk meluangkan masa bersama dan melapangkan fikiran tekanan belajar. Jarang mereka dapat berkumpul bersama, kekangan tanggungjawab membataskan masa mereka untuk bersama.
“Aku cadang weekend ni nak picnic la.” Cadang Danial
“Wah menarik. Jom, dah lama kita tak gather gather.” Balas Diana girang.
“Cun, weekend ni St. Andrews Day kan?”
“Ermm boleh kot.” Jawab Adam. “Aira nak pergi mana-mana tak?” Bisik Adam di tepi telinga Humaira.
“Tak tahu. Aira tak familiar sangat dekat sini. Bergantung pada majority la Aira boleh je.”
Perbuatan Adam menjadi santapan Fazran dan yang lain. Danial dan Diana saling berpandangan dengan pandangan yang pelik. Hairan! Salwa memandang sahabatnya dan sepupunya itu silih berganti.
Adam menyedari kelakuannya menjadi satapan sahabatnya. Lantas memecahkan kesunyian.
“So nak ke mana? Area area sini jela ye. Kalau jauh susah pula aku dan Khalish nak join.” Kesibukan sebagai surgical resident memang tidak mengenal cuti.
“The Meadows?”
“Kau nak cuci mata Dany?” Usik Fazran.
“Apa salahnya, sambil makan burger haruslah makan daging sekali kot.” Jawab Danial mengeyit mata. “Itu paling dekat kan. Okay apa boleh BBQ”
“Bawa-bawa ingat orang dekat kampung.” Perli Adam dia faham benar sikap nakal Danial tetapi setia pada isterinya, Alya. Cinta jarak jauh bukan penghalang cinta mereka untuk terus mekar.
Danial tergelak mendengar usikan Adam. “Alya terpahat disini. Takkan hilang dek jarak.” Ujar Danial menepuk dadanya.
“Dunbar’s Close?”
“Any suggestion?”
“The Meadows!! muktamad!!”
...............
Tingkah Adam dan Humaira sekali lagi menjadi santapan mata mereka semua. Sejak dari awal mereka sampai Adam langsung tidak berenggang dengan Humaira. seolah-olah itu hari pertama mereka berdating.
“Aira nak makan apa?” Tanya Adam.
“Erkk… Ikan dah masak?”
“Amboi Aira je tanya? Habis abang dia dekat sebelah ni tak tanya ke?” Sindir Fazran tersenyum. Sejak dari tadi dia mengamati kelakuan mereka berdua. Jelas kecerian di wajah merpati dua sejoli tetapi malu-malu.
“Abang… Abang… nak makan apa abang?”
“Abanggg……. Huh pirahhh…” Bidas Danial.
“Pandai juga kau tackle Aira ye Adam. Nampaknya deal aku dengan budak Kedah tu kiranya cancel la ye?” Perancangannya untuk menyatukan Adam dengan adik angkat Sara memang sudah tinggal angan-angan. Namun dia senang melihat Adam dan Humaira, sangat sepadan.
“Sorry Thanks but I’m not available.” Balas Adam matanya menjeling pada Humaira. Menandakan dia milik Humaira. Humaira tertunduk segan dengan pandangan mata Adam.
“Since when?” Bisik Salwa ke telingan Humaira. Kepoh ingin tahu. Sungguh dia tidak sedar sejak bila hubungan Adam dan Humaira mula rapat.
“Nanti aku story.” Jawab Humaira pelahan tidak mahu yang lain mendengarnya.
“Kau jaga adik aku elok-elok. Kau buat dia nangis kepala kau jadi galang ganti.” Ujar Fazran seolah-olah mengugut. Dia tersenyum. Asalkan Humaira bahagia dengan pilihannya dia turut bahagia.
Adam mengangkat tangan menabit pada Fazran. “Baik Boss! Yes I will protect her with my life and be there for her on her biggest struggle.” Ujar Adam penuh yakin.
“Kau orang berdua ni kira official la ye? Sejak bila?” Tanya Diana kepoh ingin tahu.
Adam tergelak mendengar pertanyaan Diana. Dia sendiri tidak pernah terfikir untuk pergi sejauh itu.
“Kami kawan la. Ada jodoh adalah.” Jelas Humaira. Ya hakikatnya dia memang masih berkawan tetapi mesra kot. Mereka tidak pernah untuk melanjutkan perhubungan ke peringkat seterusnya. Cukup sahaja berkawan. Jika berjodoh maka kahwin.
“Ye betul la tu. Kami kawan je. Ada jodoh kami nikah je.” Ujar Adam mengukuhkan lagi pengakuan Humaira.
“Pulak… Habis yang mana ni?” Soal Diana. Dia sangat mengharapkan Humaira yang menjadi pilihan Adam.
“Kawan!!” Jawab Adam dan Humaira serentak.
...............
Dalam kesibukan menjalani kuliah dan mengalas tanggungjawab sebagai pelajar hubungan Humaira dan Adam semakin dekat. Dia tidak menyangka Adam menjadi tempat untuknya berpaut selain dari Fazran dan Fazrin disini. Dia rasa dihargai bila Adam sudi bercerita tentang kehidupannya. Walaupun tinggal sebumbung namun mereka kerap berbalas mesej.
[Assalamualaikum, Hi, Little Humaira. What ups?]
[Morning doctor, just came back? Nothing waiting for your SMS ]
[Haha Yes. Just arrive. Missed me already?]
[Please la. Kenapa perasaan sangat ni.]
[Aleh, tak ngaku. Come take your breakfast.]
[haa? What breakfast.]
[Turun la bawah. I make breakfast for you.]
[Give me 5 minutes…]
Pantas Humaira mencapai tudung, sekilas matanya memandang ke cermin melihat penampilannya. Tindakan Adam memang selalu luar jangka.
“Adam buat apa?” Tegur Humaira sebaik kakinya melangkah ke ruang dapur.
“Your Favorite. Blueberry chocolate Pancake.” Jawab Adam, tersenyum melihat wajah gadis itu. “Have a sit princess.”
Humaira membalas senyuman lelaki itu. Dia duduk bertentangan. Laju tangan Adam menghidangkan sarapan buat Humaira. Pancake itu dipotong siap-siap buat Humaira.
“Amboi… kat sini kau orang dating.” Tegur Salwa laju dia menonong masuk melihat sarapan di atas meja. “Sedapnya bau, masak apa ni?”
Belum sempat Salwa menjamah makanan dalam pinggan. Adam menahan.
“Hish nak makan masak sendiri, ini special untuk Aira je.”
“Amboi, untuk Aira je? Awa pun lapar juga.” Balas Salwa mencebik.
“No, only for Aira.” Balas Adam menangkat tangan memberi warning.
“Kedekut!! Eleh, upah Awa jadi orang tengah mana?”
“Hello, tolong sikit, abang tackle Aira usaha sendiri tauuu. Apa ingat abang tak boleh jadi doktor cinta ke?”
Humaira tergelak mendengar pengakuan Adam. Lelaki itu memang doktor cinta untuknya semakin hari semakin hatinya mekar.
“Makan la, kita share.” Sampuk Humaira.
“No… no jangan nak bagi muka sangat dekat budak ni.”
Pantas tangan Salwa mencapai pancake yang tersedia dipotong itu. Adam menggeleng kepala melihat gelagat Salwa.
Share this novel