10

Romance Series 5539

Sebulan sebelum kejadian.

Humaira mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia tanpa teman. Dia tidak mahu meyusahkan semua orang. Walaupun Fazran ingin menghantarnya ke airport tetapi dia berkeras untuk tidak menyusahkan abangnya itu. Salwa pula tidak pulang ke Malaysia, katanya ingin menyertai trip bersama Danial dan Diana ke London.

Hubungan dia dengan Adam pula sememangnya bermasalah. Sejak terbaca SMS dari Bella tempoh hari dia cuba menjauhkan diri dari Adam. Dia tidak mahu menjadi orang tengah di antara Adam dan Bella. Jadi sememangnya dia melarikan diri dari Adam. Kepulangan dia ke Malaysia pun tidak dimaklumkan kepada Adam. "Maafkan aku Adam, mungkin kau bukan jodoh buatku!"

Humaira melangkah sayu seolah-olah itu kali terakhirnya dia menjijak kakinya di rumah agam itu. Belum sempat Humaira menaiki teksi. Kamal menghampirinya.

"Kamal? what are you doing here?"

"Are you going back to Malaysia?" Tanya Kamal seolah-olah prihatin dengan Humaira. Hakikatnya dia mempunyai agenda sendiri.

"Yes. Im going back to Malaysia today."

"May I accompany you to airport?"

"No. its okay. Don't bother me."

"Please. I'm promise this is our last time we met, and I will never come into your life as you want." Pujuk Kamal merayu.

"Kamal please. I hope you can understand me."

"Yes, I will. At least please. I'm promise this is our last goodbye."

Humaira mengeluh. Dia keliru untuk menolak perlawaan Kamal.

"Please... only once?" Rayu Kamal sekali lagi. Seolah-olah benar-benar mengharap agar Humaira terpedaya dengannya. "Don't worry we are not alone. I'm with my friend. Lets me introduce you to her. She's Natalia."

"Hi! I'm Natalia." Senyum Natalia menghulurkan tangan kepada Humaira.

"Humaira." Humaira tersenyum menyambut tangan Natalia. Humaira mengalah dengan desakan Kamal tambahan lagi dia tidak berduaan dengan Kamal.

"Come..." Kamal tersenyum sinis membuka pintu kereta untuk Humaira. Akhirnya Humaira jatuh ke perangkapnya.

.........

Humaira membuka matanya pelahan-lahan. Dia memerhati sekeliling. Tanpa sepatah kata dia cepat-cepat bergerak ke pintu. Dia ingin keluar dari tempat ini. Hatinya tidak tenang bila melihat keadaan bilik itu.

"Where are you going darling? Hmmm?" Lengan Humaira ditarik dari belakang. Gadis itu tersentak. Belum sempat dia menepis pegangan kemas Kamal lelaki itu tiba-tiba memeluknya ghairah. Humaira terkedu. Sedaya upaya dia menolak tubuh Kamal yang sudah tidak berbaju itu.

"What are you trying to do?! Please don't do this to me!" Humaira berganjak ke belakang. Seram dia melihat renungan mata Kamal. Penuh dengan nafsu berahi. Bagaikan menanti masa untuk menerkamnya.

"I'm really do love you and you will be mine." Humaira tersentak. Lelaki di depannya ini pasti sudah mabuk. Hatinya semakin bergetar hebat. Sungguh dia takut.

"What are you talking about? Don't bother me. Lets me go." Humaira berlari menuju ke pintu. Namun belum sempat dia menarik tombol pintu, tubuhnya seakan-akan melayang diangkat. Dirinya kini berada kemas di dalam dakapan Kamal.

Tubuh Humaira dihempas ke atas katil. Dia tersenyum sinis. Air mata yang bergenang pada tubir mata Humaira tidak dihiraukan. Hati Humaira semakin tidak keruan.

"Kamal what are you doing? Please, I beg you." Rayu Humaira. Sungguh dia gentar! Dia takut jika dia benar-benar kehilangan apa yang dijaganya sebelum ini.

"It's okay dear. I will be gentle." Kamal ketawa melihat ketakutan Humaira.

Kamal mendekatkan wajahnya ke muka Humaira. Tiba-tiba bibir mereka bersatu. Tangan Kamal cuba menyetuh dada Humaira. Semakin kuat rontaan Humaira namun tidak berdaya. Dia tidak mampu melawan tenaga lelaki tersebut. Tangisan Humaira semakin kuat. Sungguh dia tidak sanggup. "Allahh..." Hanya itu yang mampu diucapkan kala itu. Tiba-tiba lelaki itu berhenti.

"Okay let's stop for today darling or should we continue tonight?" Sinis senyuman Kamal. Humaira mengesot rapat ke dinding. Allah. Dia lega namun dia masih takut menghadapi semua ini. Abang, Yen tolong Aira. Aira takut. Saat itu dia hanya berserah pada Allah. Air matanya semakin lebat. Kamal meninggalkannya dalam keadaan ketakutan dan kegelapan. Dia tidak tahu di mana. Keadaan bilik itu hanya gelap tanpa cahaya.

Hampir sebulan Humaira hidup bagaikan dalam nereka. Hampir setiap hari dia dicabul oleh Kamal. Walaupun dia masih mempertahankan kesuciannya tetapi dia hidup dalam ketakutan setiap kali mendengar tapak kaki Kamal. Setiap saat dia hidup dalam trauma dan ketakutan.

"I will not touch you until my birthday. You will be my birthday gift darling. My special gift." Ujar Kamal. Membuatkan Humaira semakin tidak keruan. Sungguh dia hidup dalam ketakutan. "But I will always do this to you." Kamal merapati Humaira dan menciumnya ghairah. Sekali lagi dia dicabul kehormatannya. Humaira meraung menangis. "Allahuakahbarrrr." Raungnya Kuat. Namun dia tidak berupaya meleraikannya. Sungguh dia trauma.

.......

Sebaik sahaja pihak polis Berjaya memberkas Kamal. Fazran berlari mendapatkan Humaira. Tindakan bijak Humaira, mengaktifkan lokasi pada handphonenya memudahkan pihak polis untuk mengesan keberadaan Humaira.

"Adik maafkan abang." Sayu hati Fazran melihat Humaira yang lemah tidak bermaya. Air mata lelakinya menitik melihat adiknya.

Adam terus berkalih ke arah lain melihat keadaan Humaira. Bukan dia tidak sanggup berhadapan dengan Humaira tetapi aurat gadis itu. Adam menghulurkan jacketnya kepada Salwa agar diberikan kepada Humaira. Dia menepuk bahu Danial agar keluar. Danial akur faham dengan tindakan Adam.

Dengan lemahnya Humaira mengagahi diri untuk berdiri sebaik sahaja terpandang wajah abangnya. "Abang..." Ujar Humaira lemah. Sungguh dia lega saat terpandang wajah abangnya. Sejurus selepas itu, kepalanya dirasakan berpusing. Matanya mula memberat dan akhirnya dia rebah. Badan Humaira disambut Fazran sebelum dia menyembah bumi.

"Adik... Adik!" Panggil Fazran beberapa kali. Pipi Humaira yang berada dalam pelukkanya itu ditampar beberapa kali. Kaku. Allah. Terus badan Humaira dicempungnya. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience