7

Romance Series 5539

Humaira menyanyi perlahan sambil menggoreng donut yang dibuatnya tadi. Tidak sedar dengan kehadiran Adam di belakangnya.

Adam tersenyum mendengar nyayian Humaira.

“You have a voice to remember. That was beautiful.” Tegur Adam.

“Arhhh…!” Jerit Humaira terasa perit tangannya. Teguran Adam membuatnya terkejut dan tertepis kuali panas menyebabkan tangannya terkena minyak panas.

Adam pantas menutup dapur dan menarik tangan Humaira ke sinki. “May I cut your clothes.” Adam memohon izin memotong lengan baju Humaira yang terkena minyak panas. Dia sedar batas sebagai mahram namun kerisauan di hatinya lebih memberontak. Humaira hanya mengangguk. Dia malu! Tetapi memahami tindakan Adam.

Lalu Adam memuka paip untuk mengalirkan air kepada tangan Humaira. Rasa pedih di tangan menyusuk bila terkena air. Spontan Humaira ingin menarik kembali tangannya.

Adam menahan.”Wait… at least 15 minutes… Sorry. I’m really sorry.” Tutur Adam kesal dengan tindakannya. Tindakan awal yang boleh diambil sebagai langkah kecemasan adalah dengan segera menanggalkan pakaian atau sebarang perhiasan. Seterusnya, mengalirkan air bersih dan sejuk ke tangan selama15 hingga 20 minit. Jangan menggunakan ais. Penggunaan ais boleh merosakkan lagi sel kulit.

“It’s Okay. Sikit je ni.”

Humaira berkerut menahan pedih yang sudah berkurangan. Dia kagum dengan tindakan pantas Adam dalam keadaan genting itu.

Fazran yang terdengar Humaira menjerit bergegas ke dapur. “Kenapa dik?”

“Aira terkena minyak panas. Minor burn.” Jawab Adam sambil membelek-belek tangan Humaira. Humaira menahan malu. Walaupun sakit tapi dia juga malu dengan perlakuan Adam. Air muka Adam jelas tampak kerisauan.

“Kenapa cuai ni?” Fazran merapatinya.

“Salah aku. Aku tak sangka Humaira terperanjat aku tegur. Niat aku hanya nak bergurau. Maaf…” Luah Adam kesal. “Aku ambil emergency kits.” Adam bergegas menuju ke luar bila Fazran mendekati Humaira.

Adam menghulurkan aloe vera dan sterile bandage kepada Fazran. Penggunaan aloevera atau madu boleh digunakan sebagai rawatan kecemasan bagi first-degree minor burn. Penggunaan mitos seperti losyen, telur putih, ubat gigi, kicap boleh menyebabkan haba terperangkap dan menyebabkan kecederaan lebih serius.

“Sakit lagi tak?” Soal Fazran prihatin.

Humaira hanya mengangguk. Masih terasa ngilunya.

“Besok abang oncall. Ask Adam for dressing your burn. Jangan pecahkan lepuh ni.“ Humaira mendongak memandang Adam. Adam mengangguk rasa bersalah bersarang di hati.

“Kau ni Adam hari tu kau langgar dinding hari ni kau tumpahkan minyak panas dekat Aira. Aku rasa malam ni Fazran kau kenal panggil kadi nikahkan dia orang ni. Lepas ni tak tahu apa jadi dekat budak dua orang.” Usik Danial tergelak.

Humaira mendengar usikan Danial tertunduk malu. Dia segan sering menjadi bahan gosip dengan Adam.

“Aku tak sengaja lah!” Getus Adam. Geram dengan Danial. Dia risaukan Humaira. Walaupun dia tahu tangan Humaira hanya Minor burn boleh sembuh dalam tempoh 2 minggu hingga 3 minggu sahaja namun puncanya adalah kerana dia.

Fazran tergelak besar. Sambil menggeleng kepala. Dia sendiri pening dengan Adam. Mahu tapi malu. Humaira pula jual-jual mahal. Dah macam main tarik tali tapi masing-masing tak nak mengalah.

“Malam ni aku call papa. Bincang pernikahan kau orang.” Kata Fazran dalam tawa.

“Abangg…!” Marah Humaira mencubit lengan Fazran tidak puas hati.

Fazran menyerigai kesakitan. “Aduh… Sakit-sakit pun ganas, kalah beruang kutuk!” Perit cubitkan Humaira.Tanganya mengosok-gosok tangannya.

“Padam muka. Jahat sangat!” Ucap Humaira menjeling Fazran didepannya.

“Haa… elok sangat lah Khalish. Kalau kau nak harapkan si Adam ni buka jalan. Aku rasa katak tu keluar misai.” Sampuk

“Danial…!!” Marah Huamira. Lelaki itu tergelak melihat wajah Humaira berubah rona. Adam hanya diam membatu. Tiada niat menjampuk makin melarat nanti.

............

“Hai tak kan ponteng training lagi kot? Dah buang tabiat apa, ke hulu hilir?” Pekik Salwa bila melihat kelibat Adam di tingkat bawah.

“Tunggu Aira!” Balas Adam selamba.

Hah! Humaira terkejut mendengar. Hampir sahaja mahu melangkah lebih anak tangga.

Salwa mencebir bibir. Kadangkala kata-kata Adam bukan boleh pecaya.  “Eleh sejak bila pandai mengayat ni. Tu tuan empunya datang dating la puas-puas.” Perlinya. Salwa terus sahaja meninggalkan Adam dan Humaira. Dia sudah lewat untuk ke kelas.

Adam sekadar mengangkat kening. Faham sindiran Salwa tetapi hanya buat tidak tahu. Adam nampak bersahaja. Tetapi Humaira jelas terkulat-kulat serba salah.

“Aira…” panggil Adam, menguit tangannya agar Humaira menghampirinya.

“Kenapa tipu Salwa?” tanya Humaira sebaik sahaja menghampiri Adam.

“Bila masa pula saya tipu Salwa? Adam memang tunggu Aira.”

“Awak ni kenapa? Saya tak nak lah Salwa dan yang lain fikirkan bukan-bukan.”

“Awak ni takut tak bertempat kenapa? Kalau tak rasa apa-apa biarkan jelah. Kalau rasa apa saya cakap tu tak betul, pekakkan telinga tu!” Bidas Adam. Melihat kedinginan Humaira melayannya mood Adam sudah mula swing. Hatinya sakit. Niat di hati ingin mengambil berat keadaan tangan Humaira.

Merah wajah Humaira menahan sakit hati. Hatinya meruap mendengar kata sinis Adam. “Awak ni kan… Eii menyakitkan hati!” dengus Humaira, melangkah menuju ke dapur.

Adam tersedar dengan ketelanjuran katanya. Melangkah mengekori Humaira. “Aira… tunggulah, bukan niat saya nak menyakitkan hati awak. Saya tunggu awak sebab nak dressing tangan awak tu.” Tutur Adam lembut separuh memujuk.

Humaira berpaling mendengar kata-kata Adam sambil menghulurkan tangannya. “Bagi saya, saya boleh buat sendiri.”

“Saya tahu awak boleh buat sendiri. But at least bagi saya tengok tangan awak tu. I can test your burn severity. Your hand may cause sign of infection.”

“No, it’s okay. Besok Fazran boleh tengok.”

“Degil…! I should give you tetanus shot.Tengok sini tangan tu…”

“No need! Thank You!” Jawab Humaira geram. Mentang-mentang dia doctorsuka hati je suntik-suntik orang! Humaira patah balik ingin meninggalkan Adam. Terbantut hasratnya untuk bersarapan.

“Humaira tunggu!” Adam bertindak memintas Humaira dari hadapan. Menonong Humaira berhenti hampir sahaja terlanggar Adam. Kus semangatnya.

“Dengar tak Adam panggil?”

Humaira tidak menjawab. Dia hanya memalingkan wajahnya ke arah lain. Adam menarik tangan Humaira, menuju ke kerusi. Dia membuka dressingsemalam untuk digantikan dengan yang lain. Tangan gadis itu dibelek-belek untuk memastikan tiada sebarang infection.

“Awak macam menjauhkan diri dari saya.” Luah Adam tiba-tiba.

Lantas mata Humaira ditumpukan pada ubun-ubun Adam yang sedang menunduk membelek tangannya. Dia tidak sangka Adam berkata begitu. “Mana ada…” Sangkalnya.

Adam mengangkat mukanya, anak mata Adam bersatu dengan renungan Humaira. Sejenis perasaan halus mengalir ke jiwa Adam. Nalurinya berbisik untuk terus mengenali Humaira dengan lebih dekat.

Wajah Humaira berubah rona bertentangan mata dengan Adam. Dia menelan air liur untuk menenangkan dada yang tiba-tiba berombak kencang. Seingat dia ini kali pertama jaraknya paling dekat dengan Adam.

“I want to know more about you, but I don’t know how to get closer to you.”

Humaira terpempam. Pengakuan jujur Adam membuatnya terkelu seribu Bahasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience