Jarang sekali anak lelaki bongsunya itu pulang ke rumah. Tanggungjawab yang digalas jauh ke Utara, membataskan anak bongsunya itu pulang ke rumah. Kesempatan ini Hajjah Mariam ingin cuba membujuk anak bongsunya itu.
“Harraz sini dekat ummi, duduk dengan ummi” Hajjah Mariam memanggil ketika nampak kelibat anak terunanya itu keluar dari bilik.
Harraz menghampiri umminya. Kepala digaru, membuatkan rambut yang sedia serabut disebabkan baru bangun tidur semakin berserabut. Mata seakan-akan berat mahu dibuka.
“Ya ummi, ada apa?” Soal Harraz setelah melabuhkan kepala di paha umminya.
“Kamu ni dah besar pun masih nak bermanja dengan ummi.” Hajjah Mariam tersenyum dengan peragai anak bongsunya, tangannya mengusap lembut kepala anaknya.
Harraz memandang muka umminya tersenyum. “Mestilah Harraz ada ummi kan?”
Hajjah Mariam tersenyum, dia faham benar dengan tingkah manja anak bonsunya itu. Sebenarnya ada hal yang ingin dibicangkan dengan anak terunanya. Dia memulakan bicara bernada rendah, ingin memujuk anak terunanya “Ummi nak Harraz khawin tahun ni”
Terbangun Harraz dari paha Hajjah Mariam, matanya dibuka luas memandang muka Hajjah Mariam. Matanya bulat, terus segar dari amukan tidurnya tadi.
“Tapi ummi, Harraz kan tak ada calon lagi.” Walaupun terkejut Harraz masih menjaga intonasi suaranya. Dia sangat menghormati wanita dihadapanya ini.
“Tapi ummi dah ada calon untuk Harraz.” Tersenyum Hajjah Mariam sambil memandang muka anaknya penuh harapan. “Harraz dah janji dengan ummi kan, lepas balik Mesir Harraz nak khawin.” Bicara Hajjah Mariam, memujuk anaknya.
“Ya Harraz tahu, tapi ummi.” Hatinya memberat. Tidak tahu apa yang perlu dibahas dengan umminya. Dia terjerat dengan kata-katanya sendiri.
“Harraz boleh kenal-kenal dulu dengan Humaira.” Balas Hajjah Mariam penuh harapan. Dia sangat berkenan dengan anak sahabatnya itu. Tambahan lagi dia ingin mengeratkan lagi tali persahabat di antara mereka.
“Siapa Humaira ummi?” Nama Humaira mengetarkan hatinya. Mesti cantik! Desis hatinya. Dia tidak berkeyakinan membahagiakan gadis itu.
“Humaira la bakal isteri kamu.” Balas Hajjah Mariam girang. “Ummi berkenan sangat dengan Humaira. Dia anak kawan baik ummi.” Jelas Hajjah Mariam.
“Ermm… kalau itu ummi nak Harraz turutkan sahaja.” Selesai berkata Harraz bangun. Dia ingin mengejarkan tanggungjawabnya sebagai muslim yang belum telaksana.
“Ummi Harraz nak masuk bilik tak solat lagi.”
“Terima kasih, ummi sayang Harraz.” Hajjah Mariam terus memeluk anak terunanya membuatkan Harraz tersenyum bahagia. Dalam hati berkata kalau ini yang membahagiakan umminya dia hanya akur.
“Mama Aira masih muda lagi, Aira nak sambung study lagi.”
“Sayang dah masuk 27 tauu, mama la teringin timang cucu.” Senyum Datin Nuraini. Nada suaranya lembut memujuk anaknya.
“Biarlah yang, Aira tak nak kita tak boleh paksa, biarkan dia belajar uruskan perniagaan kita dulu.” Balas Dato’ Othman akur dengan kehendak anak kesayangnya.
“Tapi bang… benda ni benda baik, dapat pula eratkan silatulrahim kita dengan keluarga Han.” Pujuk Datin Nuraini. Dia sangat berharap Humaira menerima lamaran rakan baiknya Haji Farhan dan Hajjah Mariam. Dia mahu mengeratkan lagi silatulrahim dengan sahabatnya itu. Setelah sekian lama terpisah akhirnya jodoh mempertemukan mereka kembali. Tidak mahu silatulrahim itu terputus lagi.
Humaira terdiam buntu, dia tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. “Papa tolong pujuk mama please.” Rayu Humaira dalam hatinya.
“Mama bagi masa seminggu untuk Aira fikirkan. Kalau Aira setuju, mama dengan papa lagi suka.” Datin Nuraini tersenyum girang.
Harapan mamanya terlalu tinggi. “Habis aku?” Allah andai dia jodoh untukku aku redha. Namun, hakikatnya hatinya masih lagi rawang. Bukan dia tidak mahu menerima lamaran itu tetapi buat masa ini hatinya masih tertinggal di Edinburgh. Allah, dia bukan jodoh untukku. Bantu aku lupakan dia. Mungkinkah penyatuan ini bakal menghapuskan memori silamnya.
“Mama bagi masa untuk Aira ye.” Balas Humaira lemah. “Aira masuk dulu ye pa… ma…” Aira memohon diri untuk masuk ke kamarnya. Dia tidak mahu ibubapanya melihat dia sedang bermain perasaan kala ini.
Datin Nuraini dan Dato’ Othman tersenyum mengangguk. Jelas kegembiraan terpancar diwajah ibubapanya. Hatinya semakin memberat.
Fikiran Humaira merawang jauh. Permintaan mamanya, mengingatkan dia kepada seseorang yang pernah bertakhta di hatinya sehingga kini. Bukan kerana luka perit yang memisahkan mereka tetapi pengorbanan cinta yang memisahkan cinta mereka. Air mata mengalir di tubir mata gadis itu.
“Aira rindukan Adam.” Detik hatinya. Dia mengamit kembali saat dia dan Adam bemadu kasih. Walaupun pada awalnya dia dan Adam tidak pernah bertegur walaupun sepatah. Kenangan zaman belajarnya sangat manis untuk dikenang.
Share this novel