15

Romance Series 5539

4 tahun kemudian...

Hampir seminggu mendaftar sebagai pelajar sarjana di Universiti Utara Malaysia. Kali ini Humaira dan Salwa sengaja menyambung pelajarannya di universiti tempatan dan pilihannya jauh ke utara. Tambahan lagi memudahkannya untuk berulang alik kerana ibu saudaranya juga menetap di Perlis, hanya mengambil masa lima belas minit sahaja untuk ke rumah ibu saudaranya.

Oleh kerana bidang penyelidikan menjadi pilihan Humaira dan Salwa maka, tiada kekangan jadual kelas yang padat. Namun pada semester pertama, mereka masih perlu mengambil dua kelas untuk memenuhi syarat universiti dan untuk memudahkan proses mengarang kelak.

"Assalamualaikum, hi saya Dalila." Tegur wanita disebelah Humaira.

"Walaikumusalam, Humaira Amani, panggil Aira je, ini kawan saya Siti Salwa." Sahut Humaira sambil memperkenalkan Salwa kepada teman barunya itu. Gadis disebelahnya tampak mesra dan cantik bergaya Muslimah.

"Course apa?" soal Dalila

"Kami Sarjana Pengurusan Media. Awak?"

"Laa kita sama Falkulti la ye? Saya Sarjana Komunikasi."

"Really?" Senyum Humaira panjang apabila mendengar mereka berada di falkulti yang sama. Nampaknya dia dan Salwa mempunyai geng baharu.

"Yes, kejap lagi you all ada plan tak?

Humaira dan Salwa menggeleng serentak.

"Jom, pergi bilik postgrad nak? Boleh tanda meja dekat sana, senang sikit nak study." Ujar Dalila

"Menarik, boleh juga tu, kami pun berkira-kira nak ke sana tapi tak biasa sangat." Balas Humaira. Dia sememangnya merancang untuk ke bilik pasca-siswazah.

"Dulu study mana?" Soal Dalila ramah.

"Kami study dekat Scotland. Bosan merantau balik ke negera sendiri. Dalila pula?" Jawab Salwa.

"Oh, saya memang study dekat sini, sebelum sambung ni pun memang jadi RA disini."

"Ohh boleh la jadi tour guide kami ye. Dalila stay blok mana?"

"Kami blok B, bilik 313?"

"Seriously? Kita berjiran jela." Gelak mereka serentak. Sungguh tidak jangka rupanya Dalila adalah jiran mereka.

Perbualan mereka terhenti saat penyarah masuk ke kelas itu. Seusai kelas, mereka terus menuju ke bilik pasca-siswazah.

"Assalamaualaikum..." Sapa mereka serentak.

"Walaikumusalam, new student? I'm Nandos." Tegur lelaki berkulit gelap di hadapan mereka.

"Yes, we just register last week here. I'm Humaira, Dalila and Salwa. By the way have any table free?" Humaira ramah memperkenalkan diri. Mereka bakal menjadi rakan sekerja bersama disini.

"Amar, we have free table, right?

"Yes, kau orang boleh stay sebelah Wei Wei ada satu seat. Sebelah Harraz tak silap ada dua seat. Nandos, Darius already finish right?" Jawab Amar tersenyum, sambil menunjukkan meja yang kosong. Tatkala, mendengar nama Harraz, hati Humaira berdebar. Dia tahu, lelaki itu bakal suaminya kelak.

"Yes, he's already back. So please make your comfortable choose any place you want." Sapa Nandos ramah.

"Dalila, kalau kami ambil meja sebelah sini okay tak?" Tanya Salwa tidak ingin menguris hati rakan yang baru dikenalinya. Dia ingin memilih meja disebelah Humaira. Manakala meja Dalila hanya di belakang Humaira.

"Yes, for sure." Jawab Dalila tersenyum kepada mereka berdua.

"Okay Aira, aku duduk sini ye. Kau sebelah tu." Arah Salwa lagak seperti ketua memberi arahan.

"Kenapa aku sebelah ni?" Soal Aira seperti budak kecil. Saat meja yang ditunjuk oleh Salwa bersebelahan dengan Harraz.

"Sebab aku dah duduk sini." Jawab Salwa selamba ketawa.

"Tapi aku..." Teragak-agak Aira ingin menyuarakan perasaan yang terbuku dihatinya. Dia masih belum bersedia untuk berkongsi dengan Salwa tentang Harraz. Apatah lagi Adam adalah sepupu baik Salwa. Dia Bimbang jika Salwa salah faham. Walaupun dia tahu Salwa akan memahaminya kerana peristiwa itu sudah lama berlalu.

"Laa kenapa pula? Kau stay la situ. Aku ni tulang je situ sejuk dekat aircond." Jelas Salwa menunjukkan ke atas.

"Yela anything for you my dear." Jawab Humaira mengalah. Dia sudah faham benar dengan rakan baiknya itu memang tidak tahan sejuk walaupun sudah terbiasa dengan cuaca sejuk.

"That's my love." Jawab Salwa tersenyum.

"Budak baru, Jom makan-makan." Pelawa Nandos.

"Wow you can speak malay?" Mereka teruja mendengar Nandos bercakap Bahasa melayu.

"Ya, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit." Jawab Nandos gelak. "Amar makan-makan." Laung Nandos.

"No. Thanks, I can't right now." Jawab Amar tersenyum menolak perlawaan Nandos.

Humaira memandang Salwa dan Dalila meminta persetujuan bersama. Salwa mengangguk seraya berkata. "Why not. Jom."

Saat Humaira ingin keluar, matanya tidak berkelip memandang susuk tubuh yang baru melangkah masuk. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Humaira cuba bertenang tatkala hatinya sudah membuat larian marathon. Lelaki dihadapannya kaku tanpa riak.

"Assalamualaikum brother. How are you, Class?" Sapa Nandos ramah menyalami Harraz.

"Walaikumusalam. Fine. Yes, just finished." Jawab Harraz menyambut salam Nandos

"Come join us, lunch?"

"Yes sure. Let's go." Harraz mengangguk tersenyum. Matanya mengeling pada Humaira. Hatinya kencang berdegup, tetapi dia cuba sedaya mungkin mengawal riak saat terpandang gadis itu. "Student baru?" Soal Harraz menghilangkan debar dihati.

"Pelajar lama kot, Cuma baru daftar untuk sarjana." Ujar Dalila tergelak. "Mereka berdua pelajar baru. Geng Kelantan." Harraz tersenyum dia memang sudah mengenali Dalila. Tambahan lagi Dalila pernah menjadi penolong penyelidik Prof Hasanah. Dia pula memang dibawah selian Prof Hasanah. Jadi mereka sudah saling mengenali.

"Ye, Saya Salwa, ini kawan saya Humaira." Sampuk Salwa memperkenalkan diri.

Humaira cuba mengukir senyum. Saat terakhir dia berjumpa dengan Harraz, ketika majlis membicangkan majlis perkahwinan mereka dua bulan yang lalu dirumahnya. Selepas itu lelaki itu kembali sepi tanpa khabar. Sungguh hatinya dipalit kecewa.

Harraz Mengagguk seraya berkata. "Izz Harraz."

"Wow all of you from Kelantan?" Soal Nandos terpegun. Seolah-olah tidak percaya.

Mereka tergelak. Memang sudah terbiasa jika geng Kelantan berjumpa sesama Kelantan. Walaupun ke mana sahaja merantau namun warga Kelantan masih lagi bersatu hati.

"I'm from Kedah but my parents stay in Kelantan. So, am I mix??" Ujar Dalila. Semua tergelak mendengar celoteh Dalila. Dia sememangnya berasal dan dilahirkan di Kedah tetapi ibubapanya sudah berpindah dan menetap di Kelantan sejak dia berumur 10 tahun lagi.

"Really? Dekat mana?" Soal Salwa.

"Saya lahir di Jeniang. Tetapi membesar di Kelantan." Jelas Dalila.

"Erh nak pergi asing-asing ke?" Soal Salwa bertanya.

"Come use my car. I'm drive." Jawab Harraz. Seraya itu Harraz membuka pintu keretanya. "Shall we?"

"Gila handsome budak ni, sweet pula siap main bukakan pintu kereta lagi." Bisik Salwa pada Humaira.

Humaira memandang Harraz. Penampilan Harraz tampak sangat menyerlah dengan berseluar slack krim dan berkemeja biru laut. Kala itu pandangan mereka terpaut. Terasa degupan jantung semakin tidak sekata.

"Oit, takkan berangan kot." Salwa membisik sambil mencuit lengan Humaira perlahan.

"Mana ada!" Humaira cuba menafikan. Serta merta Humaira mengalihkan pandangan dari Harraz dan memandang ke arah lain. Kala itu dia melihat pelajar junior tersenyum dan melambai ke arah lelaki itu. Entah kenapa perasaan lain yang menjalar dihatinya saat Harraz membalas senyuman mereka.

Harraz tersedar akan pelakuannya saat Humaira memandang ke arah lain. Serentak itu dia, berjalan menuju ke arah depan dan tersenyum seraya mengangkat tangan tatkala melihat pelajarnya. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience