12

Romance Series 5539

Humaira termenung melihat ke luar tingkap. "Aku perlu bangkit." Bisik hatinya kuat. Dia tidak mahu menyusahkan orang disekelilingnya lagi. Dia tidak mahu menjadi beban orang disekitarnya. Hampir dua bulan dia hanya mengasingkan dirinya di dalam bilik. Tidak kuat untuk bertemu semua orang, terutama Adam. Sungguh dia malu dengan lelaki itu. Jacket Adam masih lagi dalam simpanannya. Fazran memaklumkan kepadanya jacket itu milik Adam yang diberikannya untuk membaluti tubuhnya pada hari kejadian. Tetapi Fazran tidak menyerahkan jacket itu kepada Adam. Dia tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki itu. Kesepian lelaki itu membuatkan dia semakin merendah diri. Adam seolah-olah menjarakkan diri darinya.

Gadis itu memandang sayu, Salwa dan Diana yang tertidur kepenatan. Dia sedar dia sudah banyak menyusahkan sahabat-sahabatnya itu. "Maafkan aku Awa, Diana." Bisiknya. Pagi ini dia nekad. Dia ingin bangkit! Melawan segalanya yang berbuku dihatinya.

Humaira menarik nafas dalam sebelum melangkah keluar dari biliknya. "Allah kuatkan aku." Seusai dia menukar baju dan memakai tudung dia melangkah keluar. Humaira terkejut. Adam! Sebaik sahaja pintu bilik dikuak lelaki itu menantinya di luar bilik.

"Adam..." Panggil Humaira setelah melihat lelaki itu. Dia gagahi hatinya untuk berdepan dengan lelaki itu.

Adam tersenyum girang melihat Humaira berdiri di depannya. Sungguh hatinya sangat gembira saat itu. Dua bulan dia tidak melihat gadis itu. Desakan hatinya kuat mahu menjenguk keadaan Humaira. Ingin sekali memberi sama dorongan kepada Humaira supaya bangkit kembali. Namun, memikirkan antara dia dan Humaira masih ada batas yang perlu dipelihara. Dia hanya mampu bertanya khabar Humaira setiap detik dan menanti dibalik dinding bilik gadis itu.

"Aira..." Senyum Adam girang. "Adam... rindukan Aira." Ujar Adam, dia tidak dapat menahan perasaannya yang membuak apabila melihat gadis itu didepan matanya. Walaupun dia sedar pengakuannya itu tidak patut diluah.

Humaira terkedu mendengar pengakuan jujur Adam. Bergetar hati Humaira. Sejenis perasaan halus bersimpang siur di ruang hatinya. Dia juga merindukan lelaki itu. Tetapi lelaki itu langsung tidak memunculkan diri.

"Maafkan Adam." Itu ucapan yang sangat ingin diluahnya saat melihat Humaira.

"Kenapa?" Soal Humaira.

"Sebab Adam membiarkan Aira menangung semuanya sendiri. Hakikatnya ingin sahaja Adam berada disamping Aira setiap hari. Tapi masih ada batas diantara kita." Jelas Adam lembut. Dia tidak tahu, bagaimana cara untuk menjelaskan keadaan. "Setiap saat Adam merisik khabar Aira.Tapi Adam tak mampu dekat dengan Aira, bila Aira mengasingkan diri."

Hatinya tiba-tiba tersentuh. Sungguh dia tidak menjangka, kesepian Adam kerana menjaga batas di antara mereka. Awalnya dia fikir lelaki itu cuba menjauhkan diri darinya. Air mata Humaira bergenang. Dia silap menilai lelaki itu.

"Aira... please don't cry..." Sayu hati Adam melihat air mata gadis itu. Ingin sekali dia menyapu air mata Humaira. Namun akal warasnya masih lagi menghalangnya. Dia menghulurkan sampul tangannya kepada Humaira.

Humaira menyambut huluran Adam. "Terima Kasih."

"Aira, kita nikah?" Adam melamar Humaira. Sudah beberapa kali dia berfikir. Dia nekad ingin menikahi Humaira. Dia mahu menjaga Humaira tanpa ada batas yang menghalang.

Humaira terkejut mendengar lamaran Adam. Langsung terhenti tangisannya. Dia mendongak memandang Adam. Mata lelaki itu terus dipandang lama. "Are you pity me? Adakah nasib saya terlalu kasihan sehingga menjadi tanggungjawab awak?"

"I love you Humaira. Don't you see, how much I love you? I want to be knight with shining armor for you. Let me hold you in my arms. Be halal for me?" Dengan tenang Adam melamar Humaira.

Humaira terkedu. Dadanya kembali bergetar kencang mendengar luahan Adam. Seriuskah lelaki ini?

Melihat Humaira tanpa kata. Menyedarkannya waktu tidak sesuai. Dia tidak sepatutnya melamar Humaira. "Im sorry. You can give your answer anytime. I will keep waiting for you." Namun hatinya yakin dengan keputusan yang diambilnya untuk menikah gadis itu.

"Kita masih belajar..." Balas Humaira menunduk. Dia malu untuk terus bertentang mata dengan Adam.

"Kita akan seimbangkan and this is your final. We can do it. I already resident" Balas Adam yakin. Tinggal hanya berapa bulan sahaja sebelum Aira menghabiskan pengajian dan dia pula sudah masuk tahun kedua surgical resident disitu.

"Aira... I want to hold you tight. I want to know how your day was, what's stressing you out. I feel I just want to hold you in my arms right know. So be my wife and I can hold you in my arms and never let you go."

Humaira memandang Adam dengan mata berkaca. Ketulusan kata-kata Adam menyuntik rasa bahagia dihatinya. Dia Nampak keikhlasan lelaki itu. Humaira menarik nafas dalam. Cuba bertenang.

"How about your family?"

"I'm try, we're gonna make this work. I will persuade my mom to keep us together."

"Adam akan terima kekurangan Aira?" tanya Humaira. Andainya dia menjadi milik Adam sanggupkan Adam menerimanya seadanya.

"As long as we are together, we can face it. We are not perfect but together we can be." ujar Adam.

Humaira mengangguk tersenyum yakin. "Promise me, you will hold me tight till our last breath." Pintanya. Dalam tidak pasti dengan keputusannya namun dia yakin Adam mampu membahagiakannya.

"I promise you, I will love you with all my heart. We will hold our hand to Jannah." Balas Adam bahagia. Hanya ikatan perkahwinan yang akan menghalalkan untuknya terus menjaga Humaira.

Humaira menarik nafas dalam. Dia yakin penerimaan Adam. "Jumpa parents Aira." Balas Aira lembut.

Rapat matanya dipejam. Persetujuan Humaira melapangkan dadanya. Syukur kepada Illahi di atas penerimaan Humaira. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience