"Uwaaaa." Jeritan Azie mengejutkan Hakim dan Emy.
"Kau dah kenapa?" Soal Emy terkejut mendengar jeritan Azie yang tiba-tiba.
"Buang tabiat ke dah macam beruk dapat pisang?"
"Kau diam! Kau tak tahu aku kena jantung ni!"
"Hidup je aku tengok?" Perli Hakim.
"Amboi kau nak aku mati ke Hakim?"
Hakim tergelak kuat. "Takkan aku nak kau mati. Aku sayang kau tauu."
Azie mencebik mendengar gurauan Hakim. "Peduli ah kau. Diam dengar sini semua!" Ucap Azie tiba-tiba bertukar serius.
"Kau ni dah kenapa dari tadi lagi?" Soal Emy.
"Lepas ni make sure! Kau pastikan nak masuk bilik bos kau kalau madam ada jangan main serbu je!!!"
"Kenapa weh?"
"Hah kenapa lak gitu?"
Dia memandang sekeliling bimbang Humaira dan Harraz ada di situ. Hakim dan Emy saling memandang melihat kelakuan pelik rakan sekerjanya itu.
"18xs weh"
"Haaahhhh?????"
"Biar betul kenapa weh?" Mata Emy membulat besar. Dia menutup mulutnya terkejut.
"Shhhhh.... sini." Emy dan Hakim merapatkan telinga mereka mendengar bisikan dari Azie.
"Kau tahu apa aku nampak tadi?"
"Kau ni buat suspen je cakap jelah."
"Masa Dr Adriana serbu tadi bos dok ehem-ehem."
"Whatt?"
"Serius lah weh."
"Kau ingat aku tipu apa. Dah separuh jalan weh."
"Fuh daebak!!! aku tak leh imagine ni." Ucap Emy menutup matanya dengan telapak tangan.
Hakim tiba-tiba berdiri tegak saat melihat wajah Harraz yang serius memandang ke arah mereka bertiga.
"Weh..." Ucap Hakim perlahan menyedarkan rakan sekerjanya itu.
"Malu aku denn."
"Shhhh..." Ucap Hakim dia memberi isyarat tangan supaya mereka berdua diam.
Emy dan Azie memandang Hakim.
"Kau kenapa?"
"Entah shhh shhh tak nak dengar sudah. Pergi main jauh-jauh."
Hakim menjuih bibir ke arah Harraz di belakang mereka berdua.
"Kau nak kiss Azie ke apa? Simpan dulu."
"Eii kau ni Emy mulut kau ni kan aku cili kan."
"Weh diam lah!" Jerit Hakim kuat. Buntu mahu menyedarkan rakan-rakannya itu.
"Yang kau gelabah semacam tu dah kenapa?" Soal Azie.
"Assalamualaikum." Mendengar salam dari Harraz dari belakang mereka berdiri tegak. Terasa meremang bulu roma mendengar suara lelaki itu. Tiba-tiba terasa darah menyebu ke kepala. Mati aku!
"Azie." panggil Harraz Tegas.
"Ye boss." Lantas dia berpaling dan mengangkat tangan memberi tabit hormat kepada Harraz. Adrenalinnya terasa berlari laju seakan tidak mahu berhenti.
"Awak tak nak share dengan saya ke cerita awak tu?"
"Haah bos nak... eh tak ada bos... saya tak cerita apa bos." Jawab Azie gelabah.
"Awak tengok apa tadi Azie?" Soal Harraz tegas. Wajahnya dibuat serius.
"Saya... saya.... tak nampak apa tuan." Mati aku. Terasa macam pesalah disoal siasat. Pucat lesi mukannya.
"Saya minta maaf tak pasal-pasal budak bawah umur nampak. Saya nak usik wife saya je tadi. Tapi lain pula yang nampak." Harraz tersenyum melihat pekerjanya itu semakin gelabah. Dalam hatinya malu yang amat kantoi depan-depan.
"Hah bawah umur? Saya dah 25 lah bos." Balas Azie blur.
"Awak dah nikah belum?" Soal Harraz lagi.
"Erk... belum bos." Jawab Azie. Dia mengaru kepala yang tidak gatal.
"So budak tak nikah bawah umur, tak ada pengalaman." Jawab Harraz selamba. Hakim dan Emy tergelak mendengar gurauan Harraz.
"Wife saya mana?" Soal Harraz lagi
"Dia lari tadi tuan."
"Lari ke mana?" Soal Harraz tiba-tiba dia risaukan Humaira.
"Tak tahu la bos, dia keluar butik laju kemain. Kena usik rupanya."
"Nakal juga bos ye." Usik Emy, tergelak.
"Saya nakal dengan Humaira saya je." Balas Harraz mengeyitkan matanya. "Okay la saya cari dia dulu."
"Bos nak sambung drama ke?" Usik Hakim mengeyit mata.
"Halalkan?" Soal Harraz kembali tersenyum.
"Halal-halal bos." Sahut mereka serentak.
"Jangan malu boskku. Steady lahh." Ucap Hakim menanggkat ibu jarinya.
"Kau pun jangan tunggu lama-lama benda baik perlu dipercepatkan."
"Aku bila-bila on bos, Azie je yang jual mahal sangat."
"Azie pun orang dah bagi green light on jelah."
"Haah?" Azie terpingga-pingga mendengar kata-kata Harraz. "Dia main-main je la bos." Ucap Azie malu.
"Kalau minggu ni aku hantar rombangan kau terima tak?" Soal Hakim selamba.
"Kau serius Akim?" Soal Emy
"Kau nampak aku main-main?" Mukanya dibuat serius menanti jawapan Azie.
"Haa Cik Azie? Orang dah serius betul tu." Ujar Harraz.
"Saya... saya terima." Ucap Azie tertunduk malu.
"Yehahhhaaa. Minggu depan nikah!!" Laung Hakim bersorak.
Harraz menggelengkan kepala melihat anak buahnya.
"Taniah Hakim, Azie. Elok benarla tak pening kepala Luq dan Emy tinggal kau orang berdua dalam office malam-malam." Ucap Harraz.
Faham benar dengan tugas designernya itu, suka berkerja dilewat malam.
"Lepas ni tak payah teman dah." Ujar Hakim tersenyum mengusik.
"Amboi tahu la lamaran diterima. Kot iya pun control la sikit." Perli Emy gembira melihat kebahgiaan rakannya itu.
Share this novel