36

Romance Series 5539

Humaira mengikut kaki Harraz masuk ke butik itu. Dadanya terasa berdebar saat kaki melangkah masuk ke butik itu. Tangannya mencapai tangan suaminya. Tautan tangan Humaira menghentikan langkah kaki Harraz. Dia berbisik pelahan pada gadis itu. "Sayang kita dekat butik tau."

"So?"

"Janganlah macam ni. Nanti pekerja abang tengok."

Humaira melepaskan tangannya. Dalam hati dia terasa dengan sikap suaminya.

"Aira marah abang?" Tanya Harraz pelahan.

"Tak."

"Marah lah tu." Harraz mencuit lembut pipi isterinya itu.

"Jomlah." Humaira terus melangkah masuk. Dia meninggalkan suaminya di situ.

Adoi takkan merajuk kot! Harraz tersenyum melihat rajuk isterinya.

"Assalamualaikum selamat datang. Boleh saya bantu?" Emy tersenyum mempelawa Humaira.

Humaira tersenyum dia menggelengkan kepalanya. Matanya meliar melihat sekeliling. Not bad! Nampak mewah juga butik ni. Bisik Humaira dalam hati.

Harraz melangkah masuk ke dalam butik.

"Assalamualaikum abang mancho baru sampai ke?" Soal Emy tersenyum. Humaira berpaling saat mendengar teguran dari pekerja Harraz. Entah kenapa dengan lelaki itu dia mudah cemburu. Tetapi dengan Adam dulu. Dia tidak pernah ada perasaan begini. Dia mengeluh pelahan.

Harraz tersenyum faham benar dengan sikap nakal para pekerjanya. "Eh semalam saya tidur sini kan?" Soal Harraz kembali sengaja bergurau dengan pekerjanya. "Nah nasi ayam Madley untuk orang mengidam."

"Wahh ingat juga abang mancho kita dekat I ya." Sambut Emy girang. Harraz memang seorang bos yang baik mudah dibawa bergurau tetapi pada tempat dan sangat pemurah. Dia memang senang hati berkerja disitu.

"Luq mana?"

"Luq ke kilang encik."

"Ohh okay saya naik dulu." Harraz mendekati isterinya itu.

"Sini." Bisik Harraz perlahan. Semua mata pekerjanya memandang kelakuan Harraz yang berbisik pada gadis itu.

"Ehem siapa orang sebelah tu?" Soal Hakim melihat kemesraan Harraz.

"Ohh kenalkan ini wife saya, Humaira."

"Aira kenalkan ini perkerja abang Hakim, yang sambut Aira tadi Emy itu pula, Azie." Ujar Harraz memperkenalkan rakan sekerjanya.

"Humaira Amani, boleh panggil Aira je." Ucap Humaira memperkenalkan diri, dia menghulurkan tangan bersalam dengan Azie dan Emy.

"Saya naik atas dulu, Kalau Luq balik suruh dia masuk office saya. Jom Aira."

"Okay baik boss." Jawab pekerjanya serentak.

Humaira tersenyum meminta diri. Dia mengikuti langkah Harraz ke tingkat atas. Dalam kepalanya berkira-kira untuk mengenakan Harraz jelas wajah segan Harraz dihadapan pekerjanya.

"Abang..." Panggil Humaira manja saat melangkah masuk ke bilik pejabat suaminya. Pintu bilik lelaki itu ditutup pelahan. Dalam hatinya ingin mengusik suaminya itu. Geram! Kakinya melangkah mendekati lelaki itu yang berpaling kepadanya.

Mendengar suara mengoda Humaira. Membuatkan tangkal hati Harraz berdegup kencang. Dia terkaku disitu.

"Kenapa sayang?" Soal Harraz mengawal emosi. Tak senang dengan pandangan mengoda Humaira.

Humaira memaut bahu Harraz lembut, dia mendekati wajahnya ke telinga suaminya. "Abang rasa kenapa?" Soal Humaira kembali.

"Sayang kita dekat butik abang ni." Ucap Harraz dia meleraikan tangan Humaira yang melilit bahunya. Terkejut dengan reaksi isterinya itu yang luar jangka. Jantungnya terasa hilang remik. "Isteri aku ni dah kenapa? Buang tabiat ke apa."

"So? Aira tak boleh buat macam ni ke?" Soal Humaira pelahan tangannya cuba membuka butang baju kemeja lelaki itu dari atas.

"Sayang please..." Harraz separuh merayu. Hatinya semakin hilang nada. Jika sebelum ini dia suka menyakat wanita itu. Kali ini terasa seolah-olah dia yang terkena.

"Emmm...." Humaira memandang anak mata lelaki itu. Jelas wajah ketakutan di mata Harraz. Dia terasa ingin tergelak. Hampir separuh butang baju lelaki itu dibukanya.

"Sayang... jangan macam ni ya?" Dia mengengam tangan isterinya dari terus membuka butang bajunya.

"Kalau sayang cakap nak?"

"Sayang sekarang salah timing."

"No..." Ucap Humaira menggelengkan kepalanya. "Please just one kiss." Ucap Humaira penuh manja. Dia mencuit dagu lelaki itu.

Hati Harraz berdegup hebat tatkala itu. Dia memandang dalam mata Humaira. "Layan jela Harraz, jangan layan lebih-lebih sudah! Lain jadinya butik ni." Harraz mengingatkan dirinya.

"Betul ni?" Soal Harraz.

Humaira mengeyitkan matanya kepada lelaki itu. Dalam hatinya kala ini sudah mula berdebar hebat. Takkan dia tergoda kot? Tadi kemain takut. Humaira menelan air liurnya terasa kelat.

Harraz merapati tubuh isterinya itu. Humaira mengundur setapak saat hidung mereka hampir sahaja berlaga. Harraz tersenyum. Tahu takut! Tadi berani sangat. Semakin kuat nalurinya ingin mengusik wanita itu.

Harraz maju setapak, Humaira mengundur setapak. Tubuh Humaira akhirnya rapat ke dinding berhampiran pintu. Dia terkunci disitu. Sudah! Aku yang termasuk jerat ke apa ni? tiba-tiba hatinya nanar.

Harraz mencapai pelahan-lahan bidai tirai di belakang Humaira dia menutup bidai biliknya itu. Humaira menyedari Harraz menutup bidai di belakangnya. Semakin dia yang hilang arah. Tadi dia yang sengaja cari pasal.

"Kenapa muka dah tak berdarah ni? Takkan takut kot?" Soal Harraz mengelus lembut pipi Humaira.

Humaira terkelu seribu bahasa hatinya kala itu dah macam f1 racingnya. Humaira menutup rapat matanya. Tanganngya dikepal kuat.

Harraz menunduk mukanya bibirnya hampir sahaja mengucup bibir wanita itu.

Tiba-tiba pintu bilik Harraz dirempuh kuat dari luar. Terbuntang mata Adriana dan Azie melihat adengan Harraz dan Humaira dibalik pintu.

Humaira lekas-lekas menolak kuat tubuh suaminya ke belakang, sehingga tubuh Harraz terdorong ke belakang. Laju dia cuba meloloskan diri. Merah padam mukannya menahan malu.

"Erk... Sorry." Harraz terkejut melihat wajah dua wanita dihadapannya itu. Dia menggelengkan kepala dengan wajah cemas. "Kita orang tak buat apa-apa, maaf." Tangan Harraz kalut-kalut cuba membutangkan kembali baju kemejanya. Semua dirasakan tidak kena. Hish kenapa dengan butang ni tak nak masuk. Dirasakan seperti anak kecil yang tidak tahu membutangkan baju sendiri.

Adriana membutangkan matanya perasaan marahnya semakin membuak dengan lelaki itu. "Ewah-ewah kemain Izz?" Soal Adriana tidak puas hati.

Harraz tersenyum malu. Dia mengaru kepala yang tidak gatal.

"Maaf Encik Harraz saya cuba halang tadi... tapi..." Ujar Azie kalut. Sungguh dia tidak sangka agaknya kalau mereka lewat sedikit apa yang jadi. Huh kus semangatnya melihat adengan free bosnya. Cik Adriana ni pun satu, macam allergic pula dengar nama wife bossnya itu.

"No... Its okay, Azie. You can leave. Thank you." Ucap Harraz tersenyum sumbing. Dia malu dengan pekerjanya itu terkantoi terang-terangan pula tu.

"You kenapa datang sergah I gitu?" Matanya meliar mencari Humaira. Tidak nampak lagi bayang Humaira disitu.

"You baju sponsor you tu macam mana?" Soal Adriana sengaja ingin memulakan perbincangan dengan Harraz.

"Laa kan I dah cakap, memang I akan sponsor, So ofc la I sponsor."

"Yela tapi bila dapat?"

"Yana, AYIFF next monthkan?"

"Itu I tahu tapi you diam je."

"Habis you ingat kenapa I datang Pinang?"

"Yelah-yelah, kebetulan I balik Pinang so I singgah tanya khbar."

"Okay la kejap lagi Luq balik, you boleh refer Luq. I nak keluar."

"You nak pergi mana?" Soal Adriana menahan lelaki itu.

"Sambung scene I." Balas Harraz selamba. Dia tersenyum meninggalkan Adriana yang terkulat-kulat disitu. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience