Ketika berhenti di trafik light merah dekat Napuh, Harraz mengambil kesempatan itu untuk membuat panggilan kepada Salwa. Dia sedia maklum isterinya itu sedang memandu.
"Assalamualaikum... nak makan mana ni?" Soal Harraz setelah panggilannya dijawab.
"Walaikumusalam, Kejap Harraz." Telefon itu dijauhkan dari telinga itu. "Kau orang nak makan mana ni? Harraz call tanya ni." Soal Salwa.
"Entah ikutlah mana-mana. Tanya dia la." Balas Humaira. Dalila mengangguk dia tidak kisah singgah makan dimana.
"Harraz decide la. Kami follow je."
"Okay, follow saya dari belakang ye."
"Okay beres boh." Balas Salwa.
"Aira kau follow dia ya." Kata Salwa, saat itu kereta Harraz memotong kereta myvinya.
Seusai sampai di kedai makan "The green" Harraz mengambil tempat disebelah isterinya. Belum sempat Humaira mengangkat tangan ke atas meja, Harraz memegang tangan Humaira. Allah dia buat lagi. Bicara Humaira dalam hati.
Matanya memandang Harraz disebelahnya. Lelaki itu berlagak biasa. "Nak makan apa?" Soal Harraz. Telapak tangan Humaira digosoknya lembut.
"Tak tahu la, order la pape."
"Makan asing atau ambil set?" Soal harraz
"Set pun okay kot." Balas Salwa. Kebiasanya jika makan ramai-ramai set lebih jimat berbanding order makanan asing-asing.
"So untuk empat orang? Nak set mana?" Soal harraz
"Hish banyak sangat, tiga jelah. Set B ni la. Okay tak?" Balas Salwa.
"Aira okay tak?" Soal harraz melihat isterinya diam tanpa suara.
"Mana-mana la." Balas Humaira, dia masih cuba melepaskan tangannya dari pegangan Harraz. Lelaki itu berlagak selamba, pengangannya diperketatkan.
"Okay tomyam tu no seafood, ayam dan daging je." Ujar Harraz, mertuanya memang berpesan Humaira allergic dengan seafood. Walaupun allergic biasa dia tidak mahu wanita itu jatuh sakit.
Muka Humaira kelat. Geram dengan suaminya.
"Aira kau dah kenapa macam kucing tak dapat ikan, lapar ke?" Soal Salwa memandang wajah kelat Humaira didepannya.
"Memang pun, aku lapar, rasa nak teranjang orang je sekarang ni." Balas Humaira geram. Matanya dijeling tajam pada Harraz disebelahnya.
Harraz tergelak mendengar kata-kata Humaira, dia tahu Humaira menujukan kepadanya. "Ganas kawan kau orang ye, kalau lapar sampai nak teranjang orang." Balas Harraz. Dia melonggarkan pegangan tangannya. Terus sahaja Humaira memeluk tubuhnya.
Salwa dan Dalila tergelak serentak. "Harraz jangan kau tak tahu, ini belum buka langkah king...."
"Awa...." Panggil Humaira sebelum Salwa menghabiskan kata-katanya. "Makan la, makanan dah sampai tu."
"Terima kasih." Ucap Harraz tersenyum kepada pelayan wanita itu.
Melihat Harraz dari jauh Dr Adriana mengukir senyuman lantas mendekati meja lelaki itu. Dia rindu dengan lelaki itu. Seminggu tidak bertemu dengan lelaki itu sudah buat dia angau.
"Lama tak datang Izz." Tegur Dr Adriana tersenyum manis. Suaranya lembut mengoda. Izz??
Humaira melihat reaksi wanita itu dengan ekor matanya. Dia cuba memaniskan muka saat pandangan mereka bersatu. Berubah muka Salwa dan Dalila mendengar suara manja pensyarah itu. Luar jangka ni. Senyuman dimaniskan.
"Busy sikit, balik kampung ada hal." Balas Harraz pendek.
"Ohh balik kampung, tak cakap pun nak balik kampung. I ingat you naik Penang." Ujar Adriana manja.
Dalila dan Salwa saling bertatapan. Rasa nak muntah melihat lagak Dr Adriana yang mengada-gada.
Salwa memandang wajah Harraz dan sahabatnya itu dipandang silih berganti. Jelas ketidakselesaan Harraz, sahabatnya pula masam mencuka! Sudah!!
Harraz tersenyum seraya itu berkata. "Ada hal cuti Panjang." Balas Harraz. Dia sebenarnya tidak selesa dengan Adriana sekadar melayan sebab mereka rakan sekerja. Tidak sangka Adriana yang menjaga kedai.
"Lepas ni selalu la datang sini, nanti saya belanjer Izz pula makan." Kata Adriana tersenyum pada Harraz. Suaranya lembut dan manja.
"Ehem-ehem, sakit tekak la." Ucap Salwa mengosok tekaknya. Adriana melihat muka Salwa. Berubah air mukanya.
"Kami makan dulu ye yana." Balas Harraz mematikan perbualan mereka.
"Haah makan la, makan kenyang-kenyang sayur tu saya yang masak." Ucap Adriana menunjukkan sayur kailan kepada Harraz. Humaira berubah rona, hatinya dipagut cemburu.
"Terima kasih." Harraz tersenyum mengangguk. Sejurus Dr Ariana menjauh.
"Tak nak makan ke sayur ni? Special je nampak?" Perli Humaira. Wajah masam ditarik.
"Makan la, tekak tak rasa nak makan sayur." Balas Harraz cuba menjaga perasaan isterinya. Dia sendiri segan dengan perlakuan Adriana tadi.
"Amboi Harraz untunglah anak tauke nak belanjer makan." Sampuk salwa.
"Ermm beauty with brain." Perli Dalila.
Harraz tersenyum tanpa kata.
"Orang handsome ni lain." Balas Humaira sinis.
"Saya handsome ke?" Soal harraz mengangkat kening tersenyum memandang wajah isterinya.
"Kalau Dr Harraz tak handsome takkan ada orang jatuh hati." Balas Salwa tergelak. Matanya dikerling pada Humaira. Humaira diam membatu diri, dia meneruskan suapan.
Harraz memandang isterinya sepi. Ini kali pertama gadis itu merajuk! Humaira hanya melayan perasaannya tatkala itu. Makanan dipinggannya tidak luak.
"Aira nak tambah?" Soal Harraz prihatin. Ikan siakap diambil diletakkan dalam pinggang gadis itu. Cuba membujuk gadis itu.
"Tak nak kenyang."
"Makan la lagi.' Ucap harraz lembut.
"Kenyang." Balas humaira sepatah.
"Habiskan ye."
"Emm..."
Membulat mata Dalila melihat pelakuan Harraz. Perlakuan Harraz dan Humaira menjadi tatapan Dalila tanpa berkelip. Hatinya tertanya sejauh mana hubungan mereka.
Dalila disebelah dikerling. Hampir sahaja Salwa tergelak melihat dahi gadis itu berkerut seribu memandang pasangan dihadapanya.
Harraz mati akal mahu membujuk gadis itu. Akhirnya dia diam membiarkan gadis itu sejuk.
"Semua dah?" Soal Harraz. Melihat pinggan didepan mereka kosong.
"Alhamdullilah, jomlah bayar." Ajak Dalila.
"Its okay my treat." Jawab Harraz
"Laa nak belanjer lagi? tak pe la Harraz kami bayar." Ucap Salwa segan.
"Tak pe at least saya dah makan gaji, kamu semua masih student."
"Terima kasih Dr. Harraz." Balas Salwa dan Dalila serentak.
Harraz tersenyum mengangguk lalu bangun menuju ke kaunter. Dari jauh Adriama tersenyum melihat Harraz menghampirinya.
"Gedik betul." Ucap Dalila menyampah melihat gelagat Dr. Adriana yang nampak terlebih gedik itu.
"Aku kan pantang kalau perempuan gedik gitu." Balas Salwa geram melihat Adriana. Dia pun naik muak, apatah lagi sahabatnya ini.
"Dah kenyang Izz?" Soal Adriana ramah, senyumannya dimaniskan.
"Alhamdullilah. Terima kasih berapa ya?" Soal Harraz senyumannya cuba diukir.
"Izz nak bayar berapa, bayar la." Jawab Adriana, suaranya sengaja dilembutkan penuh mengoda.
Mendengar suara gadis itu, semakin dia tidak selesa dengan layanan gadis itu.
"Janganlah macam tu Yana, segan saya." Balas Harraz. Harraz mengeluarkan not RM100 diletakkan di atas meja.
"Banyak sangat ni... kalau Izz tak nak bayar pun tak pe." Balasnya manja.
Allah perempuan ni dah kenapa. Harraz memandang ke belakang melihat isterinya itu tajam melihat ke arahnya. Harraz telan air liur.
"Kenapa lambat sangat ni?" Soal Dalila matanya tajam melihat ke arah kaunter.
"Apa masalah pensyarah kau tu Dila?" Soal Salwa makin menyampah melihat senyuman gadis itu.
"Entah makin gedikla aku tengok." Balas Dalila menyampah.
"Aira kau pergi panggil Harraz, Dila jom kita tunggu dalam kereta, sakit mata la aku." Terus sahaja tangan Dalila itu ditarik menuju ke kereta.
Humaira mengeluh perlahan. Sakit hatinya melihat layanan Dr Adriana pada suaminya. Dia menghamipiri suaminya dan mencuit bahu lelaki itu.
"Kami balik dulu ye, penat la." Ucap Humaira ingin berlalu. Dia sakit hati untuk berlama-lama disitu.
Belum sempat gadis itu berlalu Harraz memegang tangan gadis itu. "Wife abang penat ke? Kejap-kejap abang nak bayar lepas tu kita balik ye." Pujuknya lembut dia sedar perubahan raut wajah Humaira.
"Takpe, borak la dulu." Jawab Humaira acuh.
"Sayang..." Hidung gadis itu dicubit pelahan. Humaira menarik kasar tangan lelaki itu dari hidungnya. Geram! Kita tengah sakit hati, tangan tu selalu lebih-lebih.
Bulat mata Adriana memandang pelakuan Harraz kepada gadis itu.
"Erk... Izz ini..." Soal Adriana teragak-agak. Terkejut melihat layanan Harraz. Belum pernah dia melihat Harraz menyetuh mana-mana wanita.
"Ohh maaf... kenalkan ini wife saya, Humaira. Cuti panjang, cuti nikah sebenarnya." Jelas Harraz tersenyum, pinggang Humaira di sebelahnya ditarik ke sisinya.
Senyuman Humaira dibuat-buat, dia menghulurkan tangan pada gadis itu.
"Humaira...." Teragak-agak Adriana menyambut tangan gadis itu dan menarik kasar tangannya. Mukanya ditarik masam. "Takkan ini je taste lelaki didepannya low class betul." Bisik hati Adriana.
Humaira tersentak dengan layanan Dr Adriana. Semakin panas hatinya. Hatinya disabarkan kerana menghormati Dr Adriana sebagai pensyarah falkulti mereka. Dia memandang Harraz sekilas terus berlalu.
"Allah, mati aku." Bisik Harraz dalam hati. "Maaf saya pergi dulu, keep the charge." Suaranya ditegaskan.
"Izz..." Panggilan Adriana tidak dihiraukan dia berlari anak mengejar isterinya.
"Wife sorry..." Ucap Harraz tatkala dapat menyaigi isterinya itu.
Humaira menjeling tajam. Sungguh dia hilang sabar.
"Sayang..." Tangan gadis itu ditariknya lembut.
"Saya penat la." Balas Humaira lemah.
"Okay-okay, kita balik, kita rehat ye." Balasnya lembut. Senyuman manis diukir buat isterinya itu. "Wife senyumla sikit." Pujuknya lembut.
"Ye..." Dia buat-buat tersenyum. "Puas hati?" Soalnya geram.
"Ikhlas tak ni?" Soal Harraz, pipi isterinya itu dicubit lembut.
"Sakitlah...!! tempat awam ni." Marah Humaira segan
"Okay-okay sorry. Jom."
Adriana memerhati pasangan itu dari jauh. Geram hatinya melihat persaingannya tidak secantik dirinya apatah lagi setandingnya. Dia tahu gadis itu merupakan pelajar sarjana bawah seliaan Dr Sabri.
Share this novel