Bunyi bising didapur dan bau enak menarik perhatian Adam untuk melangkah ke Dapur.
“Kau tak ada training ke hari ni Adam? Hari ni sabtu kan?” Soal Danial kehairanan. Kebiasannya walaupun cuti Adam sibuk dengan EMS training.
“Entah ponteng kot.” Jawab Adam selamba.
“Hoi biar betul Dr Adam ponteng training.” Danial sudah kenal benar dengan sikap dedikasi Adam terutama jika bab berkaitan dengan sukarelawan. Walaupun dilarang oleh ibunya sendiri dia tetap degil dan masih aktif dalam sukarelawan. Minat mendalam sejak di bangku sekolah lagi. Bahkan Adam hampir-hampir terbunuh dalam pengeboman ketika misi ke Gaza dulu. Namun masih tidak mematahkan semangatnya sebagai sukarelawan. Dia sangat kagum dengan semangat Adam jika dia. Sahih tidak mampu.
“Entah.” Kata Adam sekadar mengangkat bahu. “Sedapnya bau. Cengkodok jangung ye?” tanya Adam. Sekilas matanya melihat Humaira yang sedang mengoreng cengkodok.
“Ya, Humaira ni kalau weekend je memang rajin dia double.” Jawab Danial.
“Ohh dia rajin ke? Biasa nampak terperak je dalam bilik. Bayang pun tak pernah nampak. Boleh masak ke?” Selamba Adam berkata. Sikap Humaira hanya banyak membisu membuatkan dia sakit hati. Dengan yang lain boleh pula dia beramah mesra.
Hampir sahaja terlepas sudip di tangan Humaira mendengar komen Adam. Tetapi dia hanya pekakkan sahaja.
“Amboi. Suka hati perli adik aku. Jangan kau tak tahu. Adik aku ni chef Bonda Catering tau.” celah Fazran dari belakang. Adiknya memang cekap didapur sejak dari kecil.
“Calon isteri limited edition kawan Awa ni.” Celah Salwa. Dia memang kagum dengan bakat memasak Humaira. Air tangan dia masak apa pun semua kecur air liur. Memang tak tumpah dengan Datin Nuraini.
“Sorry…” Adam mengangkat tangan menyerah kalah. Kesal terlanjur kata.
“Jangan kau tak tahu Dr Adam, juadah hari-hari yang kau puji Aira yang sediakan.” Celah Diana membela Humaira. Memang hakikatnya Humaira dan Mary yang sering menyediakan makan untuk mereka. Jika diharapkan dia, agaknya telur tu boleh bertukar rupa kot.
“So, dah ada lesen nak nikahlah. Umur pun dah cukupkan.” Ujar Adam tidak puas hati dengan sikap membisu Humaira.
Sikap selamba Adam menyakitkan hati Humaira. Entah kenapa dia merasakan Adam sering sahaja menyakitkan hatinya. Humaira hanya menjeling tajam ke arah Adam tanda protes tidak puas hati dengan kata-kata Adam.
“Kau nak offer diri ke Adam?” Uji Diana mengangkat keningnya.
Adam terkedu seketika. Ditelan air liurnya sendiri terasa kelat. Macam dah tercekik biji nangka mendengar soalan Diana.
“Ohh patutla tiba-tiba rajin balik rumah. Rupanya usha ladybird dalam rumah ni ye Dam? Soal Danial mengusik. Semua tergelak mendengar kata-kata Danial.
“Abang bukan ladybird la. Itu kumbang. Tapi kumbang tu perumpamaan untuk lelaki bukan perempuan. Perempuan bunga la abang.” Balas Diana tergelak.
“Alah ladybird tu kan spesis kumbang. Arhh kira sedondong lah tu.”
“Hancur lencur Bahasa Melayu kau ni Danial. Hairan aku macam mana kau boleh A1 dalam SPM ni. Kau sogok pemeriksa eh Danial” Celah Fazran.Terbahak-bahak mereka ketawa.
“Aku ni memang kerutunan genius apa. Keturunan Leonardo Da Vinci ni.” Balas Danial ketawa. “Adam, kalau kau nak tackle Aira mai belajar dengan Romeo macam aku ni. Kalau dengan gaya pokok fir kau tu memang 7 keturunan belum tentu kau dapat tackle Aira.” Danial sengaja nak mengusik.
“Humaira tu ibarat bunga mawar berduri tahu. Sebelum kau petik mawar kau tertusuk durinya” Madah Diana mengusik.
Humaira rasa mukanya memerah, tidak mampu berkata, apabila dia menjadi topik perbualan.
“Hoit bunga kubang bunga mawar. Ini duri yang kau perlu menghadap.” Tegas Fazran konon mengugut. Hakikatnya dia senang dengan peribadi Adam.
“Hish korang ni. Dahlah malas aku layan.” Adam bingkas bangun, ingin melarikan diri dari terus digosipkan dengan Humaira. Sungguh dia malu.
“Eh Adam…” belum sempat Diana berkata.
Gedk. Fuhhh.
Ketawa mereka semakin bingit. Begitu juga dengan Humaira turut sama ketawa melihat Adam merempuh dinding di depannya.
“Hidung kau okay tak Adam? Bleeding tu Adam.”
“Dahsyat rempuhan kau tu. Aura apa yang menolak tu?”
“Gelaklah… gelak puas-puas…” Getus Adam malu. Tercalar sahamnya di depan Humaira.
“Makin Handsome lah kau lepas ni Adam. Agaknya tak perlu plastic sugeryni terus pass jadi joker. Tak payah audition ni original punya hidung”
“Hidung kau okay tak Adam? Yang kau pergi cium dinding tu dah kenapa?”
“Takkan usik sikit dah tak nampak diding kot.”
“Aira malam ni tidur jangan lupa kunci pintu, kang nanti ada yang mamai tersilap bilik.”
Semakin galak Adam diusik. Humaira tersenyum menahan tawa. Bukan tidak simpati malah dia sendiri merah padam muka menahan malu.
“Apa yang lucu sangat?” pertikai Adam. “Kau orang ni memang tak prihatin! Hidung aku sakit macam ni pun kau boleh gelak?” Adam meluahkan rasa tidak puas hatinya. Mencuka wajah itu, semakin galak Dia diketawakan.
“Sini Awa tengok…”
“Takpe la sikit je. Aku nak siap pergi RIE.”
“Eleh malu la tu.” Usik Salwa lagi.
“Mana ada, dah lewat ni. Kang bising pula medulla tu.”
“Kau shift medulla ke?” Soal Fazran gerun mendengar nama chieft sugery itu. terlampau strick. Lewat 2 minit haru hidup.
“Ya, aku cauu dulu.”
“Eloklah kau cauu, kalau lewat kepala kau cau dari badan.” Adam dan Fazran gelak serentak.
“Seram bunyi nama medulla ye?” Soal Salwa. Dia selalu mendengar Fazran dan sepupunya itu complaint tentang ketua mereka itu.
Fazran menangkat bahu seolah-olah seram mendengar nama chieftnya itu. serentak itu mereka semua ketawa. Apalah nasib dua ketul budak resident rumah ni.
Share this novel