Sudah hampir 2 bulan Humaira keluar dari hospital. Sejak keluar dari Hospital Humaira jauh berubah. Dia hanya mengasingkan diri di dalam biliknya. Bahkan dirinya sendiri tidak terurus. Hampir setiap hari dia hanya termenung, bila malam menjelang dia seolah-olah dirasuk oleh perasaan. Trauma itu sangat memberi kesan kepada gadis itu. Ada sesekali Humaira hilang kawalan. Gadis itu menghantuk-hantukkan kepalanya pada dinding biliknya. Nasib baik sahaja mereka semua bergilir-gilir menjaga Humaira. Tidak pernah walau sesaat Humaira ditinggalkan berseorangan. Bila berkesempatan Fazrin datang semata-mata untuk menjaga adiknya.
Ruang tengah dan bilik sebelah di tingkat atas menjadi port tidur mereka semua. Bergilir-gilir menjaga Huamaira.
Fazran yang baru sahaja terlelap terus membuka mata tatkala terdengar jeritan Humaira. Mereka bergegas menuju ke bilik Humaira saat mendengar pekikan adiknya itu.
"Pergi... pergi..." Raung gadis itu memecahkan malam. Humaira masih tidak mampu menhapuskan memori peritnya. Salwa dan Diana yang terlelap di sisi Humaira tersedar mendengar jeritan Humaira.
"Humaira, ini kami..." Pujuk Diana lembut. Hatinya sebak melihat keadaan Humaira.
Salwa cuba menenangkan kawannya itu. Air matanya jatuh melihat sahabatnya. Dia memberi ruang tatkala Fazran dan Fazrin menghampiri Humaira.
"Adik... Ini abang." Fazran mendekati Humaira lantas menariknya ke dalam pelukkannya erat. Fazrin turut sama memeluk Humaira.
"Lepaskan aku..." Kepalanya digelengkan.
"Adik, tengok sini?" Balas Fazrin menenangkan Humaira. Dia tahu saat ini Humaira sangat memerlukan sokongannya.
"Adik... Adik...!" Panggil Fazran menyedarkan Huamaira.
Terkelip-kelip mata Humaira memandangnya lelaki dihadapnya. Nafasnya turun naik. Matanya dikelip-kelip memastikan dia tidak tersilap memandang.
"Abang... Ayen..." serak suara Humaira menyapa telinga. "Adik takut... diaa... dia..."
"Sshhh... You save now my little sister." Fazran mengeratkan lagi pelukkannya. Hatinya sebak. Tangisan Humaira berlagu pilu di tepi telinganya.
"Abang... Yen... please don't leave me." Rayu Humaira berkali-kali.
"No adik. Abang, Yen dekat sini. Abang takkan tinggalkan Humaira lagi." Balas Fazrin sayu. Sungguh hatinya galau. Emosi Humaira semakin tidak stabil sejak kejadian tempoh hari. Traumanya sangat mendalam. Hampir setiap malam Humaira mengalami mimpi ngeri dan meracau. Walaupun telah dirujuk kepada pakar namun traumanya terlalu mendalam dan mengambil masa untuk sembuh kembali.
Adam melangkah laju menuju ke tingkat atas saat mendengar raungan Humaira. Hilang terus rasa penat tatkala mendengar suara gadis itu, walaupun satu malam dia tidak melelapkan mata kerana kekangan kerjanya. Dia sangat bersimpati pada nasib Humaira.
"Maafkan aku Humaira." Bisik hati adam. Perasaan bersalahnya sangat menebal kala ini. sebaik sahaja melihat Fazran dan Fazrin keluar beriringan.
"How about Aira? She's okay?" Tanya Adam prihatin.
Air mata Fazrin jatuh jua. Dia tidak mampu melihat keadaan adiknya. Adam memeluk Fazrin memberikan lelaki itu kekuatan. "Be strong, she's needs you more than anyone." Bisik Adam. Fazran diam, menahan sebak.
"She's sleeping. Aku tak patut biarkan dia ke airport sendirian hari tu." Fazran menyalahkan kecuaiannya dirinya yang tidak berkeras untuk menghantar Humaira tempoh hari.
"Sabar. Ini bukan salah kau. Ini dugaan untuk kita semua. Ujian Allah tanda kasihnya pada kita." Pujuk Danial menenangkan Fazran.
"Kau dah contact parents Aira?" Soal Adam.
"Tak. Aira tak kasi. Dia tak nak parents dia risau." Balas Fazran. Dia memang ingin sekali memaklumkan kepada dato' dan datin. Tetapi Humaira bertegas tidak mahu. Dia bimbangkan kesihatan papanya. Dato' memang menghidapi jantung. Dia bimbang jika perkhabaran tentangnya akan menyebabkan Dato' Othman jatuh sakit.
"Kau rasa betul ke tindakan kita, tidak maklumkan pada papa dan mama?" Soal Fazrin. Dia tidak yakin dengan keputusan mereka ambil.
Fazran mengeluh. "Entahla tapi adik risau kesihatan papa. Papa jantung Yen." Balas Fazran memikirkan tindakanya. Adam mengangguk faham.
"Aku serba salah." Ujar Fazrin.
"Aku tahu... aku pun tapi, entahla..."
"Berat untuk terima semua ni. Pasti mereka terkejut kalau dapat tahu." Sampuk Danial.
Fazran dan Fazrin mengangguk serentak. Humaira satu-satunya puteri tunggal mereka, pasti perkhabaran itu memberi kesan mendalam kepada Dato' dan Datin. Dia faham bila Humaira memohon supaya merahsiakan perkara ini pada orang tuanya.
Fazran tekad akan cuba memulihkan Humaira sebelum dia pulang ke Malaysia. Dia akan pastikan Humaira pulih sepenuhnya.
Share this novel