Humaira menerpa memeluk Salwa sebaik sahaja melihat temannya itu di depan bilik hotel.
“Rindu Kau.” Ujar Humaira.
“Eleh tinggal aku berbulan baru kau tahu penangan rindu aku.” Balas Salwa mencebik. Namun dia jua merindukan sahabatnya itu. Gadis itu tidak pulang ke Malaysia, sibuk menjelajah London dia pula terpaksa pulang dek kerana tanggungjawab Catering Bonda.
“Hari-hari aku rindu kau. Nak call tak sempat beza waktu 5 jam kot.” Balas Humaira membela diri. “Kau dah jumpa rumah?”
“Aku belum jumpa lagi lah. Susah betul nak cari rumah yang dekat dengan kampus. Harga mahal. Berkongsi dengan minah-minah salleh. Serik weh, tanya sepupu aku pun dia cakap kena kongsi rumah dengan rakan-rakan dia.” Balas Salwa mengeluh.
Jika sebelum ini mereka pernah berkongsi rumah dengan Nedin seorang bangsawan belanda namun wanita itu tidak menghormati hak privasi mereka sebagai seorang muslim. Sering mengadakan parti tanpa memohon kebenaran mereka. Membawa pulang rakan-rakan lelaki yang silih berganti. Minuman keras di merata. Seolah-olah rumah tersebut hanya milik dia seorang. Membuatkan mereka lebih berhati-hati mencari rumah.
“Actually, masa atas flight aku ada kenal seorang ni. Dia tawarkan bilik. Tapi tinggal serumah dengan abang dan kawan lelaki dia.”
“What? Are you serious? Omg.” Salwa bagai hendak pengsan mendengar kata Humaira.
“Aku tengok Diana tu baik je. Dia mahu mencari teman perempuan. Abang dia dan kawanya tu nampak macam okay.” Ujar Humaira.
“Okay kita tengok dulu macam mana besok. Kalau terdesak sangat kita staysana. Lagipon aku perlu tanya parents aku dulu”.
“Okay. Aku pon perlu minta kebenaran papa aku. Lagipun abang Fazran tak tahu lagi. Malam ni la aku bagi tahu dia.” Kata Humaira.
“Fazran nak datang malam ni?” soal Salwa. Hatinya sering berdebar-debar walaupun hanya mendengar nama Fazran. Humaira sering ingin menjodohkan dia dengan Fazran namun, Fazran seolah-olah tiada minat terhadapnya. Dia hanya mampu menyorokan rasa hati. Tidak mahu dihebokan walaupun kepada Humaira.
“Ye. Itu dia cakaplah. Tapi kau faham-faham la abang aku tu. Sibuk dia memanjang”. Balas Humaira. Sememangnya dia sedia maklum kesibukan abangnya sebagai surgical resident. Namun dia sangat mengkagumi abang susuannya itu. Sangat berdedikasi dan rajin. Abangnya itu kini melanjutkan jurusannya kepada doktor pakar di universiti yang sama. Tinggi cita-cita abangnya tanpa ada rasa jemu.
Eh Panjang umur. Tengok baru je mengumpat dah call. Ujar Humaira tersenyum melihat panggilan telefon.
“Assalamualaikum dik. Abang ada emergency malam ni. Jumpa besok malam ye.”
“Walaikumusalam yelah ini baru abang aira. Kalau tak sibuk memang tak sah”
“Maaf. Abang janji besok kita spendmasa cari rumah ye. Abang ada kawan dia nak cari housemate perempuan. Kita jumpa besok ye.” pujuk Fazran. Dia sedar adiknya merajuk tetapi apakan daya tugasnya sebagai residen tiada jawapan tidak kepada tugasnya.
Humaira tergelak. Humaira sudah sedia maklum dengan kesibukan Fazran. Namun sengaja ingin bermanja dengan abangnya itu. “Ye bang… see you tomorrow. Take care”
Share this novel