23

Romance Series 5539

Harraz terkedu saat melihat isterinya yang sedang asyik mengeringkan rambutnya. Pakaian isterinya cukup sederhana untuk mengodanya. Hanya memakai pajama hitam labuh dan berlengan pendek. Tidak pernah dia melihat mana-mana wanita yang bukan mahramnya berkeadaan seperti isterinya sekarang.

Harraz memerhatikan isterinya, tidak berkelip matanya terpandang wajah manis isterinya. Ternyata isterinya itu mempunyai aura tersendiri yang boleh mengetarkan perasaanya. Gadis itu benar-benar mengodanya, dia tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan dengan godaan itu. Nalurinya semakin goyah.

Terasa begetar perasaannya saat mata mereka bertaut.

Humaira tersedar dirinya ditenungi oleh Harraz. Anak matanya berlaga dengan Harraz.

"Awak tengok apa?" Soalannya hanya terbang di angin lalu.

Membuatkan Humaira kaget melihat tenungan mata Harraz kepadanya. Dia cuba mengelakkan diri berpaling untuk menyidai tualanya tangannya terketar-ketar. Wajahnya tidak semena-mena pucat lesi.

"Allahhhhuakhbarr!!! Maaaa!!!!"

Serentak itu Humaira membuka langkah seribu menuju ke arah Harraz dan melompat ke tubuh sasa suaminya itu. Harraz terkejut dengan reaksi yang diterima. Jantungnya semakin sudah tidak seirama lagi. Dia kaku memeluk tubuh Humaira. Terbuai dengan perasaan sendiri menghidu wangian dari tubuh isterinya itu.

"Allah... apa lagi anak kesayangan awak tu Yam?" Soal Haji Farhan menepuk dahi. Teriakan Humaira bergegar sehingga ke tingkat bawah. Mengejutkan seisi rumah.

"Manala saya tahu bang. Jomlah naik tengok mereka." Kalut mereka bergegas menaiki tangga menuju ke arah bilik anak bongsunya itu.

Haji Farhan menyelak pintu bilik Harraz. Terpampam melihat Humaira yang menangis teresak-esak, rapat memejam mata dalam pelukan Harraz. Nampaknya kali ini gurauannya anaknya itu keterlaluan. Jelas sekali ketakutan di raut wajah menantunya itu.

"Allah, Harraz apa kamu buat kali ini?" Soal Hajjah Mariam memarahi anaknya. Merah padam mukanya menahan marah melihat ketakutan menantunya itu. Harraz meneguk air liurnya yang terasa kelat. Wajahnya turut berubah pucat bak mayat. Matanya langsung tidak berkedip dan dia sendiri tidak mampu bergerak.

"Harraz dengar tak ummi tanya ni?" Jerkah Hajjah Mariam tidak puas hati. Terus dia melangkah masuk mendekati anak menantunya itu. Mendengar jerkahan dari ibunya seolah menyedarkannya dari mimpi. Dia terkesima mendengar tangisan Humaira dan terasa pelukkan erat isterinya itu.

"Har... Harrazz..." Tergagap-gagap Harraz ingin menutur kata. Dia turut dalam kejutan yang sama.

"Yang kamu pucat lesi ni dah kenapa?" Soal Harlina melihat wajah adiknya yang berubah pucat.

"Apa yang kamu dah buat ni?" Tegas suara walidnya bertanya.

"Harraz taa... takk buaattt apa walid." Akhirnya terlafaz jua. "Tuuu..." Harraz menujukkan ke arah iguana di atas penyidai kain.

"Allah... kenapa boleh terlepas sampai ke sini?" Terus sahaja Aishah melangkah mendekati iguana anaknya. Kepala iguana itu dicium-ciumnya penuh kasih.

"Laa kenapa dibiarkan comel terlepas?" Hajjah Mariam mendekati menantunya itu dan mengambil iguana itu dia membawanya keluar kepada Harriz diluar.

"Sejak bila kau pun gelabah tengok comel ni?" Soal Harlina melihat Harraz yang nampak jelas gugup.

"Mana ada..." Nafi Harraz cuba menghilangkan gelojak rasa.

"Maaf Aira, ini iguana Fateh. Iguana ni jinak je. Tak kacau orang." Jelas ibu mertuanya.

Humaira lantas mengelengkan kepala tanda tidak mahu mendekati. Dia memejam rapat mata. Semakin erat pelukkannya pada suaminya. Sungguh dia geli dengan binatang alah itu. Tidak sanggup dia melihat biawak kecil itu.

Harraz mengurut belakang isterinya itu cuba menenangkan isterinya. Tangisan Humaira semakin menjadi-jadi pula. Nampaknya kali ini isterinya itu benar-benar dalam ketakutan. Harraz serba salah. Hatinya masih lagi bergetar hebat dengan pelukan erat isterinya.

"Walid, Ummi keluar dulu, kamu tenangkan isteri kamu tu. Kesian dia, maafkan baby Fateh ye Aira."

"Jom la kita keluar. Harraz tenangkan bini ya. Akak minta maaf." Ucap Aishah merasa bersalah.

Aira hanya terdiam tanpa kata. Bukan dia niat kurang ajar tetapi sungguh dia takutkan binatang itu. Dengupan jantung masih lagi belari pantas.

"Err... awak..." Dia mengaru-garu kepala berserabut memikirkan situasi sekarang. Dia tidak tahu bagaimana mahu membujuk isterinya itu.

"Sorry. Abang tak tahu macam mana comel boleh ada dekat situ." Pujuknya lembut.

Humaira tetap juga diam. Comel? Itu comel? Dia terasa meremang segala urat sarafnya membayang iguana itu.

"Sayang..." Panggil Harraz lembut. "Sorry..." pinta Harraz perlahan. Kali ini dia benar-benar ikhlas memohon maaf.

"Awak jahat!!" Humaira memukul dada Harraz bertalu-talu. Dalam masa yang sama air matanya turut sama bergenang.

Tidak tahan dipukul rambang begitu. Harraz mengengam erat tangan Humaira. Walaupun tidak kuat tetapi peritnya terasa dipukul tanpa henti. Harraz membawa kedua-dua belah tangan isterinya ke dada, kemudian dikucup lembut tapak tangan Humaira. Perlahan-lahan dia menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Rambut isterinya dibelai lembut. Terasa selamat dalam pelukkan suaminya. Tangisan Humaira mula surut. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience