29

Romance Series 5539

"Assalamualaikum..." Sapa Harraz, seusai melangkah masuk ke dalam bilik pascas siswazah itu. Nampaknya bilik itu masih sunyi hanya Salwa, Humaira dan Dalila sahaja.

"Walaikumusalam." Salam dijawab serentak.

Harraz meletakkan beg kertas di atas meja Salwa.

"Breakfast." Ucap Harraz.

"Wow... baiknya hari ni? Okay good move." Kata Salwa ramah. Ini bukan sahabatnya yang untung sekali dengan dia sekali yang merasa.

Dalila memandang hairan melihat Harraz dan Salwa. Takkan mereka couple kot? Namun persoalan itu hanya berlengar di fikirannya sahaja. Dia keliru antara Humaira dan Salwa. Tapi mendengarkan kata-kata Salwa membuatkannya merasakan ada sesuatu yang terjalin antara Salwa dan Harraz. "Good move!!!"

Harraz hanya tersenyum dengan kata-kata Salwa lalu dia menuju ke mejanya bersebelah Humaira meletakkan begnya.

Humaira angkat wajahnya memandang suaminya itu. Seminggu tinggal bersama, dia memahami rutin pagi suaminya itu. Apatah lagi hari kedua sudah diajar petua rumah tanggannya.

"coffea, chocolate?" Soalnya pelahan.

"Emm chocolate..." Balas Harraz tersenyum.

Humaira bingkas bangun menuju ke belakang, ingin menyediakan minuman buat suaminya. Matanya melirik pada pandangan mata Dalila yang melihatnya. Dia telan air liur. Pandangannya berkalih pula kepada Harraz. Harraz menunjukkan tanggan ke bilik sebelah. Dia hanya menangguk faham. Harraz berlalu tanpa kata.

Seusai membacuh minuman dia berlalu ke bilik sebelah. Setelah melihat Dalila tekun meneruskan kerja. Entah kenapa dia masih berahsia dengan gadis itu. Mungkin sebab gadis itu juga menyimpan perasaan pada suaminya. Dia tidak tahu, bagaimana untuk berterus-terang.

Melihat kelibat Harraz diluar pintu, masih menunggunya dia tersenyum.

"Shall we?" Soal Harraz. Pintu bilik dibuka, dan dia memberi laluan kepada Humaira untuk masuk.

Memang selalunya bilik perbicangan itu dijadikan port untuk mereka berhuha atau mengadakan makan-makan, manakala bilik kerja pula, tidak diganggu.

Humaira melabuhkan diri di sofa dan meletakkan cawan di atas meja hadapannya. Belum sempat Harraz melabuhkan duduk di sebelah Humaira, dia menolak lelaki itu.

"Laa kenapa?" Soal Harraz hairan dengan tingkah isterinya.

"Duduk situla, nanti orang tengok."

"Pulak... macam la dosa." Jawab Harraz selamba.

"Bukan tu la... eii duduk situ la." Matanya dijeling tajam kepada Harraz.

"Dulu kita tak layan dia pun dapat jelingan maut, sekarang orang nak manja-manja pun kena jeling ke?" Balas Harraz mengusik.

"Malas layan. Laparrr...." Ucap Humaira manja.

Harraz tersenyum dengan telatah isterinya dah macam nikah dengan budak sekolah. Dia membuka sarapan yang disediakannya.

"Wow.... Bluberry chocolate pankcake?" Humaira teruja melihat sarapan di hadapanya. Matanya memandang lelaki didepannya. "Mana tahu?" Soal Humaira.

"Hari-hari kalau itu makanan asasinya takkan tahu." Balas Harraz. Memang itulah hidangan wajib Humaira, kalau tak pagi malam, kalau tak malam siang. Sedikit demi sedikit kegemaran gadis didepannya dibaca. Blubbery, chocolate, winnie pooh, coffee, tomyam, pisang, brokoli, biru, hitam. Seminggu sahaja untuk dia mengetahui kegemaran gadis ini.

Humaira tersenyum, laju sahaja makanan itu dicapai. Belum sempat masuk ke mulut. Harraz menahannya.

"Wife makan dengan siapa tu?" Soal Harraz. Wajahnya ditegaskan.

"Hehe...." Humaira tersenyum tahan malu. Dia tidak sabar nak cuba pancake suaminya. "Awak baca la..."

Harraz mengeleng kepala. Lalu menadah tangan membaca doa.

"Emmm sedapp..." Ibu jarinya diangkat tanda thumps up kepada suaminya. Dia memejam mata menikmati pancake itu. Harraz tersenyum panjang melihat isterinya.

"Amboi dating sini rupanya, dahla makan breakfast tak ajak." Sergah Salwa tiba-tiba.

Membuatkan Humaira terbatuk. Pancake di tanganya terlepas. Dia mengosok-gosok dadanya, terkejut dengan sergahan Salwa. Cepat tangan Harraz menghulurkan air dan mengosok pelahan belakang isterinya.

"Salwa...! Lain kali bagi la salam." Tegur Harraz.

"Opss... Sorry." Salwa menutup mulut tanda bersalah. "Yang kau terkejut macam nampak mak lampir tu dah kenapa?" Soal Salwa ketawa.

"Kau ni kan, suka sergah-sergah orang gitu. Nasib aku hidup sampai hari ni." Marah Humaira geram.

Salwa ketawa lalu duduk di sebelah Humaira. "Ala... macam tak biasa, control la tu depan ehem-ehem kan...." Memang dia suka mengejutkan gadis itu dan begitulah sebaliknya.

"Awa..." Humaira malu, habis kantoi perangai nakalnya kalau si Salwa ni ada.

"Kalau bagi salam kan elok sikit." Tutur Harraz lembut.

"Untungla ada orang backup sekarang." Perli Salwa ketawa.

"Dr. Harraz... jangan tak tahu Humaira ni kan...." Belum sempat Salwa menghabiskan kata-katanya Humaira pantas menyuapkan pancake ke dalam mulut Salwa.

"Makan, depan rezeki jangan banyak bebel nek." Ucap Humaira, tidak mahu Salwa meneruskan bicara. Malu dia nanti.

Harraz memandang wajah gelabah Humaira menggelikan hatinya. "Ehem-ehem agaknya nakal wife aku ni, macam anak kingkong tak?" Soal Harraz

"Harraz..." Nama suaminya diseru. Humaira geram.

"Kingkong? Mana kau tahu?" Soal Salwa ketawa. Sah lelaki ini sudah tahu gelaran manja keluarga Humaira. Nampak je ayu ganas kemain. "Ini bukan anak Harraz, ini mak bapak datuk nenek punya kingkong." Balas Salwa makin kuat dia menyakat.

"Eii geram la, dekat rumah join kepala dengan papa, mana aci!!!" Bentak Humaira geram. Pipi Humaira dicubit Harraz manja.

"Amboi jangan buat scene korea boleh tak?" Kata Salwa mencebik.

"Kenapa tidak?" Humaira bangkit lalu selamba duduk atas riba Harraz. "Itulah jual mahal sangat dengan Fazran." Ucap Humaira.

Harraz merangkul pinggang isterinya tersenyum. Nakal isteri aku ni.

Salwa menjelirkan lidahnya melihat adengan pasangan depan matanya.

"Eh Dalila?" Mimik muka Salwa terkejut memandang ke pintu.

Seperti terkena renjatan elektrik Humaira terus berdiri. Ketawa Salwa terletus kuat melihat wajah pucat Humaira. "Padam muka, nak honeymoon sangat depan aku."

"Awa...!!" Laju tangan Humaira mencubit lengan sahabatnya itu. Geram dikenakan begitu. Mati-mati dia ingat Dalila di belakang.

"Adoi... Sakitla tengok dia punya aura kingkong dah datang." Perli Salwa mengejek sahabatnya itu.

Harraz turut sama ketawa melihat reaksi isterinya. Ternyata isterinya itu sangat comel bila gelabah.

Memandang sekeliling tiada orang dia berjalan ke luar. Bunyi gelak ketawa di bilik sebelah mencuri perhatian Dalila. Laju langkahnya menuju ke bilik itu.

"Sakan sangat aihh hangpa gelak." Sampuk Dalila

"Tak dak aihh, kami jadi pengkritik bebas pancake Dr Harraz ni." Balas Salwa, dia tahu Humaira minta merahsiakan perhubungannya dengan Harraz.

"Wow Dr Harraz boleh buat pancake? Hebat ini calon limited ni." Balas Dalila teruja.

"Apa susah dekat kedai eco tu, tepung instant dah ada kan? Taruk air sudah la." Jawab Harraz ketawa.

"Agak-agaknya bini instant boleh tak Dr Harraz?" Soal Salwa mahu menyakat sahabatnya itu. Matanya dikerling ke arah Humaira.

"Haaah kan? Wife instant pun boleh kan, tut-tut orang tahu dah nikahkan?" Jawab Harraz selamba.

"Ehem-ehem ada aura-aura nak nikah ke Dr?" Soal Dalila. Matanya memandang Salwa Dan Humaira silih berganti. tertanya-tanya pilihan hati Harraz. Hatinya berkata, Salwa pilihan hati Harraz. Memang sesuai gadis itu cantik, tinggi kurus persis model. Gadis Pasir Mas memang cantik-cantik. Tidak hairan.

"Laa tadi cakap instant wife. Dah nikah la ni." Balas Harraz ketawa.

"Instant tak instant, mentang-mentang dekat sini dari Gunung Raya boleh nampak seberang. Jangan minggu ni orang lain tut-tut minggu depan orang lain." Balas Humaira, nada cemburu dari suaranya.

Gelak tawa Harraz dan Salwa semakin kuat bergabung. Faham benar dengan kata-kata Humaira.

"Rasanya kalau kes saya ni, seorang pun saya tak dapat handle." Balas Harraz, matanya menjeling manja isterinya.

"Jangan Harraz, kalau sekali kucing boleh bertukar kingkong masak kau." Ujar Salwa. Semakin kuat dia menyakat sahabatnya itu.

"Amboi dapat geng baru nampak, untungla." Perli Humaira.

Dalila hanya menjadi pemerhati adengan tiga sahabatnya. Dalam hatinya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh serapat itu.

Kata-kata Humaira disambut dengan ketawa oleh Harraz dan Salwa. Secara spontan dia menepuk bahu gadis disebelahnya. Semua mata tertumpu pada Harraz kala itu. Menyedari kesilapannya dia mengangkat kedua belah tanggannya.

"Opss sorry lupa, anak dara orang." Memang menjadi tabiat tangannya bila berada disebelah isterinya itu kini.

"Okay la, saya nak sambung kerja, kau orang sambung makan. Habiskan ye. Saya ambil ni je." Harraz mencapai sekeping pancake dan minumannya.

Sebelum berlalu dia berpaling kembali. "Terima kasih ye Aira, sedap... besok tolong buat lagi ye." Balas Harraz berlalu.

Humaira mengangguk tersenyum. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience