Adam mencapai handphonenya. entah kenapa dia semakin merindui gadis itu. semakin tidak sabar menanti hari besok. Ingin memutuskan hajat dihatinya.
[Salam. Aira dah tidur? selamat malam.]
[Walaikumusalam, belum baru nak tidur. Adam dah sampai rumah?]
[Ya. Just Arrive. Tired but missing you. breakfast sama besok?]
Humaira tersenyum tatkala menerima mesej Adam. Dia juga merindukan lelaki itu tiga hari tidak bertentang mata dengan lelaki itu. Dia memahami tugas Adam sebagai seorang doktor apatah lagi Adam masih lagi dalam training residentnya.
[Ngada! Okay jumpa besok.]
[Coffee and French toach please ?? ]
[Amboi... macam kita wife dia pulak nak request-request.]
[yes... you will be my bride soon]
[haha... yela-yela... tidur la dah lewat cakap penat]
[When I got your SMS I feel energetic.]
[Ayat dia kalah Romeo. Ini mesti ramai awek]
[No. Dengan Humaira Amani je saya jadi Romeo.]
[yelah tu.]
[I'm Swear my little Aira. Besok after breakfast kita jumpa khalish dekat mosque kitchen ok?]
[Haa? Adam dah bagitahu abang?]
[Yes... ofc... just can't wait for tmr.]
[Nervous lak rasa]
[Don't worry I'm your shield armor]
[Haha tq for always be there for me]
[tidur la, dah lewat. Sweet dream My little Aira.]
[Sweet dream my doctor.]
...............
Pertemuannya bersama Fazran dan Humaira di atur diluar. Sebelum dia pergi jauh dia seharusnya berbincang dengan Fazran terlebih dahulu. Walaupun keputusannya untuk menikahi Humaira sudahpun diambil oleh mereka berdua namun dia tidak seharusnya membelakangi Fazran. Dia sengaja mengaturkan pertemuannya di luar. Tidak mahu perbincangan mereka diketahui oleh isi rumah itu. Bukan tidak mahu berkongsi tetapi belum sampai masanya lagi.
"Kenapa kau nak jumpa aku dekat luar ni?" Soal Fazran bertanya tenang.
"Aku nak berbincang dengan kau dan aku nak minta izin dari kau." Ujar Adam memulakan bicara.
"Minta izin? Izin apa pula?" Fazran memandang Aira disebelahnya. Padangan Fazran membuatnya gugup. Dia bukan takut, tetapi bila menglibatkan isu perkahwinan ini bukan suatu perkara kecil untuk dimaklumkan. Humaira hanya diam tidak berketip.
"Aku nak nikahi adik kau." Balas Adam tenang.
"Nikah? Maksud kau?" Fazran terkejut mendengar kata-kata Fazran matanya memandang Humaira dan Adam silih berganti. Bagaikan tidak percaya perkhabaran yang disampaikan oleh Adam.
"Ye aku nak minta izin kau nikahi Humaira." Jelas Adam tenang. Dia sudah nekad untuk menikahi gadis itu. Dia ingin menghalalkan hubungannya.
"Kau dah maklumkan parents kau?" Tanya Fazran inginkan kepastian. Perkara nikah khawin ni bukan perkara main-main menglibatkan dua buah keluarga.
"Belum. Aku plan, lepas bincang dengan kau. Aku nak bincang dengan parents aku dan jika semua berjalan lancar aku balik Malaysia jumpa parents Aira." Jelas Adam.
Fazran mengangguk faham. Dia sebenarnya tidak ada masalah jika mereka ingin bernikah. Dia sendiri sudah merestui perhubungan mereka. Cuma dia masih bimbangkan penerimaan keluarga Adam memandangkan ibunya sudah mempunyai calon pilihan buat Adam.
"Kau orang masih masih belajar? Lagi pun pengajian adik dah nak habis kenapa tak tunggu sehingga habis?" Tanya Fazran mengambil berat.
"Aku nak ada disamping Aira. Aku tahu dia sangat-sangat perlukan dorongan saat ini, jadi aku nak halalkan hubungan ini agar aku boleh berada disisinya setiap detik." Jelas Adam penuh yakin.
Fazran mengangguk dia memaling muka kepada Humaira disebelahnya. Dia ingin mendengar dari mulut gadis itu pula.
"Kau pasti keluarga kau boleh terima adik aku?" Soal Fazran sekali lagi.
"Ya, aku akan cuba yang terbaik untuk pujuk mereka." Balas Adam yakin.
"Aira pasti ini keputusan yang tepat?" Tanya Fazran inginkan kepastian dari gadis itu.
"Ye abang. Aira pasti, InshaAllah jika jodoh kami, Aira terima Adam. Kami akan seimbangkan pelajaran kami." Jawab Aira. Dia juga pasti dengan keputusan yang diambil. Dia tidak akan menoleh ke belakang lagi.
................
Teriakkan Salwa mengemparkan seisi rumah pagi itu. Mary yang sedang menjemur baju lantas berlari masuk ke dalam rumah. Diana dan Danial juga terus sahaja berlari keluar ke ruang tamu mendengar jeritan Salwa.
Setiba di ruang tamu Danial, Diana dan Mary terpingga-pingga melihat Salwa melompat-lompat memeluk Humaira. Mereka saling berpandangan tidak mengerti kegembiraan Salwa. Melihat semua tersenyum girang.
"Kenapa ni? Berita apa yang sakan ni?" Soal Danial kehairanan.
"Ada berita gembira yang aku nak sampaikan." Adam tersenyum memandang Fazran dan Humaira. "Kami nak nikah!" Beritahu Adam, teruja dengan perkhabaran itu.
Hah! Bulat mata Diana. Wah memang ini satu kejutan!
"Taniah! Taniah! Akhirnya khawin juga kau...boleh juga Aku Rasa nasi minyak Scottish ya!" Usik Diana. Diana lantas memeluk Humaira.
"Congratulation weh! Salwa jerit macam rumah kena rompak!" Gelak Danial. Serentak mereka ketawa mendengar gurauan Danial.
"Aku teruja sangat dengar Aira nak nikah. Gembira sangat bila tahu dia nak nikah dengan sepupu aku pula." Tutur Salwa girang.
"So nikah dekat sini?" Serentak mereka bertiga menyuarakan.
"Aku plannya nak jumpa parents aku dulu. Jika semua berjalan lancar aku balik Malaysia jumpa parent Aira." Jelas Adam. Jeritan kuat Salwa memaksanya menjelaskan perancangannya kepada semua. Walaupun dia ingin merahsiakan rancangannya itu sehingga sampai masanya kelak.
Share this novel