25

Romance Series 5539

Rasa canggung Humaira duduk dirumah milik suaminya. Walaupun dia sudah datang ke sini, tetapi perasaan canggung masih bersarang dalam dirinya. Beginilah jika bukan dirumah sendiri. Nak keluar dia takut tersempak dengan baby Fateh. Walaupun dia tahu selepas peristiwa dia mengegarkan rumah itu, abang ipar dan kakak iparnya sudah lebih berhati-hati. Lagi pula selepas menunaikan fardu isyak walid dan ummi terus mengasingkan diri di dalam bilik.

Humaira mengeling melihat suaminya yang khusyuk menghadap komputer ribanya. Besok mereka akan balik ke Utara. Sudah pasti suaminya itu sibuk. Setelah bercuti panjang

"Wife... bosan ke?" Soal Harraz, saat merasakan anak wanita itu merenungnya.

Humaira tidak menjawab persoalan Harraz, dia mendekati lelaki itu dan duduk dihadapan suaminya. Tangannya membelek-belek buku ilmiah di atas meja suaminya. Harraz tersenyum memandang Humaira yang jelas nampak kebosanan.

Humaira mencapai telefon bimbit Harraz dihadapanya. Butang tengah telefon itu ditekannya. Dia melihat gambarnya pada hari mereka di ijab kabul tertera di skrin paparan telefon suaminya. Sejak bila dia curi-curi ambil gambar aku? Sedangkan gambar Harraz sekeping pun tiada dalam telefonnya.

"Emmm... password la pulak. Huh! Kita baru nak sekondeng." Getus Humaira dalam hatinya. Nak privasi la tu. Baru sahaja Humaira mahu meletakkan telefon suaminya.

"258123"

"Hah..." Humaira terkejut mendengar suara suaminya seraya itu dia memandang wajah suaminya.

"Itu password telefon abang. Password media sosial abang pun sama, cuma tambah nama abang dekat belakang je."

"Erkk... kenapa bagi tahu Aira? Itu bukan ke privasi abang ke?"

"Privasi tu untuk orang luar, antara kita tiada rahsia. Tak salah rasanya wife tahu semua password penting abang. Jika terjadi sesuatu pada abang sekurang-kurang wife boleh deactive semua media sosial abang."

Humaira kehilangan kata. Terus sahaja dia meletakkan telefon suaminya. Tidak jadi mahu sekondeng. Nikah baru seminggu dah gedik nak sekondeng. Tambah lagi perkataan Harraz membuatnya terkesima. Baru sahaja bernikah tak kan dia dah nak jadi janda.

Harraz melihat isterinya terdiam lalu dia berkata lembut.

"Sayang... tahu tak mengingati mati itu wajib. Setiap yang bernyawa pasti akan bertemu dengan Penciptanya."

Humaira mengangguk mengerti. "Abang sibuk?"

"Tak sangat kenapa wife?" Harraz menutup laptopnya dan menghadap wajah isterinya.

"Besok Aira nak masuk KB dulu jemput Dalila, lepas tu nak ambil Salwa di Bunut Susu. Abang jumpa Aira dekat petronas Jeli jelah. Tapi tunggu lepas Aira mesej nak bertolak, takut lambat nanti."

"Kenapa tak sekali je?"

"Erkkk.... Dalila tak tahu kita nikah." Teragak-agak Humaira menjawab persoalan Harraz.

"So....?"

"Maaf tapi Aira tak sedia lagi. Macam cepat sangat." Balas Humaira pelahan. Tetapi masih dapat ditangkap telinga Harraz. Dia menangguk faham.

"Okay la... So, shall we?" Harraz menghulurkan tangan kepada Humaira. Humaira menyambut huluran Harraz tersenyum. Sesuai sampai disisi katil. Harraz membisik lembut di telinga isterinya.

"Wife... besok abang dah tidur sorang-sorang."

"Erkkk...." Humaira berdebar-debar menanti kata-kata Harraz seterusnya.

"Your smile is intoxicating. I want you..." Bisik Harraz.

Humaira pantas menolak tubuh lelaki dihadapanya. Tiba-tiba perasaan ketakutan menjalar di seluruh urat saraf tubunya.

"Sayang... berdosa tau tolak permintaan suami." Kata Harraz lagi membujuk.

Humaira menggeleng laju. Air matanya sudah mula bergenang.

Harraz mendekati Humaira. Dia menyeka air mata itu. "Shhh.... Abang tak kan paksa sayang. I can wait for you. I'll honor, respect, cherish and love you till the day I die. Im sorry... Jom la tidur, besok nak jalan jauh." Harraz akur dengan ketidaksediaan isterinya. Walaupun nalurinya kian tidak keruan. Tetapi demi kasih pada isterinya dia mengalah.

Malam itu tidur Humaira terganggu. Memori lalu seakan-akan datang menerpa. Dia menangis tersedu-sedu. Harraz tersedar mendengar tangisan disebelahnya. Dalam kesamaran lampu, dia terpandang Humaira yang bersandar pada katil memeluk batal sedang menangis.

"Sayang.... Kenapa ni?" Soal Harraz risau melihat isterinya. Dia menarik tubuh isterinya ke dalam pelukkanya. Tangan Harraz mengelus lembut belakang dan kepala isterinya. Air mata Humaira semakin laju mengalir. Dia menangis teresak-esak dalam pelukkan suaminya.

Kehangatan pelukkan suaminya menenangkan jiwanya yang bergelora. Setelah merasa semakin tenang Humaira perlahan-lahan melepaskan tangannya. Harraz menyeka air mata isterinya.

"Shhh.... I am here for you. Don't cry." Hatinya gelisah memikirkan tangisan isterinya. Pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya.

"Wife... Mari kita solat tahajud."

Humaira mengangguk akur. Dia sangat-sangat perlukan ketenangan di saat ini. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience