Hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Ya seminggu! Fikiran Humaira semakin berkecelaru. Istikarah sudah dibuat, tetapi entah kenapa, setiap kali istikarah dibuat dia merasa tenang dengan pilihannya. Meyakinkannya dia sebulat hati menerima lelaki itu. Tetapi tatkala majlis semakin hampir hatinya tidak tenang.
Satu mesej dihantar.
[Aku nak nikah minggu depan.]
Sedetik sahaja kendengaran panggilan telefon dari handphone disebelahnya.
"Are you kidding me Aira?" terus sahaja sebaik panggilan dijawab Salwa menyoal Humaira.
"No, Im not, I need you badly!" Kata Humaira teresak.
"Kau dekat mana? Rumah?"
"Tak dekat Aman Tok Bali"
"Hah? Okay aku ke sana sekarang. Tunggu aku, SMS aku nombor bilik kau"
"Yes! I will. Thanks Awa." Kata Humaira lalu mematikan talian. Dia memeluk lutunya menangis. Hatinya rawang, saat ini dia terkenangkan memori lamanya bersama Adam jauh di bumi Scottish. Lelaki kacukan Scottish itu, sangat menghormatinya dan lembut melayannya. Walaupun sudah hampir 5 tahun memori itu berlalu. Tetapi nama itu seolah-olah tidak pernah padam dihatinya. Dia membawa diri ke Tok Bali, jika berada dirumah hatinya tidak tenang melihat persiapan diterataknya. Walaupun tanpa majlis yang gilang gemilang namun, seluruh ahli keluarganya sibuk menyiapkan persiapan akhir.
Humaira menerpa Salwa sebaik sahaja melihat tubuh sahabatnya di depan bilik. Dadanya terasa sebak. Air matanya semakin laju bergenang.
"Kenapa ni?" Soal Salwa lembut memeluk bahu Humaira cuba menenangkan gadis itu. Dia menarik Humaira ke arah katil duduk disitu. Pelbagai persoalan bermain di kepalanya, menanti Humaira bertenang.
"Minggu depan, aku kena nikah, pilihan keluarga." Ujar Humaira teresak-esak menahan tangis.
"Hah? Minggu depan? Dengan siapa? Dekat mana?" Soal Salwa bertubi-tubi. Dia memandang Humaira dengan perasaan tidak percaya.
"Kau kenal dia... aku dah bertunang dengan dia 4 bulan yang lepas sebelum daftar UUM." Jawab Humaira menjelaskan statusnya. Dia berkira-kira untuk memberitahu Salwa tentang Harraz.
"Hah kau bertunang? Kenapa kau tak bagitahu aku. Sampai hati kau Aira."
"Sorry. Aku tak sangka dia.." Humaira terdiam, dia tidak tahu bagaimana ingin memulakan bicaranya.
"Maksud kau aku kenal dia, siapa?"
"Harraz..." Jawab Humaira perlahan.
"Harraz? Jangan kau kata dia Izz Harraz?"
Humaira mengangguk lemah mengiyakan kata Salwa.
"Ohh my Allah. Nonsense. Seriously?"
"Ya." Jawab Humaira sepatah.
"So sebelum kita daftar kau dah bertunang dengan Harraz?"
"Ya."
"Wait... wait tapi kau dengan dia? Macam tak..." Tergagap-gagap Salwa bersuara.
"Dingin, dia sangat dingin layan aku. Macam kami tak kenal, sedangkan dia tunang aku." Keluh Humaira. Air matanya mula berair saat mengenangkan layanan Harraz kepadanya.
"Seriously this is unbeliveble. Sebelum ni dia kenal kau? Kau kenal dia? Dan dia tunang kau? Oh god!" Salwa menepuk dahi, membayangkan layanan Harraz pada sahabatnya itu sangat dingin dan dia sendiri tidak pernah mengesyaki bahawa Harraz adalah tunang kepada Humaira. Harraz langsung tidak menegur Humaira walaupun meja Humaira hanya disebelahnya. Hari pertama mereka tersempak Harraz seolah-olah tidak mengenali tunangnya sendiri. Ini gila!
"Ya, aku pernah SMS dia bertanya tentang perkahwinan kami, dia macam tak ikhlas." Harraz seolah-olah tidak mahu melayan SMSnya. SMS yang dihantar seringkali berbalas lewat dan hanya sepatah dua sahaja. Membuatkannya hilang kata, hilang keyakinan.
"Dia jawab apa?" Soal Salwa tidak sabar.
Humaira mengambil telefonnya dan membuka SMS tersebut kepada Salwa.
[Awak pasti dengan perkahwinan ni?]
[Ya.]
[Kenapa saya?]
[Awak pilihan saya.]
Salwa terngaga melihat SMS itu, hanya sepatah demi sepatah SMS yang dibalas oleh Harraz. Langsung tiada kemesraan. Salwa menelan air liur berkali-kali sukar mempercayai perkhabaran ini. Jika dulu Cinta Aira dan Adam, umpama pasangan Beckham. Sangat secocok dan merpati dua sejoli. Tetapi cinta yang disulam terlerai jua. Adam juga sudah bertunang dengan Bella minggu lepas. Walaupun Salwa kecewa dan marah dengan Adam, tetapi dia akur dengan keputusan Adam, mungkin Adam bukan jodoh yang ditakdirkan untuk sahabatnya.
"So, sekarang ni apa kau nak buat?"
Humaira terdiam membisu. Jika diturutkan hatinya mahu sahaja dia melarikan diri. Tetapi dia tidak akan sama sekali menconteng arang ke muka ibubapanya itu. Tidak sanggup untuk melihat kekecewaan diraut wajah orang tuanya. Biarlah dia mengalah asalkan dapat melihat senyuman bahagia terukir di wajah mereka. Tapi bila terfikir kehidupannya bersama Harraz, dia mengeluh lemah. Hatinya ingin sahaja menjerit sekuat hati.
Salwa menepuk pelahan bahu Humaira.
"Tidak baik mengeluh. Mungkin ini jodoh yang tertulis untuk kau, tinggal seminggu sahaja lagi Aira. Aku harap kau kuat, tabah menerima semua ini. Lagipun aku pasti Harraz lelaki terbaik untuk kau. Dia lelaki yang baik Aira." Pujuk Salwa cuba menenangkan sahabatnya itu.
"Aku tak tahu, tapi aku redha dengan semua ni. Ya mungkin Harraz lelaki untuk aku." Humaira tersenyum nipis. Menenangkan hati yang sedang berperang dengan dirinya.
"Aira... Aku ada berita nak bagitahu kau, tapi aku harap kau kuat ye." Ucap Salwa lembut, dia cuba untuk meluahkan tentang pertunangan Adam.
"Ya apa? Cakaplah, aku okay."
"Adam..." Salwa masih berkira-kira untuk memberitahu Humaira. Tetapi lebih baik Humaira mendengar dari mulutnya sendiri. Dia tidak
mahu hubungan dengan gadis itu berantakkan kerana sepupunya itu. Gadis itulah sahabat dunia akhiratnya.
"Adam? Kenapa dengan Adam?" Hati Humaira berdebar-debar saat mendengar nama lelaki itu. Sudah lama nama lelaki itu tidak keluar dari bibir sahabatnya itu.
"Dia... nak bertunang dengan Bella minggu depan." Akhirnya satu beban seolah-olah terlepas dari bahu Salwa, saat menuturkan kata-kata itu. Dia lega, dia tidak mahu berahsia dengan Humaira, tidak mahu Humaira sakit lagi.
"Emmm... Taniah. Sampaikan salam aku pada dia." Hati Humaira bergetar hebat saat mendengar perkhabaran itu.
"Kau okay?" Soal Salwa merasa bersalah.
"Aku okay, lagipun aku bakal menjadi isteri orang minggu depan. Tiada guna aku terkenangkan pekara yang dah lepas." Humaira tersenyum nipis. Dia menerima perkhabaran itu dengan hati terbuka.
Salwa lantas memeluk, mengosok belakang Humaira. Benarlah jodoh itu misteri. Walaupun kita mampu merancang tetapi semuanya berlaku di atas kehendakNya. Dia gembira untuk sahabatnya, dia tahu Harraz mampu menjadi lelaki yang terbaik untuk Humaira. Gadis sebaik Humaira memang layak untuk berganding dengan lelaki seperti Harraz.
Share this novel