Teksi yang dinaiki oleh Salwa dan Humaira berhenti di hadapan rumah nombor sebelas. Selepas membayar tambang mereka menuju ke pintu utama. Humaira dan Salwa terpengun melihat rumah itu. Mana mungkin mereka memperolehi harga yang murah. Dengan halaman yang agak luas. Rumah banglo yang gah berdiri berkonsepkan tradisional British.
“Alhamdullilah sampai juga, Humaira ke rumah Diana, jemputlah masuk.” Diana menjerit keriangan lantas memeluk Humaira.
“Diana kenalkan ini Salwa teman baik Aira”. Humaira memperkenalkan.
Diana menyambut salam dihulurkan lantas memeluk Salwa. “Hi. nice to meet you” kata Diana ramah.
“Nice to meet you too.” Balas Salwa ramah.
“Masuk… masuk.” Diana menarik tangan Humaira ke dalam. Salwa mengikut langkah Humaira masuk.
Sebaik melangkah masuk ke ruang tamu. Mata mereka terbuntang tidak percaya mulut hampir sahaja terganga melihat keseluruhan ruang yang dipenuhi oleh buku yang berselerak.
“Maaf Aira buku berselerak. Kami baru nak kemas-kemas rumah ni. Lama tak pindah masuk.” Jelas Diana
Humaira dan Salwa tersenyum mengangguk. Mata mereka masih meneliti sekitar rumah yang tampak mewah walaupun bersepah dengan lautan buku.
“Jom saya tunjukkan ruang rumah ni.” Ajak Diana menuju ke dapur. Kalau mereka mahu duduk disitu memang tiada ruang kosong.
Lantas Diana menyediakan minuman buat tetamunya.
“Rumah ni ada enam bilik tidur. Tiga di ruang atas dan tiga di bawah. Semua bilik memang dilengkapi toilet. Aira dan Salwa boleh berkongsi bilik di tingkat atas. Bilik saya pun tingkat atas. Bilik Danial, Adam dan Khalish di tingkat bawah. Bilik yang hujung tu bilik pembantu rumah. Ini ruang dapur, kalau nak masak. Guna je apa yang ada. Cabinet bawah tu pinggan mangkut, sebelah sini bahan-bahan masakan. Kalau dekat dalam ni memang banyak western jelah ye. Budu pun tiada” Ujar Diana berseloroh.
Humaira dan Salwa tergelak mendengar usikan Diana. Humaira dan Salwa saling berpandangan. Memang tidak dinafikan keadaan rumah ini lebih daripada selesa untuk mereka berdua. Tambahan lagi bilik tiga jejaka tersebut agak tersorok dari tangga ke tingkat atas. Jadi tidak ada masalah untuk mereka jika tidak mahu bertembung.
“Jom kita ke tingkat atas tengok bilik” ajak Diana.
“Okay ini bilik kamu berdua, bilik Diana hujung sana. Bilik tengah ni sebenarnya kami buat ruang solat atau tempat menelaah. Tapi kalau Aira atau Salwa nak duduk pun boleh.” Terang diana.
“Kami share jela, Diana.” Lebih selesa baginya berkongsi bilik dengan sahabatnya itu. Walaupun bilik itu bersebelah dengan biliknya.
“Berapa sewa Diana?” Tanya Salwa. Hatinya sangat berkenan dengan rumah tersebut namun memikirkan kadar sewaannya memandangkan keadaan rumah yang mewah.
“Bayar sajalah dengan kadar bayaran yang kamu mampu. Saya bukan buka bisnes. Hanya mahu mencari rakan serumah dan temankan saya je. Kalau tak saya sunyi dalam rumah ni. Masing-masing dengan hal sendiri.”
“Kami bukannya tak suka dengan rumah ni. Suka sangat Diana. Tapi masalahnya macam mana kami nak tinggal serumah dengan lelaki yang bukan mahram kami?”. Humaira menyuarakan kegusaran dihatinya.
Diana mengangguk faham. “Jadual kelas kita tak sama. Lagi pula Danial banyak luangkan masa di Lab. Khalish dan Adam lebih banyak di bertugas dihospital terutama mereka residen. Jadi mereka jarang ada dekat rumah. Siang hari kita memang susah nak jumpa. Lagi pula Mary sentiasa ada menjaga rumah ni.” Ujarnya lagi.
“Tapi kita masih berkongsi dapur dan ruang tamu”. Kata Salwa lagi.
“Sejam dua je. Itupun jika kebetulan waktu pagi. Masa lebih banyak dihabiskan di luar dan bilik masing-masing”.
Humaira mengangguk faham. Memang tidak dinafikan masing-masing sibuk dengan tugas pengajian. Tidak mustahil untuk tidak bertembung. Salwa memandang Humaira. Dia memang berkenan dengan rumah tu tetapi mahu bertemu dengan tiga jejaka itu tersebut terlebih dahulu.
“Assalamualaikum” kedengaran satu suara dari bawah memberi salam.
“Ambil lah masa tengok-tengok bilik. Saya turun ke bawah sekejap” Mohon Diana membawa diri.
“Baik” Jawab mereka serentak.
“Ada orang datang ke Diana?” Soal Adam melihat kasut di ruang luar.
“Ye awek kau usha semalam” perli Diana mengusik Adam.
“Awek? Hai dah pandai usha awek ke Adam ni?” Ketawa Khalish mendengar celoteh Diana.
“Awek mana pula?” soal Adam pura-pura tidak tahu sedangkan hatinya sudah bergetar hebat memikirkan gadis disebelahnya semalam.
“Aleh sudah tahu cendana pula…” gelak mereka memecahkan suasana.
Mendengar bingit dibawah Humaira dan Salwa berkira-kira mahu turun ke bawah. Tambahan lagi mahu melihat teman Diana. Belum sempat melangkah turun. Humaira tergaman melihat lelaki yang berbaju kemeja hitam. Dia cukup kenal dengan susuk tubuh lelaki itu.
“Abanggg…” jerit Humaira. Sambil berlari menuruni tangga. Terpinga-pinga yang lain melihat reaksi tidak terjangka Humaira.
“Abang buat apa dekat sini” tanya Humaira ceria melihat Fazran disini. Dia tunduk bersalaman dengan Fazran.
“Aira buat apa kat sini? Abang baru nak jemput Aira.” Fazran bertanya soalan yang sama.
“Maaf la, Aira lupa nak SMS abang. Aira hajat nak menyewa dekat sini dengan Salwa.” Jelas Aira.
“Aira dan Khalish ni bersaudara ke?” soal Diana kehairangan.
“Inilah adik aku. Yang aku cakap nak kenalkan tu. Yang aku suggest nak dia stay sini dengan aku” Jelas Fazran.
“Laa ye ke? Haa kena sangat lah. Aku pula cari housemate sama yang kau nak kenenkan”. Gelak mereka Bersama.
“Mana Salwa?” Diana mencari-cari susuk Salwa yang tiada disitu.
“Eh Salwa? Tadi sebelah Aira. Mana dia pergi?” Humaira baru teringat rakan baiknya tidak turun bersamanya. Dia lupa bila melihat susuk abangnya lantas berlari memeluk Fazran. “Kejap Aira naik atas tertinggal kawan. Abang punya pasal lah ni”
“Eh balik-balik kita yang kena. Itulah suka sangat makan gulai semut, kawan sendiri boleh lupa mentang-mentang dapat tengok muka abang yang hemsem ni.”
“Eh tolong sikit Aira tak kecur liur pun gulai tu. Hishh kenapa la dapat abang yang perasan yang amat eh?” Humaira mencebik mendengar celoteh abangnya.
Adam tersenyum melihat gelagat Humaira yang tampak berbeza dengan semalam yang lebih banyak memdiamkan diri.
Humaira mecepatkan langkah menaiki tangga mahu mencari kelibat Salwa.
“Awa kenapa kau tak turun?” soal Humaira sebaik sahaja melihat rakanya itu.
“Entah aku segan pula. Betul ke kita nak stay sini?” Sebenarnya dia segan berhadapan dengan Fazran apatah lagi memikirkan mahu tinggal sebumbung dengan abang kawanya itu.
“Laa okay la. Abang aku ada confirmpapa aku tak kan kata tidak. Jika aku tinggal serumah dengan Abang Fazran. Jomlah turun bawah. Kau cakap nak kenal dengan yang lain.” ajak Humaira. Salwa hanya mengikuti langkah Humaira ke bawah.
“Eh Aira, lelaki yang pakai baju putih tu Adam kan?” Soal Salwa tertanya. Susuk lelaki itu seperti dikenali.
“Mana kau tahu? Kau kenal ke? Ye nama dia Adam Aiden.”
“Itu abang sepupu aku la.” Jawab Salwa tersenyum riang melihat Adam disini. Seusai sampai dibawah Salwa mencuit bahu Adam. Wajahnya ceria.
“Awa kawan Humaira?” soal Adam tertanya-tanya.
“Ye. Ini best friend Awa. Tak sangka pula kau stay sini. Kalau gitu kita stay sini lah Aira. Diana bila kami boleh pindah masuk?”. Tanya Salwa inginkan kepastian
“Anytime” jawab Diana girang mendengar kata putus dari Salwa.
“Okay, shoot!! nanti kami tolong Humaira dan Salwa angkat barang.” Pelawa Danial. Adam dan Fazran mengangguk. Fazran lega mendengar kata putus mereka untuk tinggal Bersama. Boleh lah dia memantau Humaira dengan lebih dekat jika tinggal serumah. Tambahan lagi dia agak sibuk bertugas. Jika tinggal serumah dengan sahabatnya yang lain dia tidak bimbang dengan ketiadaan Humaira di depan matanya.
“Besok kami pindah masuk.” Putus Humaira.
Share this novel