Penerbangan Malaysia MH0131 dari Kuala Lumpur ke Edinburgh, Scotland berlepas mengikut jadual. Hampir ke seluruhan tempat duduk penuh dengan penumpang. Humaira mendapat tempat di tepi tingkap manakala disebelahnya diduduki oleh seorang pemuda. Tiada rasa ingin menegur, Sebaik sahaja mengenakan tali pinggang keselamatan, Humaira hanyut dengan dunianya sendiri. Bantal kecil yang diberikan oleh pramugari dipangku seperti mengendong bayi kecil.
Melihat gelagat Humaira tidur seperti anak kecil. Pemuda itu tersenyum sendiri. Terdetik di hati gadis ini sangat comel dengan tudung dan kaca mata yang sudah senget. Namun, tidak berniat untuk menegur takut menganggu tidur gadis comel disebelahnya.
“Hello! May I sit here?” Sapaan seseorang membuatkan pemuda itu mendongak. Seorang gadis berdiri memandangnya dengan senyuman.
“Boleh, you masuk duduk dalam”. Kata Adam lalu menanggalkan tali pinggang keselamatan dan bangun memberi ruang kepada Diana melangkah ke kerusi tengah. Pada masa yang sama, Adam sempat menjeling gadis disebelah.
“Mana Danial?” tanya Adam. Danial adalah teman sekolahnya dulu merangkap abang kembar Diana. Persahabatan terbina sejak dari bangku sekolah hingga ke Menara gading. Walaupun berbeza jurusan namun, mereka masih Universiti yang sama. Danial mengambil jurusan doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan, Diana jurusan Bio Sains manakala Adam jurusan perubatan. Siapa sangka sejak dari bangku sekolah sehingga kini mereka masih bersama. Cita-cita yang diimpikan sejak dari kecil akhirnya terlaksana.
“Huh Danial? Kalau terbang bukan flightje yang terbang dia sekali yang terbang.” Cemik Diana. Sebenarnya sengaja dia mengambil kesempatan yang terluang untuk berbual dengan Adam. Ada sesuatu yang ingin disampaikan.
“Haa… Kau pula, apa hal cari aku?” tanya Adam.
“Tahu-tahu kau ye?” Ujar Diana tersenyum. “Kau lupa ke, alah cadangan aku hari tu?”
“Cadangan apa pula kali ni? Projek apa pula kau nak kenenkan dekat aku?” tanya Adam. Dia memandang Diana dengan senyuman perli.
“Kau ni. Alah cadangan aku nak buat 7 dulang kaki pacat nak buat hantaran untuk kau nanti!” Sindir Diana sambil menaikkan kening. Dia tahu Adam sengaja buat-buat lupa.
Adam tergelak. “Oh ye? Sejak bila kau tukar jurusan ni? Aku ingat kau main gubahan dengan organisma je” Dia tertawa sambil menggeleng. Pelik benar dengan kesugguhan sahabatnya termasuk seniornya. Tidak habis-habis mahu mencarikan teman wanita buatnya. Alasannya dia kayu dengan wanita. Tidak tahu mengorat anak dara.
“Adam! Kau janganlah main-main aku serius ni!” Marah Diana. Bukan senang dia merayu pada Sara memperkenalkan adik angkatnya kepada Adam. Adik angkatnya berasal dari Kedah sangat sesuai dipandankan dengan Adam. Gaya adik angkat Sara sangat lemah lembut dan tampak bersopan.
“Kau ni tak habis-habis nak padamkan aku dengan entah siapa kau jumpa kali ni!”
“Eh aku buat ni sebab aku sayang kau. Kalau harapkan kau tackle awek. Gurun sahara tu naik salji kot! Budak tu baik la Adam. Ini confirm taste kau, lemah lembut, comel, bertudung.” Lobi Diana tanpa jemu. Hakikatnya dia sudah berjumpa dengan adik angkat Sara. Memang sangat comel, tak jemu memandang dengan gaya sopannya.
“Kalau setakat berkawan. Ermm mungkin aku tak kisah. Tapi kalau nak lebih-lebih aku tak jamin!” Kata adam sambil mengangkat kedua belah tangan.
“Haa yes that’s the spirit. I like it. Kita kenal-kenal dulu. Cerita kemudian lain kira!” balas Diana dengan senyuman panjang.
Adam memang sukar untuk didekati oleh mana-mana wanita. Bukan tiada yang berkenan tambahan lagi rupa Adam sendiri yang kacukan Scotland-Melayu, menambahkan lagi ketampanan aura lelaki itu. Ibu Adam berasal daripada Malaysia manakala bapanya pula berasal daripada Scotland. Kini, ibubapa sudah menetap di Scotland sejak ibubapa ibunya meninggal dunia tahun lepas.
Jika di zaman sekolahnya Adam dan abangnya Danial merupakan antara “The Hottest Guy” di sekolahnya. Mana tidaknya, keturunan keluarganya sendiri berkahwin campur. Jika diselidiki sebelah ayahnya berketurunan Arab, manakala ibunya Filipina. Bahkan dia sendiri mempunyai keluarga di Tanah Arab dan Palawan, Filipina.
“Cantik sangat ke budak tu. Kalut benar kau nak kenenkan aku dengan dia”. Tanya Adam acuh tak acuh.
“Gila kau tak cantik. Hey ini Diana la. Comel. Putih. Bertudung litup! Memang taste kau ni!” Ujar Diana bersungguh.
“Aku tak nak bertudung je. Tapi hati pun terjaga sama macam aurat dia terjaga. Comel, macam baby. Wear glasses”. Entah kenapa terbit rasa hati seperti gadis disebelahnya tadi. Mindanya terbayang kecomelan gadis disebelahnya. Matanya menjeling kearah gadis yang sudah jauh ke bintang itu. Entah kenapa hatinya tertarik-tarik melihat gadis disebelahnya.
“Amboi demand. Tak de tak de kali ni kau mesti fallen in love punya. Aku gerenti”. Ujar Diana pasti.
“Eh itu baru ada aura gadis melayu yang aku nak. Bukan je bertudung litup, tapi kesopanan, perilaku, kecomelan.”
“Apa-apa lah kau Adam. Kalau kau jumpa perempuan tu jangan lupa aku orang pertama yang kau perlu kenalkan”.
“Aku dah jumpa pun. Tapi sekarang mungkin dia dah sampai bintang kot”. Ujar Adam matanya masih lagi tidak lepas memandang gadis itu.
Diana mencebik, tak habis-habis dengan kelentong. Bukan dia tidak tahu, bahkan sudah sedia maklum dengan Adam Aiden. Sangat liat dengan perempuan.
“Weh petua jumpa awek tangkap jangan sampai terlepas dek bintang Adam hoii”.
Adam tertawa mendengar petua itu. “Ha iye-iye la tu”.
“Tak kira, aku nak kenenkan juga kau dengan adik angkat Sara secepat mungkin”.
“Kau ni kalut sangatlah Diana. Dah sampai masa nanti aku nikahlah”.
“Nikah la sangat. Kau tu pilihan mama pun kau tolak mentah-mentah. Cantik apa Bella tu. Aku okay je budak tu”. Ujar Diana tidak puas hati.
Pilihan ibunya sendiri Adam menolak mentah walaupun Bella sangat cantik tidak jemu dipandang dan sering menjadi bualan rakan-rakan Malaysia yang lain.
Adam mencebik mendengar nama Bella. Bukan dia tidak suka, memang tidak dinafikan Bella sangat cantik. Tapi bukan kecantikan yang dia cari. Tetapi cukup sekadar seorang gadis yang dapat menenangkan hatinya.
“Bella? Tak pe terima kasih. Dia cantik, tapii…”
“Tidak bertudung?” Soal Diana memotong kata-kata Adam. “Adam itukan boleh dibimbing”. Ujar Diana memujuk.
“Bukan itu masalah. Entah, aku tak rasa dia cocok untuk aku. Mungkin dia bukan jodoh aku.” Jelas adam.
Dari hari pertama pertemuannya dengan Bella dia sudah menyakini gadis itu bukan untuk dia. Lagi pula, dia tidak sukakan gadis yang menjadi perhatian lelaki.
“Iyelah. Apapun kau kata, aku akan kenalkan kau dengan budak tu dulu”. Kata Diana tegas. Dia menjeling gadis disebelahnya. Bolehkah dia tidur tanpa terganggu dengan perbualan mereka?
“Kau ni patut tukar jurusan bukan kaji organisma tapi kaji match maker”.
“Alah kenal dulu bukan aku suruh kau kahwin dengan dia.” Bidas Diana geram dengan sikap Adam yang sambil lewa.
Adam mengangguk berkali-kali. Malas berbahas dengan Diana. Dia tahu tidak akan ada penghujung jika dia tidak mengiakanya.
Humaira yang sedang memejamkan mata mencuri dengar perbualan dua orang disebelahnya. Dia tersenyum lucu memikirkan tentang main-main match making. Dia hendak tergelak mendengar topik perbualan itu. Adam menyedari Humaira tersenyum walaupun matanya terpejam, turut sama tersenyum sendiri.
Diana yang tersedar seyuman Adam terus berkalih ke sebelah. Melihat gadis tersebut masih lagi lena.
“Kau ni dah kenapa?” Soal Diana.
“Nothing. Rumah kita macam mana kau dah settle?” Soal Adam bertanya mengubah topik.
“Mary tinggal sana, Dia dah bersihkan rumah tu. Tunggu kita sampai je.” Jawab Diana. “Tapi aku ingat nak cari housemate lagi lah. Nanti kau cuba tanya-tanya mana-mana kawan perempuan kau yang perlukan rumah”.
Mary adalah pembantu rumah keluarganya. Wanita itu berasal daripada Filipina, kampung ibunya. Wanita itu, telah menjadi penduduk tetap Scotland. Dulu ibubapa Diana berkerja di sana lantas telah membeli sebuah rumah di Duddingston, Scotland. Hanya berjarak 2.5km sahaja daripada universitinya, sangat strategik. Bila bapanya pulang ke Malaysia, Mary terus tinggal disana sebagai penjaga rumah tersebut dan berkerja disitu.
“Ohh okay nanti aku cuba cari”. Ujar Adam mematikan kata. Niat di hati mahu terlelap barang sekejap.
“Aku balik ke kerusi dululah…” Kata Diana. Ketika ingin bangun tanpa sengaja Diana tersinggung bahu gadis disebelahnya.
Lantas Humaira terkejut dengan rempuhan tersebut. Boleh tahan juga rempuhannya. Spontan dia mengosok bahunya. Memandang gadis berdiri disebelahnya. Cantik ala-ala pan Asian. Mesti kacukan. Detik hati Humaira.
“Ohh Im sorry. I didn’t mind it”. Kata Diana mengetap bibir. Entah kenapa dia terlalu cuai sehingga mengganggu tidur gadis disebelahnya itu.
“Tak pe. Sikit je”. Ujar Humaira tersenyum sopan.
Comel detik hati Diana memandang gadis tersebut.
“Malaysiankan? Dari mana?” soal Diana bersapa. Dia sememangnya seorang yang ramah.
“Ya. Malaysia. Saya dari Kelantan.” Jawab Humairah berhemah. Sambil membetulkan tudungnya yang telah sedia senget.
“Belajar atau bercuti ke Scotland?” Diana kembali duduk teruja ingin menyapa gadis disebelahnya.
“Belajar”. Tutur Humaira sepatah. Dahinya berkerut melihat gadis disebelahnya duduk kembali. Eh dia nak sembang dengan aku ke? Bisik hatinya.
“University of Edinburgh?” Diana semakin ramah bertanya.
“Yes. How about you?” Soal Humaira cuba bersikap ramah. Walaupun dia mengharapkan perbualan tidak berlarutan namun akal warasnya menyatakan supaya bersikap sopan jika ditegur berbudi Bahasa.
Adam tersenyum panjang hanya mengikuti perbualan gadis itu dalam diam. Dari tadi mahu menegur namun takut menganggu.
“Same here. I’m Diana Delisha. This is my friend Adam Aiden”. Diana memperkenalkan diri. Dia menghulurkan tangan tangan bersalam.
“Humaira Amani.” Humaira menyambut huluran salam. Dia tersenyum memandang lelaki disebelah Diana. Senyumannya berbalas. Senyuman Adam memberi debaran di hatinya.
“Humaira tinggal di dalam kampus atau menyewa diluar?” soal Diana.
“Call me Aira. Semester ni sepatutnya menyewa diluar.” Jawab Humaira.
“Di mana?” Tanya Diana.
“Tak pastilah Diana, abang saya yang uruskan. Mungkin buat semenetara saya tinggal di hotel dulu sebelum dapat rumah.” Balas Humaira. Fazran menawarkan diri untuk mencari rumah untuknya memandangkan dia tidak pulang ke Malaysia kekangan tempoh residennya.
Diana menyeluk koceknya mengeluarkan dompet berisi kad. Sekeping ditarik dihulurkan kepada Humaira.
“Ini nombor saya. Telefon dan alamat rumah saya. Rumah tu ada 6 bilik. Saya sedang cari dua orang penyewa perempuan. Jika Humaira berminat, call me okay.” Kata Diana.
Humaira menyambut huluran kad. Lalu membaca sekilas alamat tertera. Keningnya terangkat melihat alamat rumah itu. Duddingston! Kawasan elit tu.
“Seorang sebilik ke Diana? Mahal tu Diana…” komen Humaira. Dari awal dia sudah tidak mengharapkan kerana melihat alamat tertera. Walaupun papanya mampu membayar tetapi dia tidak mahu membebankan papanya. Lagi pula kawasan itu sedia maklum kawasan elit. Mana mampu pelajar mampu menyewanya.
“Rumah keluarga Diana. Sewanya kita boleh runding. Saya Cuma mahu teman serumah. Sebab abang saya, Adam dan seorang lagi Khalish kawan lelaki kami akan tinggal disana. Kadang-kadang suami saya datang menginap sama. Termasuk seorang pembantu rumah juga turut tinggal disitu. Rasanya macam tak manis Diana seorang tunggal perempuan dirumah tu. Lagipun mereka ni semua kaki buli. Nak tinggal seorang seram pula. Mereka tu ibarat bodyguard lah.”
“Mereka tinggal disana bersama?” Tanya Humaira. Spontan menoleh memandang Adam. Dadanya berdebar bila pandangan matanya bertembung dengan pandangan mata Adam. Cepat-cepat dia melarikan anak matanya.
“Adam ni sahabat baik kami, sejak dari bangku sekolah. Keluarga kami memang akrab dia dah macam keluarga kami. Manakala Khalish juga, kawan baik kami. Tidak mengapa lelaki akan tinggal di bawah. Manakala perempuan kita asingkan di tingkat atas cuma dapur dan ruang tamu sahaja berkongsi. Adam dan Khalish biasanya mereka jarang stay dekat rumah. Mereka banyak habiskan masa dekat RIE. Abang saya tu spesis tak lekat rumah.”.
“Oh, okay lets me think first. Anything I call you back”. Humaira memberi kata putus. Tawaran Diana agak menarik. Selain daripada sewa yang ditawarkan berpatutan serta teman lelaki yang boleh dijadikan sandaran untuk menjamin keselamatan mereka. Lagi pula, mereka diasingkan jadi dia boleh bergerak bebas di tingkat atas.
“Malam ni Humaira stay mana?”
“Britannia Hotel…”
“Jom ikut Diana baliklah.” Diana menawarkan.
“Dah janji nak jumpa kawan. InshaAllah saya akan bincang dengan kawan tentang rumah tu. Kalau berminat besok saya pergi tengok rumah Diana”.
“Kawan lelaki ya?” usik Diana. Tanpa jemu memandang gadis didepannya. Humaira mempunyai personalitymenarik. Dia juga sedar ekor mata Adam sering mencuri-curi melihat gadis di sebelahnya sejak dari gadis itu tidur.
Adam semakin khusyuk mencuri dengar perbualan Diana dan Humaira. Dia sangat berharap Humaira sudi merima tawaran Diana.
“Bukan, Kawan perempuan.” Jelas Humaira tanpa dipinta.
“Aira sudah berpunya?” Soal Diana tanpa segan. Jika Adam terpaut apa salahnya dia menjadi orang tengah. Lagi pula gadis ini tampak baik dan paling peting comel berkaca mata. Menepati ciri Muslimah gadis idaman sahabatnya itu.
“Erkk… Belum Diana.” Jawab Humaira teragak-agak. Ini dah kenapa tanya status aku. Jangan rekemen kan aku dengan orang sebelah sudah.
Diana tergelak. “Maaflah bertanya. Aira buat saya tertanya-tanya. Gadis secomel Aira masih tidak berpunya”.
Humaira hanya membalas dengan senyuman.
“Petang besok call saya ye. Boleh datang jenguk-jenguk rumah anytime”. Sekali lagi Diana mengigatkan Humaira.
“Ye InshaAllah.” Balas Humaira berhemah.
Sebaik sahaja kaki melangkah ke Edinburgh. Humaira menghantar mesej pesanan kepada Fazran. Dia sudah faham benar sikap abangnya itu jika tidak dimaklumkan ketibaannya jawabnya sedekad rajuknya.
Humaira tersenyum melihat nama tertera di skrin telefonnya. Dia memang dah agak jika tidak sibuk. Abangnya yang seorang tu akan segera menelefonnya seusai menerima mesejnya.
“Assalamualaikum kakandaku sayang yang dihormati. Abang dekat mana?”
“Walaikumusalam wahai adindaku tersayang. Abang dekat RIE, maaf tak sempat jemput Humaira. Malam nanti habis shift abang gerak ke hotel Humaira. Malam ni stay mana?”
“Malam ni Aira stay dekat Britannia Hotel. Dah book siap-siap sebelum flysini”.
“SMS nombor bilik adik. Malam ni abang gerak.”
“Okay. Rindu abang la.”
Fazran tergelak mendengar celoteh manja Humaira. “Ye sayang. I meet u Tonight. Missing you too, sorry got to go my little princess. See you”.
Humaira tersenyum lantas mematikan talian. Lalu melangkah laju menuju ke stesen teksi. Lagak Humaira diperhatikan oleh Adam yang kebetulan berjalan di belakang Humaira. Ingin menegur tetapi terdengar perbualan Humaira membuatkan hatinya tertanya-tanya gerangan abang yang dipanggil oleh Humaira.
“Humaira jangan lupa call Diana ye. Harap kita dapat jadi housemate. Ini abang saya Danial Damsyar.”. Tegur Diana dari belakang.
“Hi, cutie!” Tegur danial mengenyitkan mata.
Humaira terkedu dengan teguran yang tidak dijangka. Hanya tunduk mendiamkan diri.
Lantas Diana menyiku dada abangnya. Menyedari tingkah Humaira yang jelas tidak selesa.
“Maaf Humaira, abang saya ni memang macam ni. Bukan spesis gatal tapi mesra alam tak bertempat.” Jelas Diana tanpa dipinta. Sudah faham benar dengan sikap Danial yang suka menyakat.
“Maaf jika apa nama tadi? Humaira? Tidak selesa. Saya Danial Damsyar merangkap dizygotic Diana.” Ujar Danial memohon maaf di atas ketelanjuran lakunya tadi.
“Its okay.” Balas Humaira sepatah.
“Till we meet again Aira”
“Insha Allah” balas Humaira.
Diana menarik Humaira ke dalam perlukannya. Hatinya terasa dekat dengan gadis itu. Dia berharap semoga hubungan dengan Humaira berpanjangan.
Share this novel