Harraz mengeluh. Hai nampaknya kali ini dia tidak dapat mengelakkan diri dari Adriana nak atau tak terpaksa juga dia menghadap wanita itu. Dia malas sebenarnya melayan karenah gadis itu. Hampir dua minggu dia mengelak bertembung dengan gadis itu. Walaupun dia mendengar Adriana memanggil namanya tetapi dia buat-buat tidak dengar dan segera berlalu. Tapi kali ini terpaksa kerana mereka terpaksa menguruskan event bagi The Asian Youth Indie Film Festival (AYIFF) yang bakal berlangsung.
Harraz mengetuk pintu bilik Adriana.
"Assalamualaikum Yana are you Free?" Soal Harraz dia membiarkan pintu bilik itu terbuka luas sebelum melangkah masuk.
"Yes I am. Please coming." Jemput Adriana, dia tersenyum girang melihat wajah Harraz yang masuk. Dia sangat merindukan lelaki itu. Tetapi lelaki itu seolah-olah mengelakkan diri darinya sekarang.
"Betul ke you dah nikah?" Soal Dr Adriana melihat Harraz menghampiri mejanya,
"Yes ofc. I never lie to you. You orang pertama I perkenalkan my wife tau." Balas Harraz tersenyum.
"Izz I tak main-main tau."
"Allah yelah Yana, you ingat I main-main ke? Humaira tu memang sah isteri I."
"Sampai hati you Harraz."
"Sorry Adriana. What did I do wrong?"
"Don't you really don't know Izz or you just pretend?"
Harraz mengeluh pelahan. Entah bagaimana dia mahu menjelaskan kepada Adriana. Wanita itu seolah-olah tidak pernah faham. Sebab itu dia mengelak untuk berkerjasama dengan wanita ini. "Yana... I told you, I just treat you just like my friend and you only my co-worker. Please understand."
"No... I don't want. I want more, more than friend. Izz I sanggup jadi madu you." Ucap Adriana separuh merayu.
"Ariana please. I come not to discuss about your feeling and I never cheated with my wife . If you want me treat you nicely. Please behave." Ujar Harraz tegas. Sungguh dia hilang sabar melayan karenah Adriana.
Adriana mengeluh dia tidak mahu kehilangan lelaki itu dalam masa yang sama dia mahu lelaki itu terus bersamanya walaupun hanya sebagai rakan sekerja mungkin dengan ini dia masih mampu memiliki lelaki itu.
"Okay let's discuss." Akhirnya dia terpaksa mengalah dengan Harraz.
"Thank you for understanding. Btw penyertaan competition tahun ramai tak yang join?"
"So far we have, 176 penyertaan for now."
"Okay good interesting. Btw I already ask my student to invite singer for AYIFF but please follow up, ask Damia."
"Okay I'll. This is for our poster, which one?"
"This one look nice. Btw how about SM? Who's handle?"
"Can you be admin?"
"I can but I don't have enough time to handle. How about your student?"
"Okay I will ask them."
Tanpa sedar hampir sejam waktu berlalu. Harraz menjeling jam tangannya. Allah dia lupa untuk call Humaira. Pasti Humaira menunggunya lama.
Dia mencapai telefon bimbitnya untuk melihat jika ada whatapps dari gadis itu. Berpusu-pusu bunyi deringan whatapps masuk ke telefon bimbitnya.
[Abang kat mana? Cakap nak lunch sama?]
[Abang lupa ke?]
[Aira call tak angkat]
[Makan la sorang-sorang Aira makan dengan Awa.]
[Abang.... Kenapa tak layan Aira?]
[Kalau busy pun cakap la. Ini ghaib je.]
[Suka hati abangla.]
[Dahla malas layan abang.]
Mak oiitt banyaknya whatapss masuk dari isterinya. Harraz tersenyum membaca bebelan isterinya. Sedikit sebanyak dia rasa bersalah kerana membiarkan isterinya kelaparan dan menunggunya.
Adriana memerhati Harraz tersenyum membaca whatapps. Lelaki dihadapanya itu kini benar-benar berubah. Jelas riak wajah bahagia terpancar. Jika sebelum ini lelaki itu selalu serius dengan kerja. Tidak pernah mempedulikan telefon bimbitnya apatah lagi membaca whatapps sambil tersenyum. Dia benar-benar cemburu!
"Apa yang kelakar?" Soal Adriana.
"Hah apa?" Soal Harraz kembali. Dia seolah-olah baru tersedar Adriana dihadapannya.
"Apa yang you senyum-senyum tu.
"Ohh takda pape la. I gerak dulu."
"You tak nak lunch sama ke?"
"No, I lunch dengan wife I. Got to go Assalamualaikum."
"Walaikumusalam." Adriana melepaskan keluhan sekali lagi. Sungguh hatinya dirasakan sangat sakit saat ini. Harraz seolah-olah menjauhinya. Dia rindukan lelaki itu yang dahulu.
Share this novel