Tanpa berlengah Harraz bergegas kembali ke kondonya. Dari kondonya ke butik hanya dua minit perjalanan. Kondo itu hasil daripada titik peluhnya sendiri. Tabungan sejak dari zaman belajar sehingga kini.
Lega hati Harraz saat terpandang wajah gadis itu didalam kondonya. Hilang segala resah tadi. Dia merapati gadis itu yang jauh termenung.
"Sayang kenapa tak angkat call?" Soalnya pelahan.
"Allah... Abang..." Humaira terkejut mendengar teguran Harraz dari belakang.
"Maaf, wife abang terkejut ya." Harraz bahu gadis itu dipengang menghadapnya.
"Abang... Aira..." Humaira teragak-agak mahu menyuarakan kata hatinya. Dia belum bersedia untuk ke fasa seterusnya.
"Ya Sayang..." Lembut suara Harraz dia memandang wajah Humaira yang menunduk itu.
"Aira tak boleh." Ucap Humaira pelahan.
"Sayang tak sedia ya?"
Humaira pantas menggelengkan kepalanya laju. Ya dia belum bersedia, dia benar-benar takut. Air matanya mengalir tanpa dipinta.
"Wife... I'm worried about you, just let it out. I'm willing to lend an ear, tell me what made you feel that way." Pujuk Harraz lembut.
Humaira menggeleng. Dia takut dengan penerimaan Harraz kepadanya. Air matanya semakin laju mengalir.
"Shhh... Abang takkan paksa sayang." Ucap Harraz lembut, air mata dipipi Humaira di sapu lembut. Beribu persoalan bermain difikirannya melihat reaksi Humaira seolah-olah takut-takut. Dia menarik gadis itu pelahan ke dalam pelukkannya.
Terasa tenang berada dalam pelukkan erat suaminya. Dalam pelukkan Harraz sekali lagi dia melepaskan segala tangisannya. "Maafkan Aira abang, Aira takut abang buang Aira." Bisiknya didalam hati. Terasa dirinya sangat kotor, hakikatnya dia merasa jijik dengan diri sendiri.
"Aira... I want you to remember, even if it pains a lot. I will always be there. If you have too many worries, don't keep them to yourself. Know that I am here for you." Pujuk Harraz lembut. Dia mahu gadis itu sedar, yang dia tidak pernah berkeseorangan.
Humaira hanya diam dalam pelukkan Harraz. Dia belum bersedia untuk berkongsi rasa. Bimbang menerjah dengan penerimaan Harraz terhadapnya.
"Sayang dah okay?" Soal Harraz
"Hmmm thanks for understanding." Humaira melepaskan pelukkan Harraz pelahan.
"I am here for you no matter what you need." Ucap Harraz dia memandang jauh ke dalam anak mata Humaira yang tampak bersedih. Sisa air mata Humaira disapu lembut.
"Aira tak sedia." Balas Humaira.
"Its okay, jom ikut abang nak?"
"Pergi mana?"
"Jom, abang ada satu tempat syok punya, untuk kasi adrenalin ni wife abang ni meletup." Ucap Harraz dia menarik tanggan Humaira mengikutinya.
"Serius? Kat mana?" Soal Humaira tidak sabar. Tiba-tiba dia teruja. Terus hilang rasa berselarunya tadi.
"Follow abang. Surprise, gerenti sayang excited." Ucap Harraz tersenyum melihat wajah ceria isterinya. Dia tahu gadis itu seorang yang lasak. Aktiviti apa yang isterinya itu tidak cuba bungle jumping, paragliding, snowboarding, even water rafting pun menjadi hobi Humaira dan Salwa. Salwa becok bercerita tentang hobi mereka malah media sosial Humaira sendiri jelas menunjukkan peribadi gadis itu gemarkan aktiviti lasak. Dia sedia maklum gadis itu mempunyai beberapa certificated extreme activity.
"Wow excitednya. Jom." Cepat-cepat Humaira menarik tangan lelaki itu.
Melalui jalan bak ular dipalu tidak mematahkan semangat Humaira. Tatkala melihat signboard escape park sudah membuatnya girang. Tempat itu menjadi angan-angannya dan Salwa dan dia yang pertama sampai. Jelas rasa teruja diwajahnya.
Terasa ingin melompat saat kakinya menjejaki melangkah masuk.
"Happy?" Soal Harraz senang melihat wajah teruja isternya itu.
"Of course, abang ini tempat yang Awa dan Aira dah cop tau. Mesti dengki mek tu." Matanya memandang sekeliling. Teruja melihat peta escape park itu. Anak matanya terhenti atan's leap!!! yes!! dia ingin lepaskan adrenalinenya Hari ini...
"Abang selalu datang sini?" Soal Humaira, girang.
"Masa awal-awal buka abang datang tapi sekarang macam makin banyak aktviti, dah tak sama."
"Jom Atan's leap!!!"
Rasa excited untuk memcuba permainan disitu. Tanpa bertanya jawapan daripada Harraz, pantas Humaira menarik tangan suaminya.
Wajah Harraz sudah bertukar darah, terasa tiada darah jika ditoreh. Melihat ketinggian itu sudah cukup membuatnya gerun.
"Wife pasti ke nak main ni?" Soalnya takut-takut. Dia memandang ke atas.
Laju kepalanya dianggup. "Mestila abang tahu tak bertanpa Aira rindukan bungle jumping dekat Glasgow." Ucap Humaira penuh tidak sabar. "Cepat la."
"Selamat ke?" Soal Harraz lagi.
"Hish abang ni, terjun tu jatuh juga abang oii."
"Tak nak la. Abang tunggu bawah la." Jawab Harraz lagi.
"Abang ni tak sporting langsung la."
"Tinggi sangat ni, jomla balik."
"Aik hari tu cakap dah datang."
"Luq yang main abang tak join." Jawabnya jujur. Terus hilang rasa macho dihadapan Humaira.
Humaira tergelak mendengar kata-kata jujur suaminya itu.
"Abang rugi tak cuba tau. Cakap nak kasi adrenaline meletup."
"Tengok ni pun adrenaline abang dah macam kena bom."
"Alah abang please. Kali ni je." Rayu Humaira, wajahnya dibuat cute kunon nak merayu suaminya itu.
"Tak jadi la. Abang Tarik kata-kata abang tadi."
"Allah abang, orang baru angan-angan nak p NZ dengan dia." Rajuk Humaira.
"NZ buat apa?"
"Nak jumping dengan abang la."
"Haah?" Kepalanya terasa pening tiba-tiba membayangkan dilempar ke dalam sungai itu. Terus kus semangatnya.
"Boleh ye please, ini kira praktis ye abang."
"Nanti Aira jadi janda."
"Abang...!!!" Laju tangannya mencubit lelaki itu.
"Adoi sakitla sayang. Boleh pengsan jantung abang pergi situ. Silap hari bulan dengan pundi kecing abang boleh pengsan sama."
Nak marah pun terus hilang. Pecah ketawa Humaira mendengar celoteh Harraz.
"So abang tak nak naik la ni?" Soal Humaira kecewa. Dia buat-buat kecewa sebenarnya sengaja ingin menguji lelaki itu.
"Bukan macam tu sayang, tiba-tiba abang rasa nak pitam la."
"Abang tunggu la sini, Aira naik sorang." Rajuk Humaira, bibirnya dimucungkan. Sengaja ingin dipujuk.
"Sayang..." Panggil Harraz, tangan wanita itu ditarik. "Okay Jom, kalau abang pengsan sayang dukung abang."
Bulat mata Humaira mendengar kata-kata Harraz. Apa dia ingat aku macam do bong song, superwomen!
"Pulak dah, dia punya boyish tak habis-habis."
"Apa sayang cakap."
"My baby boo boyish." Usik Humaira menjelirkan lidahnya.
"Sayang ni, kang abang merajuk tak nak naik dah."
"Alolo baby boo Aira merajuk ke, janganla kita naik ye. Aira jamin jantung abang dan pundi kecing abang takkan pengsan, nanti dengan macau tower abang tawang tau."
Harraz tergelak, dia menarik tangan wanita itu. Dia ingin lebih mengenali gadis itu. Hatinya kini semakin terpaut dengan wanita dihadapanya.
Share this novel