Seusai habis peperiksaan akhirnya Humaira berjalan kaki menyusuri jalan. Alhamdullilah tidak sangka perjuangan selama empat tahun akhirnya dia mampu menamatkannya. Salwa sudah pulang ke Malaysia. Sebelum meninggalkan bumi Edinburh dia ingin masa sendirian menghayati bandar itu buat kali terakhir.
Kali pertama dia keluar tanpa teman setelah peristiwa lalu selepas kejadian itu, abangnya dan rakan-rakanya tidak membenarkan dia keluar bersendirian lagi. Dia tersenyum mengenangkan sikap ambil berat mereka. Bahkan Fazrin sendiri sentiasa meluangkan masa bersama pantang hari minggu dia akan datang ke Edinburgh memandangkan jarak Dundee ke Ediburgh hanya 2 jam lebih perjalanan sahaja. Pantang berkesempatan abangnya itu sampai ke sini.
Minggu depan dia akan pulang ke Malaysia. Kali ini kepulangannya tidak dimaklumkan kepada papa dan mamanya. Sengaja ingin membuat kejutan buat mereka. Kehadiran Fazran dan Fazrin disisinya membuatkan papa dan mamanya itu tidak bimbangkan dirinya yang jauh diperantauan. Jarang sekali papa dan mamanya menghubunginya bertanya khabar.
Tiba-tiba bahu Humaira dirempuh, membuatkan dia terkejut dari lamunan. File di tangannya terjatuh.
"Sorry... I'm sorry." ucap gadis dihadapanya memohon maaf.
"Its okay." Gadis itu menunduk mengambil file yang terjatuh
"Humaira Amani" Bella melihat nama tercatat di file tersebut. Lantas dia mengangkat wajah memandang gadis di hadapanya. Sah! tidak salah lagi ini gadis pujaan Adam. Dia pernah curi-curi melihat gambar gadis itu di profile telefon bimbit lelaki itu.
"Excuse me, are you Humaira right?"
"Yes Humaira." Humaira memandang gadis dihadapannya tertanya gelaran gadis itu. cantik! penuh berkarisma. Dengan rambut panjang melepasi bahu, berkulit cerah, bermata hazel. "Do you know me?"
"Yes. Im Bella Adam fiancee. Can we talk?"
"Yes sure." Hati Humaira dikala itu direntap kuat saat mendengar perkataan fiancee dari mulut gadis dihadapanya itu.
"Are you looking for Adam?"
"Adam? No, I just take a walk."
"Ohh I thought you came for Adam here."
Saat itu Humaira memandang sekeliling dia seakan tersedar dia berada di kawasan Bruntsfield kawasan rumah Adam. Namun dia tidak pernah sampai ke rumah lelaki itu.
"Jom ikut saya, ke rumah Adam. My mummy wants to meet you. Opps sorry Adam mom."
"Sorry... where we are going?"
"Adam house. Jom... don't worry Adam dekat hospital. Just girl talk."
Humaiara mengangguk akur dia menurut langkah Bella. Ketika tiba di apartment menambahkan kerisauan di hati Humaira. Apakah penerimaan ibu Adam terhadapnya. Pelbagai persoalan bermain difikirannya.
"Jemput masuk."
"Mummy l'm back." Bella tersenyum lantas memeluk wanita dihadapanya. Saat terpandangkan wanita itu hati Humaira semakin tidak sekata.
"Mummy... Bella jumpa Humaira dekat bawah. So, I ask her to come."
"Humaira?" Tanya Puan Zafrina.
"Yes. Mummy lupa? Humaira, Adam gilfriend?" Bisik Bella ke telinga Puan Zafrina.
Berubah rona muka Puan Zafrina mendengar perkataan teman wanita dari Bella. Dia memang tidak suka jika Adam memilih wanita lain selain daripada pilihannya.
"Assalamualaikum, puan saya Humaira Amani." Humaira menghulurkan tangan memperkenalkan diri.
Puan Zafrina memandang Humaira sinis. Huluran tangan Humaira tidak bersambut lantas dia duduk bertentangan dengan gadis itu.
Humaira kaku disitu. Itu pentanda tidak baik dari pertemuan pertamanya. Dia diam berdiri disitu. Tidak tahu apa patut dibuat dalam situasi ini.
"Have a sit" Pelawa Puan Zafrina. "We need to talk."
Humaira mengangguk lalu melabuhkan diri di sofa bertentangan Puan Zafrina.
"Berapa lama kenal Adam?"
"2 tahun lebih puan."
"So, what your parents doing?"
"Ibubapa saya chef dekat Bonda Catering, puan." Jawab Humaira lembut.
Puan Zafrina mengangguk tersenyum sinis. Gadis ini bukan lawan untuk anaknya, tidak setanding Bella. Dia tidak salah memilih Bella sebagai menantunya.
"Apa niat kau dekati anak aku?" Puan Zafrina menyoal lagi dengan wajah masam mencuka.
"Maaf... maksud puan?"
"Buat-buat tanya." Sinis suara Bella. Kata-kata itu masih jelas ditelinga Humaira walaupun pelahan.
"Anak aku tu berkerjaya dan kau? Belajar pun entah ke mana, kerjaya entah apa. Kau nak kikis duit anak aku?"
"Maaf puan, tidak pernah terlintas di hati saya." Humaira tergaman mendengar tanggapan ibu Adam terhadapnya. Dia mula sebak namun ditahan, tidak akan air matanya jatuh hanya kerana penghinaan itu.
"Jangan nak tipu aku la. Anak aku hanya aku yang tentukan jodoh untuk dia. So, aku harap kau boleh berambus dari hidup anak aku. Kau jangan nak rosakkan hubungan kami anak beranak." Ucap Puan Zafrina tegas.
Humaira terkedu saat itu. Dia kehilangan kata.
"Kenapa kau diam? Tak reti nak berambus?"
"Puan, maafkan saya, tapi saya ikhlas dengan Adam." Humaira cuba membela diri.
"Kau bukan pilihan aku dan kau takkan jadi pilihan aku."
"What are you waiting for?" Ucap Bella sinis, dia menuju ke pintu utama dan membuka pintu buat Humaira.
Sakit hatinya melihat pelakuan Bella. Ikutkan hati mahu sahaja dia menghantuk wajah itu ke pintu. Namun akal warasnya menghalang. Humaira bangun, tidak perlu dia terus membela diri andai itu penerimaan mereka.
"Rahsiakan pertemuan aku dengan kau. Jangan nak jadi kaki adu dekat anak aku!"
"Baik puan, terima kasih." Humaira mengangguk sebelum melangkah keluar. "Saya minta diri dulu puan, Assalamualaikum." Tangan yang dihulurkan tidak bersambut. Ini perakhiran kau bersama Adam. Humaira kau kuat! Bisik hatinya. Adam Aidin... Satu nama yang cukup memberi makna dalam hidupnya. Namun kini, nama itu bakal terhapus dari kamus hidupunya tidak mungkin dia dan Adam bersatu.
Humaira lebih banyak mendiamkan diri selepas pertemuannya dengan ibu Adam. Dia tidak mempedulikan SMS dan panggilan lelaki itu. Hatinya pedih dengan penolakan Puan Zafrina. Dia sedar, Adam bukan miliknya. Dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan ibu dan anak. Isteri boleh dicari tetapi seorang ibu tiada galang ganti. "Awa... I need you right now."
Humaira menyeka air mata yang jatuh. Dia termenung menatap komputernya. Akhirnya flight ditempah lebih awal. Dia tidak sanggup untuk berlama disitu. "Maafkan Adam, ini keputusan terbaik untuk kita." Humaira menulis sepucuk surat buat insan yang bertakhta di hatinya. Ini adalah keputusan nekadnya.
Dear Adam...
I'm sorry, I know I wouldn't be able to say no to you if I see you face to face. So, I am leaving you this letter. Thanks for showing me what love is. Right now, I had to make a choice and I believe it's the right one. So, I choose your mom decision, over us. What we had was special, but your mom meant the world and Jannah to you. Your mom come first.
Aira... tahu Adam takkan setuju. But please tolong hormat keputusan yang telah Aira buat, ianya bukan mudah buat Aira. Please don't try to contact me or convinve me otherwise. Sebab Adam tahu I probably will and don't want that.
Just want to you know I will always cherish our time together. You were the best things that ever happened to me. I can't even describe how happy you've made me feel.
I wish the best for your future. You will always have a piece of mine.
Forget me,
Humaira
Surat ditangannya digumpal. Adam termenung memandang dinding. Satu perasaan tidak dapat digambarkan. "Antara Humaira dan ibunya? No... no... this never can happen."
Dia bingkas bangun lantas telefonnya dicapai cuba menghubungi gadis itu tetapi hampa hanya panggilan operator yang menjawab panggilannya. Tangannya pantas menekan nama Khalish. Dia tahu lelaki itu bersama Humaira.
"Khalish where are you?" Terjah Adam sebaik sahaja Fazran menjawab panggilannya.
"Airport."
"What time Humaira flight?"
"1230. Are you coming?"
"Yes. I will come. On the way just finish my shift." Adam cuba berlagak tenang tidak mahu Fazran mengesyaki. Dia pasti dari intonasi Fazran masih tidak tahu persengketaan yang timbul kembali antara dia dan Humaira.
Seusai sampai di lapangan terbang Adam berlari mencari gadis itu. Hatinya tidak mahu melepaskan gadis itu.
"Humaira wait..." Laung Adam sebaik sahaja terpandang susuk Humaira. Adam mendekati gadis itu. Hatinya lega melihat gadis itu masih disitu. Hampir sahaja gadis itu melangkah masuk.
"Adam..." Humaira mengeluh memandang lelaki itu.
"Kenapa dik?" Soal Fazran melihat perubahan di wajah adiknya.
"Nothing. Abang boleh Aira cakap dengan Adam kejap?"
"Yes, Sure." Fazran meneliti wajah dihadapanya, dia berlalu meninggalkan mereka berdua. Dari jauh dia memandang perlakuan pasangan itu.
"Aira, please give me change?" Rayu Adam lemah.
"Adam nothing you can do to keep us together. There's just no us in this story anymore." Balas Humaira, air matanya mula bergenang ditahan.
"Aira... Aira... I know but we need long time and it's a lot to ask. But will you wait for me? As soon as I got my mom blessed. I'll come find you and we'll be together. Nothing gonna keep us apart." Rayu Adam, dia tidak sanggup kehilangan gadis dihadapanya.
"I want to wait for you. You don't know how much I wish I could but I'm sorry Adam." Balas Humaira. kali ini dia senekad hati menolak lelaki itu. Tidak mungkin dia menjadi pemutus hubungan antara ibu dan anak, jelas ibunya menolak dia sebagai menantu.
"Humaira please... how can I live without you."
"You can live without me but without your mom you will never born in this life. Your mother were all you need Adam, not me."
"Yes, I know but... please give me time."
"I'm sorry this is not about time. Please forget me and never come to find me. That's all I want." Kali ini Humaira nekad. Rayuan Adam tidak akan mampu mengubah pendiriannya lagi. "Maafkan Aira."
Adam menunduk melihat Humaira melangkah meninggalkannya disitu. Hatinya perit tatkala ini. Tiada apa yang mampu dia lakukan untuk mengubah keputusan gadis itu. Mungkinkah ini pengakhiran buat mereka.
Fazran melihat seakan-akan mengerti dia tidak mahu mendesak Humaira kerana dia pasti Humaira memaklumnya kelak bila dia sudah bersedia. Apatah lagi dengan kepulangan Humaira secara tiba-tiba ke Malaysia. Dia tahu gadis itu cuba melarikan diri. Tubuh gadis itu dirangkul erat.
"I hope you fine. You know it yourself you can tell me everything." Bisik Fazran lembut ke telinga Humaira.
"Thank abang, but not now. Its time for me leaving. I love you."
"Love you too my little sister. Please take care."
Humaira mengangguk, sebelum melangkah dia menoleh melihat lelaki itu buat kali terakhir. "Selamat tinggal Adam! Maafkan Aira..."
Mungkin ini kali terakhir dia menatap wajah itu. Mata mereka bertatapan buat kali terakhir. Perpisahan adalah yang terbaik untuk mereka.
Share this novel