kedua kaki ini menjejaki kaki ke bumi Scotland. Masa berlalu begitu pantas. Selamat tinggal my home sweet home, till we meet again. Jauh renungan meresap ke arah rumah. Setiap kali menghintung hari bakal meninggalkan rumah ini hati sebak. Dasar homesickbetul.
"Jauh termenung Aira?" Tempelak Dato' Othman
"Eh ye, Aira akan rindu rumah!" Ketawa Humaira
"Dah tua pun tak berubah anak papa ni. Tahun ni Aira tinggal luar kampuskan?" soal Dato' Othman, dia sudah maklum mengijak tahun kedua anaknya itu tidak lagi tinggal di kampus. Mahu menghatar tetapi dek kekangan kerja menghalangnya menjejaki ke sana.
"Ye, pa... ermm abang cakap nak carikan rumah atau mungkin tinggal serumah dengan dia kot" jelas Humaira.
"Ohh eloklah tu, Fazran ada boleh tengok-tengokkan Aira" Ujar Dato' Othman kerisauan dihati berkurang dengan adanya Khalish Fazran dan Khalish Fazrin di sana.
Walaupun tiada ikatan kekeluarga namun mereka masih lagi terikat kerana menyusu dengan ibu yang sama. Maka keakraban Fazran, Fazrin dan Humaira tidak ubah seperti pertalian abang dan adik kandung, tambahan lagi keluarga bekas pengasuh Humaira tiada ahli perempuan. Membuatkan keakraban Humaira dan bekas anak pengasuhnya itu semakin rapat.
"Abang tu, selalu kacau Aira pa. Sibuk je mana Aira nak pergi lapor dekat dia. Protective dia tu kalah papa. Nasib Yen dekat Dundee. Kalau tak memang jadi pantung cedana Aira dekat sana. Yen tu pun pantang kalah turbo, kejap-kejap muncul." Ujar Humaira ketawa. Bila diingatkan Fazran da Fazrin sangat protective dia ketawa sendiri. Kerinduan pada mereka mengamit.
"Haa elok benarlah tu. Tak de la anak papa ni merayau merata dekat sana." Ujar Dato' Othman tegas.
"Nak merayau macam mana pa. Kalau abang ada dekat sana. Sibuk je dia tu" Gelak Humaira.
"Besok flight jam berapa Aira?" soal Dato Othman inginkan kepastian.
"0700 pagi dari sini papa. Kalau KLIA 1200." Ujarku sebak.
"Are you okay with your own?" Soal Dato' Othman lagi.
"Alah papa, macam tak biasa. Aira okay la. Dah biasa pun. Macam mana Aira nak pusing Europe ni, kalau papa dan abang tak bagi Aira berdikari."
"Awak tu perempuan anak dara, jangan terlebih berani di negara orang."
"Papa ni tak sporting la. Please..." Rayu Humaira manja. Cita-citanya dipasang, sebelum kembali ke tanah air. Dia ingin meneroka negara asing itu, walaupun sendiri.
"Amboi, cakap macam dia tu superwomen sekali petik jari semua pitam."
Humaira mengeyit mata. "Humaira Amani ni kan anak papa, mana takut, berani, berdikari, baik, comel...."
"Angkat bakul sendiri nampak." Humaira tergelak mendengar usikan papanya itu. macam mana la nak tinggalkan rumah ni, kalau asyik gembira je. Muka sedihnya ditarik lagi.
"Laa... anak papa ni tak bermaya lagi ke? Sekarang Aira dah masuk tahun kedua. Dua tahun tu pejam celik je Aira. Kata nak pusing Europe." Pujuk Dato' Othman. Kenal benar dengan tingkah anaknya itu. Walaupun sudah terbiasa hidup berjauhan namun setiap kali pulang ke rumah sukar sekali untuk Humaira kembali ke perantauan.
Senyum Humaira melihat papanya. "Itu lain, yang tu semangat dia lain macam! ini penyakit lain, penyakit anak papa yang tak pernah hilang."
"Dua beranak ni borak apa mendalam sangat?" soal Datin Nuraini menghampiri sambil membawa dulang minuman petang.
"Sedih mama nak tinggalkan rumah" ujar Humaira manja.
"Itulah anak mama, kalau balik rumah sampai lupa semua benda" Ujar Datin Nuraini tergelak.
"Masakan mama sedap sangat mahu Aira tak balik rumah" kata Humaira memuji. Bila ingatkan air tangan mamanya dia akan rindukan masakan mama walaupun hanya sekadar ikan singgang. Air tangan mamanya yang memikat hati Dato Othman.
"Haa eloklah tu. Asyik mengatur nak makan je, bila nak pandai masak" Bebel Datin Nuraini. Walaupun Humaira dibesarkan dengan kemewahan tetapi anaknya dididik tegas di dapur. Dia mahu pastikan anaknya itu juga turut cekap didapur dan mewaris Catering Bonda.
"Anak papa ni memang terror masak apa. Mana tak turun ke kuah kalau bukan ke lauknya. Tak gitu sayang?" Bela Dato' Othman.
"Of course." Humaira menangkat ibu jari tanda thump ups.
"Duli yang maha mulia tuanku ayahanda bonda, santapan hari ini anakanda sediakan, hidangan apakah yang ayahanda bonda idamkan?" Soal Humaira menahan gelak, dengan kata-katanya.
Banglo itu bergema dengan ketawa Dato' Othman dan Datin Nuraini. Anaknya ini memang nakal!
Share this novel