24

Romance Series 5539

seminggu berlalu, sepanjang tempoh seminggu dia dan Harraz mula mengenali antara satu sama lain. Siapa kata bercinta selepas nikah tidak bahagia. Saat ini dia merasakan kebahagiaan itu. Laynan Harraz padanya sangat baik, dia tidak sangka lelaki itu sangat sweet dan romantik. Terasa dirinya sangat bertuah memiliki lelaki bernama Izz Harraz. Walaupun tidak dinafikan lelaki itu dia punya kenakalan Allah sangat menyakitkan hati tetapi dia bahagia di samping lelaki itu.

"Kami pergi asing la pa. Susah dekat sana nanti. Alah bukan Aira tak biasa drive lagipun Salwa dan Dalila sekali. Please pa" Pujuk Aira

Harraz tersenyum melihat gelagat isterinya. Tampak comel dimatanya, seperti keanak-anakan yang memujuk ayahnya memohon aiskrim.

"Awakk..." Humaira memandang Harraz sekilas mohon menyokongnya.

"Abang? Abang mana-mana okay, abang kan your lifelive driver." Jawab Harraz selamba mengeyitkan matanya. Dia tahu jawapannya tidak menyenangkan hati Humaira.

Dato' Othman tersenyum mendengar jawapan menantunya. Kini dia lebih yakin, Harraz mampu menjaga anak tunggalnya itu.

Humaira mencebik. "Papa, kami bukan tinggal Bersama dekat sana, masing-masing stay dekat kolej. Lagipun abang ada kelas lagi. Masa kami berbeza. Please papa." Jelas Humaira, dia masih berusaha membujuk papanya itu. Sememangnya dia ingin mengelakkan diri dari pergi bersama suaminya. Pernikahan yang baharu sahaja seminggu itu, masih lagi menjadi rahsia. Apatah lagi pernikahan mereka hanya mengadakan solat hajat dan doa kesyukuran selepas majlis akad nikah.

"Papa nak beli rumah supaya kamu stay sana, kamu tak nak." Balas dato' Othman lagi.

"Papa... janganlah ubah topik"

"Eloklah tu abang diaorang pergi asing, nanti susah pula Aira tiada kenaikkan dekat sana. Harraz ni bukan lapang selalu, ada waktu berkerja."

Humaira girang tersenyum panjang mendengar mamanyanya menyokongnya.

"Ya mama, Harraz ni weekend dan selasa je tiada kelas. Itu pun selasa biasanya busy dengan meeting kolej."

Humaira mencebik mendengar penjelasan Harraz. Tadi bukan main kenakan aku sengaja lah tu. Geram dengan sikap Harraz yang suka menyakatnya. Sejak dari hari pertama mereka diijab Kabul.

"Yelah papa izinkan. Bawa kereta elok-elok. Harraz kamu follow Aira dari belakang."

"Baik pa. Kalau dia drive laju nanti Harraz ketuk sekali dengan kepala dia." Ucap Harraz seraya mengetuk lembut dahi Humaira. Humaira mengetap bibir, menjeling Harraz sekilas. Dia ni memanglah! Suka sangat buli aku!

"Bibir tu nak abang kiss ke?" Bisik Harraz mengusik.

Terus sahaja Aira menekup bibirnya. Suami aku ni tak malu ke depan-depan mertua buat peragai miang dia tu. Laju je tangannya mengetip paha Harraz.

"Adoii... bisa betul ketam anak papa ni." Harraz memegang tangan Humaira dan mengosok pahanya yang pedih.

"Haa... papa dah cakap sedikit sebanyak merasa la kamu ketam anak papa tu, bisa dia kemain. Mana tak turun ke anak kalau emak ketam sama bisanya." Ujar Dato' Othman tergelak memeluk bahu isterinya disebelahnya.

"Abang ni, nak merasa ketam saya ke?" Ugut Datin Noraini mengangkat tangan ingin mencubit suaminya itu.

Dato' Othman mengeleng mengangkat tangan mengalah dengan ugutan isterinya itu.

Humaira dan Harraz tergelak melihat ibubapanya masih lagi seperti awal bercinta walaupun usia pernikahan sudah menjangkau usia 30 tahun. Dia tersenyum membayangkan rumah tangganya yang dibina sentiasa dihiasi oleh gelak tawa kegembiraan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience