Harraz meneliti jam ditangannya sudah melewati waktu tengah hari. Matanya dikerling pada Humaira disebelahnya yang masih fokus dengan bacaan jurnal. Satu SMS dikirim kepada gadis itu.
[Sayang nak lunch abang lapar... :'( ]
Humaira tersenyum membaca SMS dari suaminya. Dia berpaling ke sebelahnya.
"Nak makan mana?" Soal Humaira pelahan takut menganggu.
Harraz tersenyum girang, anak matanya tiba-tiba terasa segar. "Aira nak makan mana?" Soal Harraz kembali.
"Ehem tanya Humaira je ke?" Sampuk Amar yang kebetulan lalu dibelakang Harraz.
"Kau nak makan ke? Jom kau bayar aku makan."
"Hai orang makan gaji sejak ada bini ni dah tak boleh belanjer orang bujang ke?"
"Saving masa depan bro."
"Eh Harraz dah nikah?" Soal Dalila tiba-tiba dari tadi dia mencuri mendengar perbualan mereka.
"Dila tak tahu ke? Budak dua ketul ni memang. Kalau tak kantoi beromance depan aku tidaknya diaorang nak mengaku. Komen Ammar, tergelak dengan kata-katanya sendiri.
"Saya tak tahu pula. Bila majlisnya?" Anak matanya mengerling Humaira yang nampak mengelabah. Mereka dah nikah ke? Bisik kata hati Dila.
"Harraz yang nikah, aku pun melepas sama." Jawab Amar tergelak.
"Kau lambat sangat, aku rembat la." Jawab Harraz menyambung gelak. "Sebulan lebih dah Dila, buat majlis doa selamat dan solat hajat je. Kenduri tu postpone ada rezeki lepas habis study." Jelas Harraz kepada Dilla.
"Ohh ye ke? Taniah Harraz. Siapa gerangannya?" Soal Dalila lagi.
"Humaira ni wife saya Dila, maaflah majlis haritu saya jemput kenalan dan ahli keluarga terdekat je."
Berubah riak wajah Dalila mendengar kata-kata Harraz. "Sampai hati kau Aira. Rahsia besar macam ni pun kau sorok dengan aku. Aku ingat kau anggap aku kawan kau." Luahan Dalila cukup mengambarkan kekecewaannya.
"Maafla Dila aku tak berterus-terang silap aku, aku nak jelaskan pada kau tapi selalu tak berkesempatan. Maafkan aku ya." Ucap Humaira separuh merayu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk berterus-terang dengan wanita itu, apabila wanita itu sering mengelakkan diri darinya.
"Kenapa kau rahsiakan Aira?"
"Maafkan aku, sebenarnya aku cuba nak bagitahu kau. Aku tak sengaja nak rahsiakan hal ni dari kau. Tapi bila kau mengelakkan diri dari aku, aku tak tahu apa perlu aku buat, sorry again." Humaira mengeluh dia tahu, Dalila sangat kecewa dengannya.
"Maaf la Dila, Saya yang tidak mahu hebohkan hubungan kami." Ujar Harraz cuba tidak mahu mengeruhkan hubungan isterinya dan Dalila.
"Takpe la benda dah lepas, kalau aku sentap lebih-lebih pun kau dah selamat semua. Aku doakan kau bahagia dengan Harraz. Aku harap pekara besar gini kau tak sorokkan dari aku."
"Sorry Dila, aku betul-betul minta maaf." Dia menghampiri Dalila dan memegang tangan gadis itu.
"Ya Cuma aku sentap dengan kau, kalau aku tahu kau orang dah nikah, aku takkan marah kau. Maafkan aku juga." Ucap Dalila tersenyum. Andai Humaira jodoh buat Harraz dia tumpang gembira.
"So, dah settle?" Soal Amar menyampuk.
"Dah!!!" Jawab Humaira dan Dalila serentak.
"Jom makan pengatin baru belanjer."
"Eh awat lak? Kau la belanjer pengantin baru."
"Hai belum nikah sikit pun tak berkira, sejak dah nikah ni taka da open table eh. Ahem Aira dah berisi ke?" Usik Amar
"Eh mana ada. Belum lagi." Jawab Humaira merah padam mukanya menahan malu.
"Mana la tahu bunting pelamin." Usik Dila lagi.
"Kan aku juga dapat anak buah." Sampuk Salwa.
"Hish jangan nak mengarut lah." Balas Humaira semakin menebal mukanya kala ini.
"Nampak gaya kau kena usaha lebih lagi la ni Dr Harraz." Usik Amar pula.
"Aku dah usaha keras ni, Humaira jual mahal sangat dengan aku." Balas Harraz selamba.
"Kau tak pandai ayat ni. Humaira ni jinak-jinak merpati je. Tapi kalau kena ayat dia gerenti hari-hari dia cari kau." Usik Amar gelak.
"Aku ni dari komunikasi switch bidang kesusasteraan ni."
"Abang... tengok tu dah mula la tu." Bentak Humaira geram. Tangannya laju mencubit lengan suaminya itu.
"Adoi... Sakit... sakit... Kau tengok tu belum pape dia nak bagi ketam dekat aku, macam mana kau nak masuk dekat."
Pecah berderai suara mereka mengimikkan bilik itu.
Share this novel