Sedar tidak sedar sudah hampir dua bulan Humaira dan Salwa menyewa rumah Diana. Walaupun hari minnggu tiada apa yang berubah. Masing-masing sibuk dengan pengajian sendiri. Setiap kali hari minggu Humaira hanya bermalas-malasan di rumah. Memang dia sudah terdidik tidak suka merayau mencari hiburan walaupun di tempat asing. Bagi Humaira ketenangan berada di rumah lebih baik daripada berpelesaran di luar.
“Bosan, lapar… Malasnya…” detik hati Humaira. “Sedapnya… rindu…” Terbayang-bayang masakan mama dan mamanya sudah cukup membuatnya merindukan kampung halaman.
“Oitt….” Tegur Salwa mematikan lamunan Humaira.
“Allah…” Humaira lantas berkalih ke arah Salwa. “Kau ni… boleh bagi salam tak. Ini tidak oiiittt oitt, mahu mati dek jantung aku.”
Salwa tergelak mendengar bebelan Humaira. “Jangan risau dekat rumah ni kita ada dua orang bakal doctor pakar. Bakal husband kau tu will be the best trauma surgeon tauu” Usik Salwa.
Sengaja dia mengusik Humaira. Dia yakin sepupunya itu menaruh perasaan pada Humaira. Jikalau tidak mustahil sepupunya itu sering curi-curi melihat Humaira. Dia sendiri cukup kenal dengan sepupunya itu. Bukan mudah untuk jatuh cinta.
“Bakal suami aku? Siapa?” Soal Humaira, sungguh dia tidak tahu siapa yang dimasukkan oleh Salwa, walaupun dalam hatinya terdetik nama Adam.
“Eleh, kau ingat aku tak tahu. Kau selalu main mata dengan sepupu aku.” Jawab Salwa serkap jarang.
“Eh mana ada. Aku bertegur pun tidak apatah lagi nak main-main mata ni.” Bela Humaira. Walaupun hakikatnya dia memang sedar. Tingkahnya sering kali berlaga mata dengan Adam. Namun masing-masing tidak saling bertegur. Hanya bila perlu sahaja. Sikap Adam sendiri yang tidak ramah kepadanya membuatnya tidak mesra dengan Adam. Berbeza dengan Danial. Sikap ramah Danial, membuatnya lebih selesa berbual rancak dengan Danial.
“Sekilas ikan di air aku sudah tahu jantan atau betina Aira.” Jawab Salwa sambil mengeyit mata pada Humaira. “Tapi serious… Kalau aku kenenkan kau dengan sepupu aku tu kau nak tak?”
Humaira hanya terdiam. Dia sendiri tidak pasti samaada hatinya terjatuh suka pada Adam atau sekadar terbuai perasaan sahaja.
“Orang tua cakap diam tandanya setuju” Usik Salwa. Melihat Humaira hanya membisu.
“Ishh kau ni. Jangan nak pandai-pandai. Aku tak pernah terfikir pun nak ada ikatan buat masa sekarang. Bagi aku pelajaran lebih utama.” Hakikatnya itulah matlamat utama Humaira. Tambahan lagi papanya sering mengingatkan supaya dia sentiasa mementingkan pelajarannya agar dapat mewarisi perniagaan keluarganya kelak dan kerana itulah papanya menghantarnya belajar sehingga ke sini.
“Alah aku bukan suruh kau kahwin dengan sepupu aku tu. Kenal-kenal je dulu. Kau tahu tak Aira, aku tak pernah tengok sepupu aku tu usha awek macam dia usha kau tau.” Ujar Salwa.
“Apa maksud kau ni Awa?” soal Humaira kehAiranan.
“Aku kenallah sepupu aku tu sejak dari kecil. Cuma kami terpisah bila keluarga dia berpindah ke sini. Tapi kalau dia balik Malaysia dia selalu stay dekat rumah aku. Even mummy dia nak satukan dia dengan anak angkat mummy dia pun dia tolak mentah-mentah. Padahal Bella tu cantik weh.” Jelas Salwa. Dia tahu mummy Adam mahu satukan Adam dengan Bella. Namun sepupunya itu menolak. Walaupun Bella tu sangat cantik bukan sahaja di matanya tapi semua. Memang sesuai jika dipadamkan dengan sepupunya itu. Bagai pinang dibelah dua.
“Bella? Aku macam pernah dengar nama ni? Dia study dekat sini ke?” Soal Humaira. Dia memang pernah mendengar nama itu. Tetapi dia lupa.
“Tak dia study dekat London. Tapi sering datang sini, stay dekat rumah Adam. Sebab tu lah Adam keluar rumah dan menetap dekat sini. Sebab Bella staydekat bilik Adam so, merempat lah dia.” Gelak Salwa bila mengingatkan sepupunya itu terpaksa keluar rumah sendiri.
“Ohh… mesti dia cantik sangat kan. Kenapa Adam menolak? Kalau aku jika ibubapa aku dah on. Aku on je. Pilihan orang tua lebih tepat.” Memang itu pendapat Humaira. Mungkin itu juga salah satu sebab kenapa dia tidak pernah serious memikirkan tentang jodoh.
“Ish kau ni. Kalau Adam tu dengan Bella takde can aku nak kenenkan dia dengan kau.” Jawab Salwa tersenyum mengusik.
“Kau ni.,. kesitu pula. Tak nak lah aku. Adam dengan aku tu. Entahlah, dia macam sombong pun ada dengan aku.” Jawab Humaira. Dia memang sedar layanan Adam terhadapnya sangat dingin. Tidak pernah sekalipun dia berbual mesra dengan Adam. Berbeza dengan layanan Adam terhadap Diana. Seringkali dia mendengar Adam berbual mesra dan bergelak tawa dengan Diana.
“Don’t be naïve la Aira. Dia bukan sombong dengan kau. Tapi ish susah aku nak cakap spesis Matdam ni. Cuba kalau kau dekat-dekat dengan dia. Aku yakin pasti, dia akan mesra alam dengan kau. Percayalah.” Kata Salwa bersungguh. Dia memang sedar dengan sikap Adam. Susah untuk memulakan bicara dengan mana-mana perempuan. Tetapi dia pasti jika dia sudah mula rapat, perempuan akan senang dengannya. Tengok sahaja cara dia melayan Diana. Kadang-kadang dia sendiri keliru Adam atau Danial abang kandung Diana. Danial seringkali membuli Diana, maka Adam lah tempat Diana bersandar.
Humaira hanya tersenyum. Tanpa berkata.
“Kau sebenarnya sukakan sepupu aku kan?” Soal Salwa inginkan kepastian.
“Ish kau ni. Aku malas la nak fikir. Aku tak tahu jodoh aku dengan siapa. Bagi aku buang masa jika aku terlalu fikirkan tentang jodoh.” Jawab Humaira. Ya dia sendiri tidak pasti tentang hati dan perasaannya kepada Adam.
“Don’t worry. Aku akan bagi hint dekat Adam. Mamat tu memang bab-bab ngorat awek ni slow teramat.” Ujar Salwa tersenyum.
“Kau jangan nak memandai eh.” Marah Humaira. Dia sebenarnya segan jika dijodohkan dengan Adam. Walaupun dia tahu Adam adalah seorang lelaki yang baik. Namun, tidak pernah terdetik dihatinya ingin menjadi permaisuri di hati Adam.
“Aku memang pandai Aira bab-bab ni. Aku cau dulu nak mulakan misi.” Ujar Salwa terus bangun menuju pintu.
“Salwa…!! Kau…” Tepik Humaira membaling bantal kepada Salwa.
Salwa mengeyitkan mata kepada Humaira sebelum menutup pintu bilik.
Share this novel