Penat! Hanya satu kata mampu terungkap. Dia mengeling Jam sudah berginjak pada jam 8 malam. Dari 8 pagi mereka bertafakur di bilik kerja ini. Kehidupan sebagai pelajar penyelidikan memang tiada waktu kelas yang padat tetapi waktu kerja mereka tidak kira waktu dan ketika, bezanya rajin atau malas? Dia memandang sekeliling. Hanya ada mereka bertiga dan empat jejaka dibilik itu. Dia mencuri pandang lelaki disebelahnya masih leka dengan kerjanya.
"Let's go back! Dinner... Dinner...!" Suara Nandos memecahkan suasana sepi bilik itu. Menyedarkan Humaira dari lamunan.
"Makan, eat, makan." Sakat Amar gelak.
"Makan untuk hidup, Makan untuk bahagia, Makan isi minyak." Sahut Nandos gelak sambil menari. "Move... move!" Teriaknya lagi.
"So, where we are going? My treat!" Sampuk Harraz disebelahnya.
"Really? Istabul!!" Teriak Nandos kuat mengimikkan suasana bilik.
"So, let's go. Free Dinner!" Sahut Amar lagi. Mereka semua di bilik itu tergelak.
"Can I invite my wife?" Tanya Nandos memohon izin dari Harraz.
"Yes, of course for sure. Ali please ask your family too. It's okay my treat."
"Wohoo makan besar malam ni? Dapat bonus ke Dr Harraz?"
Harraz tergelak mendengar soalan Amar. Dia hanya mengeleng tersenyum. Dia sebenarnya berniat untuk meraikan Humaira, tetapi takkan pula dia ingin mengajak Humaira dating berdua sahaja. Walaupun mereka sudah bertunang tetapi itu bukan bermakna mereka bebas. Tunang itu hanyalah satu langkah untuk mengikat gadis itu. Tetapi batas pergaulan masih perlu menjaga mereka masih lagi bukan mahram.
"Okay let's go. Aira tak boleh drive malamkan?" Soal Delila. Dia sudah maklum gadis itu tidak cekap memandu dalam gelap. Harraz mendengar pertanyaan Dalila. Dia mengangguk seolah-olah memahami kata-kata Dalila itu.
Aira hanya mengangguk tersenyum.
"Takpe aku boleh drive." Jawab Salwa menawarkan diri. Dia sememang tahu Aira trauma dengan kegelapan dek kerana peristiawa dulu. Dia sangat-sangat memahami sahabatnya itu. Siapa yang tidak trauma jika sebulan lebih dikurung dalam bilik gelap bahkan didera mental dan fizikal.
Seusai sampai di kedai makan, Humaira masih berdiri menanti Harraz ingin duduk dimana. Lihat sahaja Harraz mengambil tempat di sebelah Amar. Dia masih lagi berkira-kira, serba salah dibuatnya. Akhirnya Salwa menarik tangan Humaira supaya duduk disebelahnya. Bertentangan mata dengan Harraz.
Harraz tiba-tiba tidak selesa duduknya. Sekejap-kejap dia memandang keluar, sekejap dia memandang juga Humaira di hadapanya. Mahu lenguh kepalanya. Namun dia cuba mengawal riak. "Nak makan apa?" Soal Harraz menghilangkan getar dihati.
"Salwa kita share dua jelah?" Cadang Humaira dia tahu tidak mampu menghabiskan sepingan di waktu malam.
"Diet ke?" Tanya Amar bersahaja.
"Eh tak lah. Takut tak habis nanti. Membazir pula." Tutur Humaira.
"Order je la dua, ini ada orang sanggup habiskan untuk Humaira." Jawab Amar sambil menunding ke arah dirinya sendiri. Harraz menelan air liurnya tatkala mendengar kata-kata Amar. Dia mencuri pandang reaksi Humaira.
"Takpe la." Balas Humaira acuh tak acuh. Mati aku depan tunang aku dia nak ngorat aku. Saat itu dia memandang Harraz, kelat. Sudah.
"Ehem... ehem, are you fishing Amar?" Tanya Nandos berjenaka. Semua gelak mendengar celoteh Nandos.
Amar tergelak mengeyit mata kepada Nandos.
"Please order first." Harraz bingkas bangun menuju ke toilet. Dia cemburu ke? Dada Humaira berdegup kecang.
"Eh Harraz kan?"
"Ya. Subahanallah, Fatimah. Buat apa dekat sini?" Humaira lantas berpaling saat mendengar wanita berjubah muslimah itu memanggil nama Harraz. Dia nampak senyuman terukir di bibir Harraz saat terpandang wanita itu.
"Tak sangka jumpa Harraz dekat sini. Sihat?"
"Alhamdullilah sihat. Eh jom makan sekali?" Pelawa Harraz ramah. Bagai disiat-siat hatinya tatkala melihat Harraz ramah menegur wanita itu.
"Takpe la saya tapau je. Besok pagi nak bertolak balik dah. Saya singgah Changlong call Harraz tak dapat."
"Haa Fatimah call saya tengah meeting. Saya call tak dapat pula."
"Ohh mungkin dah masuk Danok. Kami ada rombongan ke sana."
Aduh makin parah hati Humaira. Dengan aku jangankan nak call SMS pun haram. Makin meluat dibuatnya.
"Ohh... Eh lupa kenalkan ni rakan collage saya, Fatimah."
Wanita itu menghulurkan salam untuk bersalam. Humaira memaniskan muka menyambut salam dihulurkan.
"Duduk lah dulu Fatimah." Pelawa Harraz menarik kerusi agar wanita itu duduk. Humaira sudah menarik muka masam melihat perilaku Harraz.
Delila melihat perilaku Harraz terhadap wanita itu. Hatinya tertanya-tanya gerangan wanita Muslimah itu.
"Fatimah belajar di USIM ke?" Soal Delila ingin tahu.
"Tak. Saya kenal Harraz masa di Alexanria dulu, kami satu kuliah." Penuh ramah Fatimah membalas.
"Ohh ustazah lah ye? Mengajar di mana?" Sampuk Salwa pula.
Fatimah tersenyum mendengar pertanyaan dari Salwa. "Saya mengajar di SRI An-Naim, Kuala Ketil."
Bukan calang-calang orang rupanya wanita dihadapanya kini. Apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan dia. Humaira merasakan seolah-olah dirinya tiada disitu. Sakit hatinya membuku. Di hatinya menangis dalam hiba.
"Tuu makanan saya dah siap. Saya minta diri dulu la ye Harraz. Nanti saya sampai sini jangan lupa bawa saya ke Taman Ular pula. Tak sempat pula nak sampai ke situ."
"Haa iye... Insha Allah. Semoga bertemu lagi. Hati-hati memandu besok. Hari ni saya belanjer Fatimah ye."
"Saya penumpang je. Eh tak perlu la."
"Bukan selalu." Ujar Harraz menghulurkan duit untuk membayar.
"Jazakallah, Assalamualaikum."
Humaira hanya memerhati senyuman Harraz mengiringi pemergian wanita itu. Dia menjeling Harraz dihadapannya. Lelaki itu hanya mengabaikannya. Sungguh hati dia sakit!
Share this novel