20

Romance Series 5539

Kerana jodoh itu misteri, ketika bila, dimana dan empunya. Kerana jodoh itu tidak akan tertukar pemiliknya, Kerana jodoh itu sudah tertulis, perkenalan yang berpanjang belum pasti dia jodoh yang tertulis.

"Aku nikahkah dikau Izz Harraz bin Farhan dengan anak aku Humaira Amani binti Othman dengan mas kahwinya lima belas ribu ringgit tunai." Laju ijab meluncur di bibir Dato' Othman.

Harraz menarik nafas dalam sebelum melafaz kabul. Bismillah. "Aku terima nikah Humaira Amani binti Othman dengan mas kahwinya lima belas ribu ringgit tunai." Hanya dengan sekali lafaz, dia sudah bertukar status. Harraz tunduk. Nafasnya dihela sedalam-dalamnya sebelum dilepaskan. Wajahnya diraup. Syukur Alhamdullilah.

Humaira tercengang mendengar ucapan Sah. Seolah-olah tidak percaya apa yang terjadi. Dia menjadi milik jejaka yang tidak dikenalinya bukannya milik Adam. Bening matanya mula bergenang air perlahan-lahan turun ke pipinya sayu.

Hatinya masih lagi rawang menerima petukaran status ini. Dia tidak pasti adakah ini keputusan yang tepat memandangkan layanan dingin Harraz kepadanya sepanjang tempoh pertunangan.

Lafaz tahmid mengemakan ruang masjid itu. Tanda kesyukuran dilafazkan. Seusai upacara lafaz taklik dan mengisi borang. Setitis manik jernih jatuh lagi ke pipinya. Lafaz taklik itu menyedarkannya tentang tanggjawabnya sebagai seorang isteri kepada Harraz. Terasa berdosa saat ijab Kabul dilafazkan hatinya masih tersasar. Kini, dia redha, Harraz adalah jodoh yang ditakdirkan buatnya. Cinta dunia dan syurganya bersama Harraz. Harraz jualah pembimbing yang bakal memimpin tangannya dan keluarganya ke syurga kelak. Insya Allah.

Tepat Jam 8 pagi sebuah majlis sederhana untuk meraikan pasangan mempelai. Majlis yang berlangsung begitu sederhana hanya menglibatkan jiran terdekat dan keluarga. Tiada majlis riuh-rendah dengan paluan kompang mengiringi mempelai, iringan lagu dan melodi. Cukup sahaja majlis solat hajat dan doa selamat tanda kesyukurkan diadakan. Upacara persandingan dan pelamin juga tidak disediakan. Majlis yang cukup sederhana atas permintaan pengantin sendiri.

Walaupun majlis sederhana berlangsung. Kemeriahan majlis pastinya dirasai oleh keluarga kedua belah mempelai. Pengantin tampak sedondon memakai persalinan melayu kebangsaan berwarna krim pengantin lelaki kacak berbaju melayu, bersampin. Pengantin perempuan indah dalam persalinan jubah labuh dihiasi manik, labuci dan solekan nipis, sudah cukup menaikan aura pengantin. Kelihatannya sama cantik, sama padan.

Ucapan taniah dan doa yang tidak putus-putus dari semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

"Alhamdullilah semua dah selesai. Taniah dik. Mek doakan adik berbahagia ke anak cucu." Ujar ibu susunya bahagia dengan anak susuannya itu sudah bertemu jodohnya. Humaira tersenyum mengangguk memeluk tubuh pengasuhnya itu. Hatinya sebak memikirkan abang-abangnya tidak dapat pulang dek kerana kekangan kerja. Namun dia pasrah dia faham benar dengan tugas kedua-dua abangnya itu.

"Papa pun nak merasa anak cucu juga. Rumah ni dah terlalu lama sunyi dengan gelak tawa budak." Sampuk Dato' Othman bercanda.

"Amboi laju sangat papanya. Kot iye pun bagilah cann pengantin nak honeymoon dulu."

Harraz merasakan darah merah menyerbu ke wajahnya. Kata-kata bapa dan ibu mertuanya sedikit sebanyak membuatnya termalu sendiri. Harraz mula membayangkan dia mempunyai anak bersama Humaira.

"Haish!!" Mengarut menikah belum lagi sampai 24 jam sudah jauh terbang. Harraz tersenyum sipu dengan angan-angannya.

Wajah Humaira merona merah. Dia menunduk malu bila diusik begitu.

Perkarangan banglo Dato' Othman semakin lenggang hanya tinggal saudara terdekat sahaja. Tetamu yang hadir sudah beransur pulang. Harraz mendongak ke langit. Alhamdullilah selesai semuanya. Rasa syukur dipanjatkan pada Illahi majlis perkahwinannya selesai dengan sempurna. Walaupun tiada jemputan luar hanya kelurga dan jiran tetangga. Namun rasa syukur dipanjatkan. Dengan izinNya majlis itu berjalan lancar. Insha Allah majlis kedua bakal menyusul setelah dia dan Humaira menghabiskan pengajiannya.

Sebelum melangkah masuk, Harraz terpandangkan Humaira yang termenung di sebelahnya. Tanganya melambai-lambai di hadapan Humaira tetapi tiada reaksi dari gadis itu. Harraz mengerutkan dahi. Timbul idea nakal di mindanya, ingin mengenakan gadis itu. Saat itu dia memberi isyarat kepada anak buahnya.

Humaira yang merasakan ada sesuatu berlingkar ditekuknya. Terbuntang matanya saat melihat seekor ular di bahu kanannya.

"Aaaahh!!" Jerit Humaira kuat.

Teriakkan kuat Humaira mengemakan suasana majlis. Semua mata memandang ke arah mempelai. Humaira yang hampir sahaja mengalirkan air mata itu lantas melompat-lompat memeluk tubuh Harraz erat. Terkedu Harraz saat tubuhnya dipeluk erat oleh Humaira. Serentak itu tangannya cepat sahaja memangku Humaira. Lain yang ingin disakat lain pula yang terkena. Keluh Harraz. Seperti terkena rejatan elektrik saat Humaira melompat memeluk tubuhnya. Mujur sahaja dia sempat membuka langkah jika tidak kedua-dua sudah memakan bumi.

"Astarfirullahalazim, Harraz!!" Jerit Hajjah Mariam bercekak pinggang. Saat terpandangkan ular mainan di atas lantai. Haji Farhan menggelengkan kepalanya dengan telatah nakal anaknya. Memang tidak dapat disangkal anak terunanya itu sangat nakal. Tengok sahaja belum sampai 24 jam huru hara majlis dibuatnya.

"Kamu ni, umur dah cecah 30 tahun pun masih tak matang. Cubalah matang sikit. Buat malu majlis je kamu ni." Marah Hajjah Mariam menarik telinga anak terunanya.

"Adoiii ummi, sakit. Ummi jatuh bini Harraz ni ummi." Balas Harraz. Hampir sahaja dia terlepas tangan. Harraz menurunkan Humaira dari pangkuannya dan menunduk ke bawah mengambil tiara yang terjatuh. Harraz menghulurkan tiara kepada Humaira tersengih dengan muka tidak bersalah. Tatkala itu, Humaira mencelikkan matanya menahan nafas geram.

"Haa sedar pun kamu tu ada bini." Getus Haji Farhan turut malu dengan besannya. Harraz tersenyum kelat. Niatnya hanya ingin mengusik, manalah tahu benda nak jadi begini. Bukan sahaja Humaira yang terkena, jantungnya masih lagi dirasakan tidak berfungsi dengan betul. Harraz menelan air liur terasa kelat, menghilangkan getar di hati.

"Kamu okay Humaira?"

"Erkk okay walid. Terkejut sikit tadi." Luah Humaira menjeling tajam suami disebelahnya.

"Maaf Man, Aini, Harraz ni macam ni la. Kalau tak buat I sakit kepala memang tidak sah." Dato' Othman dan Datin Nuraini tergelak sakan. Jika sebelum ni anaknya yang sering menyakat orang disekelilingnya. Nampaknya lepas ni, anaknya sudah bertemu pasangan yang betul-betul dapat menundukkannya.

"Ini baru betul-betul match from heaven. Biasala tu Han, anak I belum keluar dari gua tu. Hari ini dia masih control ayu, gadis melayu terakhir. Besok lusa I tak jamin Han." Ujar Dato' Othman. Semua yang berada disitu tergelak mendegar celoteh Dato' Othman.

"Papa..." Humaira mencubit lengan Dato' Othman. Geram dimalukan. Merona merah mukanya menahan malu. Tidak cukup malu dengan kelakuannya tadi yang melompat memeluk Harraz. Ditambah pula ini.

"Aduh... lepas ni kamu pula merasa ketam berbisa Harraz. Siap sedia la boleh biru ni."

Harraz tergelak mendengar kata-kata mertuanya itu. Dalam hatinya terdetik isterinya ini masih lagi belum dikenali sepenuhnya. Tetapi dia tahu, isteri yang dinikahi itu sangat nakal.

"Ini baru rare bila Mr. Naughty meet Mrs. Naughty." Kata-kata Datin Nuraini disambut dengan gelak tawa semua.

"Baru kena dengan lawannya." Sampuk Haritz.

Gelak tawa terhenti disaat azan berkumandang. Suara Azan bergema menandakan masuknya waktu untuk kaum muslimim menunaikan tanggungjawab kepada Pencipta.

"Hah dah azan tu, eloklah kita tunaikan apa yang wajib terlebih dahulu. Harraz kau imankan solat." Arah Haji Farhan. Harraz mengangguk akur.

"Jom, wife masuk dalam, kita solat sama." Lembut bisik Harraz mempelawa isterinya. Harraz tiba-tiba memegang telapak tangan isterinya, lalu digengam lembut. Tangan itu terasa sejuk beku. Mungkin masih dalam keaadan terkejut. Sedikit sebanyak dia merasa bersalah.

Humaira meneguk air liur. Tiba-tiba tubuhnya terasa seram sejuk tatkala tangannya dan Harraz bersatu. Saat pertama kali tangannya disentuh lelaki lain. Dia suami kau yang sah Humaira! Humaira terasa terenjat dengan perlakuan itu, apatah lagi bisikan lembut panggilan wife tergiang-giang di telinganya. Humaira hanya membiarkan dan menuruti langkah suaminya masuk.

"Bilik, wife dekat mana?" Bisik Harraz bertanya. Tidak tahu arah mana yang perlu ditujunya.

"Haa? Bilik buat apa?" Tanya Humaira bendul. Dia malu tersendiri saat mendengar perkataan bilik. Entah apa yang merewang mindanya.

"Sayangggg hari masih siang tauu..." Bisik Harraz perlahan ke telinga Humaira. Tetapi masih jelas didengari membuatkan rona muka Humaira terus berubah. Dia terdiam seribu bahasa menahan malu. "Takkan wife nak salin dekat ruang tamu ni?" Soal Harraz tersenyum nakal, mengeyit mata.

Humaira terkelu memandang Harraz yang mengeyitkan mata. Hatinya semakin berdebar kencang. Dia merenung wajah lelaki disebelahnya. Suaminya itu nampak sangat kacak, apatah lagi memakai persalinan warna kegemarannya. Hatinya mula terbuai seolah-olah tidak percaya lelaki ini sah menjadi miliknya.

"Kenapa pandang abang macam tu, handsome sangat ke?" tanya Harraz dengan menaikkan kening, ketika Humaira merenungnya lama.

Humaira telan air liur. Memang kantoi terang-terangan dia memandang Harraz. "Erkk tak lah, bilik Aira situ." Tunjuk Humaira melangkah cuba melepaskan tangan dari gengaman Harraz. Dia sangat malu! Kenapa la kau gedik sangat tenung dia. Tahulah dia halal untuk kau. Tak pasal-pasal kantoi depan-depan. Tersasur lagi! Bebel Humaira dalam hati.

Harraz tersenyum melihat kegugupan isterinya itu. Pengangan tangan yang terasa semakin dilonggar terus sahaja Harraz mengengam erat tangan Humaira, menariknya menuju ke arah bilik yang ditunjukkan oleh Humaira. Humaira tergaman, menjadikan dia semakin tidak keruan inikah suaminya. Kenapa dia berubah laku 360 darjah hanya dalam 1 hari.  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience