“Khalish, kau dapat call Humaira?” Tanya Adam. Risau tentang gadis itu. Sudah hampir seminggu dia cuba menelefon gadis itu tetapi tidak dapat. Hanya pesanan ringkas SMS sahaja tetapi bila cuba menelefon gadis itu. Panggilan telefonnya tidak diangkat.
“Aku cuba call Aira, tak dapat musykil ni. Dia tak pernah buat peragai cam ni.” Hatinya sememangnya tidak senang dengan kelakuan Humaira kali ini. Walaupun panggilannya tidak menjawab tetapi Humaira sering membalas mesejnya.
“Pelik…” Ujar Adam memikirkan keberadaan gadis itu. “Cuba kau call kampung. Aku risau la.”
“Nanti aku cuba call Fazrin. Dia balik Kelantan. Minta dia tolong risik-risik dulu. Aku tak nak risaukan dato’ dan datin. Lagi pula Humaira kalau balik memang dia sibuk uruskan catering bonda.” Jelas Fazran.
Dia memang sudah maklum dengan kesibukan Humaira jika pulang ke Malaysia. Perniagaan keluarga Humaira bukan sahaja menglibatkan catering bahkan, bridal, khemah, dewan pendek kata semua. Maka tidak hairan jika Humaira sibuk.
“Okay apa-apa hal kau bagi tahu aku.” Walaupun Adam sedia maklum dengan kesibukan Humaira namun hatinya tidak senang.
Hampir seminggu tidak dapat menghubungi gadis itu, Fazran cuba menghantar SMS kepada Humaira. Resah memikirkan bila Fazrin memaklumkan gadis itu tidak pulang ke Malaysia.
[Adik dekat mana? Kenapa tak balik Malaysia. Jangan buat abang risau]
[Maaf abang adik perlu masa. Sekarang adik dekat Indonesia.]
[Adik gaduh dengan Adam?] Tembak Fazran menduga.
[Ya, bagi adik masa. Maafkan adik]
[Kenapa tak angkat call abang?]
[Maaf. Adik nak sendiri]
Semakin sesak dada Fazran. Gelodak perasaan semakin membuak, dia mengharapkan Adam dapat membahagiakan Humaira, namun sebaliknya terjadi.
“Adam, what happen between you and my sister?” Panggil Fazran tegas. Nampaknya dia terpaksa membuat perhitungan dengan Adam sehingga menyebabkan Humaira berubah laku.
“Kenapa? Kau dapat hubungi Aira? Dia dekat mana.” Tanya Adam. Sungguh hatinya semakin bimbang tentang gadis itu. Semakin jarang gadis itu membalas setiap mesejnya. Jika di balas hanya sepatah sahaja, tidak mesra.
“Are you fighting?”
“Ermm sebenarnya, memang kami ada perselisihan faham sebelum dia fly. Tapi sebenarnya tu semua salah faham. Aku boleh betulkan.” Jujur Adam.
“Boleh aku tahu kenapa? Aira tak pernah buat peragai, tapi aku rasa kes ni berat kalau sampai dia minta masa bersendiri.” Jelas fazran.
“Sebenarnya dia salah faham dengan aku dan Bella. Tapi aku memang tak pernah sukakan Bella. Dia terbaca SMS Bella pada aku itu je” Jelas Adam. Sememangnya Bella menjadi punca perselisihan faham antara dia dan Humaira. Tetapi Humaira sering mengelakkan diri daripada mendengar penjelasnya.
“Ermm… make sure kau betulkan semua ni.” Tegas Fazran, dia tidak mahu persengketaan antara Adam dan Humaira berlanjutan. Dia sayangkan persahabatnya dan juga Humaira.
“Yes, I will. Aku akan betulkan semua.” Jawab Adam akur. Dia sendiri tidak tahu membujuk Humaira. Tidak pernah Humaira sekeras ini sepanjang perkenalan mereka. Hanya kerana satu SMS dari Bella membuatkan mereka bergaduh besar sehingga Humaira seolah-olah melarikan diri daripada mereka.
..........
Sudah hampir sebulan Humaira membawa diri. Hatinya semakin bimbangkan gadis itu. Dia sudah tidak tahu bagaimana ingin memujuk gadis itu supaya menjawab panggilannya. Hanya sekadar kiriman SMS itu pun susah. Hubungannya dengan Fazran semakin dingin. Dia tidak mahu hal ini berlarutan.
“Khalish, how’s Humaira??” Tanya Adam. Dia sudah mati akal mahu memujuk Humaira.
“You ask me? What the hell you do to my sister?” Balas fazran. Sungguh hatinya membengkak memikirkan hubungan Adam dan Humaira. Jika dia tahu adiknya menderita sehingga membawa diri tidak sama sekali dia membiarkan hubungan mereka terus rapat.
“Im sorry… but she’s ignored all my call even SMS.” Balas Adam sayu. Sungguh dia sedih dan bimbang memikirkan gadis itu.
“That’s not what I want to hear. Explain your self I told you Aira is like a sister to me. I told you not to hurt her in any way. So, what happened I’m giving you chance to explain before I terminate our friendship.”Tengking Fazran yang mula bengang.
“I willing to explain everything. Thing just kind got in the way. My mom wasn’t exactly happy with my choose. She tried to matchmake me with Bella and thing got more even complicated.” Balas Adam dia cuba bertenang dengan kemarahan Fazran. Dia faham perasaan Fazran. Rasa bersalahnya semakin mendalam.
“So, what are you going to do about it.”
“I’m was trying to solve here, but Aira completely ignore me.”
“Your mom not allowed her to be with my sister, right? So please leave her alone.”
“But I do love Humaira. I want to be with her.”
“That not my problem. Just leave.” Bentak Fazran. “Sudahlah aku malas tengok muka kau. Lebih baik kau berambus. Kau kawin je dengan Bella. Jangan susahkan adik aku.” Balas Fazran tegas dengan keputusannya kali ini.
“Fazran please. Aku minta maaf tapi aku ikhlas sayangkan Humaira. Aku sendiri mati akal.”
“Kau berambus!! Sekarang!!”
“Fazran… aku…”
“Kau sengaja nak cari gaduh dengan aku ke hah?!” jerkah Fazran sambil memaut kolar baju Adam.
Jerkahan kuat Fazran mengemparkan seisi rumah. Diana yang sedang membaca novel melompat turun keluar. Sebaik sahaja keluar bilik dia bertembung dengan Salwa. Mereka saling berpandangan, bergegas turun ke bawah. Danial yang sedang menelaah di biliknya bingkas bangun ke luar.
“Ya Allah! Apa dah jadi ni?” Danial terkejut melihat Adam sudah terpelanting jatuh kerana tumbukan Fazran. Dia cuba menenangkan Fazran yang sedang naik angin. Diana dan Salwa bertindak menghalang Fazran dari menghampiri Adam.
“Fazran sabar Ingat Allah. Cuba bertenang.” Danial memeluk tubuh Fazran bagi menenangkannya agar dia tidak menyerang Adam.
“Lelaki ni gila. Aku dah suruh dia berambus!” beritahu Fazran berang.
“Aku…” Adam serba salah. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Terasa perit pipinya menahan sakit.
“Tenang apa masalah kau orang ni haa?” Tepik Diana lantang. “Semua kita boleh bawa berbincang. Kalau ini sikap kau orang tak kan selesaikan masalah.” Tegas Diana meluahkan rasa. Sungguh dia kecewa saat ini melihat teman-temannya berantakkan.
“Humaira… kami masih tak dapat hubungi dia.” Beritahu Adam menjelaskan keadaan.
“Maksud kau?” Soal Danial dan Diana serentak. Sungguh mereka tidak menjangkan Humaira diam tanpa berita.
“Awa pun pelik. Aira tak pernah buat peragai macam ni. Macam ada sesuatu terjadi.”
“Aku risau kau tahu tak. Aku call Aira langsung tak pernah angkat call aku. Bila aku mesej dia cakap nak sendiri. Sampai bila?” Luah Fazran. Dia sememangnya sangat bimbangkan Humaira. Tidak pernah Humaira bersikap begitu dengannya.
“Parents Humaira tahu? Sekarang dia dekat mana?” Tanya Danial semakin bimbangkan keadaan gadis itu.
“Tak tahu. Aku tak maklumkan dekat dato’ dan datin aku tak nak mereka bimbang. Dia cakap dia nak bersendirian dekat Indonesia. Tapi aku bimbangkan dia. Dia bersendirian dekat sana.” Luah Fazran sayu memikirkan keadaan adiknya.
“Aku minta maaf. Aku tak tahu, Aira ambil langkah sejauh ini. sebenarnya sebelum dia fly kami ada perselisihan faham.” Luah Adam lagi.
“Tenang… Sekarang aku cuba pujuk Humaira. Mungkin dia boleh cuba berkongsi dengan aku.” Pujuk Diana menenangkan keadaan. Salwa mengangguk bersetuju.
..........
Fazran terkejut melihat panggilan daripada Humaira. Hatinya lega bila melihat panggilan daripada Humaira.
“Adik dekat mana? Abang risaukan adik.” Tanya Fazran sebaik sahaja menjawab panggilan daripada Humaira.
“Abang tolong adik. Adik tak tahu dekat mana. Kamal abang… Kamal dia culik adik… Diaa….” Berderai suara tangisan Humaira. Tanpa dapat ditahannya.
“Apa? Adik langsung tak tahu dekat mana?” Fazran tersentak. Hatinya bertambah gusar mendengar luahan Humaira.
“Abang, jangan call adik. Kamal tak tahu. Dia tercicir handphone ni. Tolong adik abang. Adik tak boleh cakap banyak adik takut dia sedar. Tolong cari adik.” Humaira merayu. Sungguh dia tidak sanggup berada dalam kancah neraka ini.
“Adik tenang. Apa pun cara abang akan cari adik. Abang akan jumpa adik.” Beritahu Fazran tegas. Memujuk Humaira. Dia mengengam penumbuknya. Hatinya berang memikirkan Kamal.
“Adam!!!!” Laung Fazran kuat. Dia perlu memaklumkan pada Adam. Fikirannya tidak rasional sekarang. Ingin sahaja dia terus mencari Kamal tetapi dia masih waras. Dia bimbangkan keselamatan adiknya.
Adam dan yang lain bergegas berlari menghampiri Fazran mendengar laungan Fazran. “Kenapa Fazran?” Soal Adam risau melihat riak wajah Fazran seakan-akan merah menahan marah.
“Humaira… Kamal culik Humaira!!” Beritahu Fazran marah.
“What!!” Semua terkejut mendengar perkhabaran Fazran. Sungguh mereka tidak menjangka kesepian Humaira dek kerana diculik oleh Kamal.
Salwa terus meraung menangis. Tingkah laku Kamal sering mencurigakan bila mendekati Huamira. Hatinya galau memikirkan Humaira. Diana memeluk Salwa cuba menenangkan gadis itu. Dia sendiri buntu. Risau memikirkan keadaan Humaira.
“Apa kita nak buat sekarang?” tanya Diana dia buntu tidak tahu apa perlu dilakukanya. Tidak pernah dia menghadapi situasi genting begini.
“Kita lapor pada polis. Polis lebih cekap handle case ni.” Cadang Adam. Sungguh kerisauannya pada Humaira semakin membuak. Perasaan marahnya apabila mendengar nama Kamal. membuatnya hampir sahaja hilang waras ingin terus mencari lelaki itu.
“Yes. Definitely! Lapor pada polis. Mereka lebih cekap.” Balas Danial. Walaupun dia bimbang akan keselamatan Humaira tapi bila menglibatkan kes culik lebih elok serah kepada pihak polis untuk menguruskan.
Share this novel