34

Romance Series 5539

Melihat tubuh lesu Harraz dipapah masuk oleh Amar. Ali terus bangun dan menuju ke arah mereka.

"What happen?" Soal Ali yang kebetulan ada di bilik itu.

"Nothing just gastrick." Jawab Humaira.

"Are you okay doctor? You look very sick."

"Alhamdullilah I'm okay just feel tired because of vomit." Jawab Harraz tersenyum. Mahu tidak penat tanpa masuk makanan tapi asyik keluar je.

"Hope you get well soon. Sorry I need to continue my work."

"Yes sure, please do. Sorry to disturb you." Balas Harraz.

"No... its okay, please rest well." Ujar Ali tersenyum berlalu, kembali meneruskan kerjanya. Mereka sedia maklum besok adalah Tarik proposal defend Ali.

Harraz menelan air liur yang kelat melihat bubur nasi yang disediakan oleh Humaira tekaknya terasa sebu. Tidak larat untuk makan. Hanya dua suap Harraz masuk ke mulut Harraz dia menolak bubur itu ketepi.

"Makan la lagi. Nak makan ubat lak." Pujuk Humaira lembut.

Harraz menggelengkan kepalanya dia tersandar lesu di sofa.

"Aira suap ye. Abang makan ye."

Harraz tersenyum mengangguk. Alahai memang patutlah ummi selalu cakap suaminya ini manja kalau sakit. Dia punya rengek tu kalah budak kecil. Dari makan sesuap terus licin bubur.

Dari tadi Amar memerhati karenah Harraz. Dasyat penangan Humaira ni. Terus jadi anak kuncing Harraz dijinakkan oleh Humaira.

"Untungla ada bini." Perli Amar melihat karenah manja Harraz. Humaira hanya meleparkan senyum. Dia malu sebenarnya dengan kata-kata Amar.

Harraz hanya mendiamkan diri. Otaknya terasa tiada fungsi saat ini.

"Makan ubat ye." Satu keluahan keluar dari mulut suaminya itu.

"Kalau tak makan tak boleh ke? Kejap lagi baik la ni." Ucap Harraz cuba mengelak.

"Awak jangan nak gedik. Saya sumbat juga ubat ni."

"Garangnya kingkong abang."

"Abang...!" Laju tangan Humaira mencubit paha lelaki itu.

"Sakitlah sayang." Ucap Harraz manja. Terasa perit ketam Humaira namun dalam hatinya bahagia, Humaira yang sabar melayan karenahnya.

"Makan ubat ni. Kalau tak Aira bagi lagi sekali."

Laju kepalanya digeleng. Humaira menggelengkan kepala dengan reaksi Harraz tidak ubah seperti anak kecil. Dahla depan Amar! Hish buang tabiat betul suami aku ni.

Harraz menelan air liur memandang Humaira yang menuangkan ubat untuknya.

"Bagi je lagi sekali Aira. Aku pun rasa nak bagi ni juga." Ujar Amar menganggkat penumbuknya.

Humaira tergelak mendengar bebelan Amar ternyata lelaki itu masih marah dengan mereka.

Harraz hanya mencebik dengan gurauan sahabatnya itu. Dia lebih gerun memikirkan ubat yang dihulurkan oleh Humaira.

"Kalau tak makan tak boleh ke?" Soal Harraz lagi. Dia kembali memejam matanya. Ingin mengelak. Perutnya dikala ini terasa sebu dek bubur yang dimakannya tadi. Terasa ingin dikeluarkan kembali.

Aduh! Anak bongsu Puan Mariam ni rengeknya kalah bayi.

"Makan la. Nanti macam mana nak baik kalau tak makan." Pujuk Humaira lagi.

Harraz menggelengkan kepalanya. "Abang nak tidur." Ujarnya sepatah.

"Abang makan ye. Sini Aira suapkan." Pujuk Humaira lagi.

Harraz malas nak berbahas. Tanpa banyak soal Harraz membuka mulutnya. Tangannya laju mencapai air kosong Dari tangan Humaira.

"Aduh parah kawan aku ni!! Hai aku punn kena usha awek ni kalau macam ni." Usik Amar lagi. Dia ketawa melihat karenah Harraz yang jelas ingin bermanja dengan isterinya. Merah padam muka Humaira dengan usikan Amar.

Harraz tersenyum kelat. Dia cuba menahan rasa loya semakin menjadi. Belum sempat merebahkan diri Harraz terus bangun kembali mencapai besen di sebelahnya. Habis semua bubur yang dimakannya keluar. Sebelah tangannya menekup mulut dan sebelah lagi menekan perutnya.

Humaira lantas mengosok pelahan lahan belakang Harraz. Wajah suaminya yang pucat itu direnungnya penuh simpati. Harraz berkumur dengan air kosong tadi bagi menghidangkan rasa payau dan diludah ke dalam besen itu. Dia kembali tersandar lesu disofa itu. Tubuhnya terasa semakin hilang tenaga.

"Kenapa ni?" Soal Dalila dan Salwa tiba-tiba.

"Gastrik. Tadi pergi PKU Doktor dah suntik. Tapi macam tak tahan je ni."

"Bawa pergi hospital la."

Laju Harraz menggelengkan kepala. Matanya dipejam rapat.

"Nak bawak PKU makan ubat pun susah. Ini kalau nak bawak pergi hospital kena cari guni." Bidas Amar memerli kawannya. Kata-kata disambut dengan gelak tawa mereka.

Harraz memasang telinga tetapi dia sudah tidak larat menyampuk.

"Biarlah Harraz rehat dulu. Kalau melarat nanti Amar cari guni kita sumbat terus." Balas Humaira.

"Haiii sampai hati ke?" Soal salwa selamba

"Habis kalau tak paksa memang takkan serah diri." Balas Humaira.

"Kalau doktor Aira tukang rawat rasanya ada orang serah diri ni." Balas Amar mengusik.

"Pulak... nak makan ubat pun makan ketam ni dulu." Balas Humaira sambil tangannya menunjukkan cubitan ketamnya.

"Patutlah Doktor Harraz seram dapat nurse macam Aira ni memang biru ketu lah jawabnya. Perli Salwa.

Dalila diam tidak berkutip dia tertanya kenapa Humaira begitu rapat dengan Harraz tanpa batas. Dia masih terkejut sebenarnya masuk sahaja melihat Humaira yang mengosok belakang Harraz. Setahunya Harraz sangat menjaga perilakunya. Ingin bertanya tetapi masa tidak sesuai. Perkataan awek yang diucapkan oleh Amar tergiang-giang Di telinganya. Takkan lah!

"Aira..." Panggil Harraz lemah.

Humaira lantas berpaling terdengar namanya diseru. "Kenapa?"

"Sakit." Ucapnya sepatah. Tangannya memicit dahinya dengan tangan. Humaira tersenyum tawar. Dia sudah boleh meneka suaminya itu. Segera dia menarik kerusi ke sofa Harraz dan memicit kepala Harraz.

"Haa Sambungla cerekarama kau orang Aku nak sambung kerja." Ujar Amar tergelak dia terus sahaja berlalu.

"Jomlah daripada layan drama Korea live ni." Perli Salwa pula tergelak.

Dalila terlopong biji mata melihat perilaku Humaira seolah-olah tidak pecaya dengan apa yang dilihatnya. Dia mencuit lengan salwa disebelahnya. bibirnya dijuihkan ke arah pasangan didepannya. Salwa mengangkat bahu.

"Kantoii sudahh!" Bisik salwa dalam hati. Dia memandang Amar yang berlalu pergi pasti lelaki ini sudah tahu.

Humaira seakan tersedar dengan kehadiran Dalila. Jantungnya terasa berdebar. Dia terkelu seribu Bahasa. Hanya berbalas pandang dengan anak mata Dalila yang jelas kelihatan terkejut.

"Jomlah." Ajak Salwa tidak mahu terus menganggu rehat lelaki itu.

"Takpe ke tinggal diaorang berdua ni?" Bisik Dalila pelahan. Dia serba salah mahu tinggalkan Harraz dan Humaira. Jika dulu dia mengesyaki Salwa kini dia tahu. Rupanya Humaira gadis yang bertakhta di hati lelaki itu. Entah kenapa hatinya tidak senang.

"Takpe jomlah." Balas Salwa.

"Hish Awa tak manis la." Bisik Dalila perlahan.

"Pandai-pandai la diaorang." Dia menarik tangan Dalila keluar dari bilik itu.

"Awa kau tahu something yang aku tak tahu ke?" Tembak Dalila. Salwa jelas tidak ambil kisah Humaira ditinggalkan bersama Harraz.

"Tahu apa?" Soal Salwa buat-buat tidak tahu.

"Harraz dan Aira?"

"Kenapa dengan diaorang?"

"Laa... yang kita selamba tinggal diorang tu salah Awa."

"Apa yang salah? Bukan tinggal dalam bilik berdua? Samer adakan dalam tu. Biarlah diaorang tu. Habis takkan kita nak join jaga kot."

"Aku rasa gitu lagi elok."

"Hishh... malas aku, Aira tu boleh jaga."

"So memang betul la Aira dan Harraz kan?" Dalila mengeluh pelahan. Hakikatnya dalam hatinya terselit cemburu dengan hubungan mereka dan dia merasakan tidak manis untuk membiarkan sahabatnya itu. Dia sangkakan Salwa pilihan Harraz kerana baginya Salwa jauh lebih lawa berbanding dengan Humaira.

"Entah. Hish biarlah diaorang tu." Salwa melihat air muka Dalila keruh. Dia sebenarnya malas ambil port. Maka mereka saling membisu.

Melihat susuk tubuh Humaira masuk ke bilik kerja. Dalila terus bertanya.

"Harraz dah okay?"

"Dia dah tidur, Aira nak ambil laptop buat kerja sebelah sana."

"Aira boleh aku cakap dengan kau kejap?" Pinta Dalila.

"Ya apa, cakaplah."

"Kita cakap dekat luar ye?"

"Ohh okay. Boleh." Tiba-tiba Humaira berdebar dengan kata-kata Dalila. Dia tahu kini rahsianya sudah terbongkar. Tiada guna untuk disorokkan lagi. Humaira hanya mengikuti langkah kaki Dalila keluar.

"Aira maaflah kalau aku tanya kau. Kau dengan Harraz tu couple ke?"

"Erk..." Humaira teragak-agak untuk menjawab persoalan Dalila.

"Jujurlah dengan aku Aira. Aku okay, kalau kau dengan dia."

"Aku memang dengan dia..." Belum habis Humaira menghabiskan kata-katanya Dalila terus memotong.

"Aira sebagai kawan, Bagi aku apa yang kau orang buat tadi tak elok. Couple tak jamin pape pun Aira. Bila-bila masa Harraz tu boleh tinggalkan kau. Dr Ariana tu lagi cun dari kau."

Humaira tersentap dengan kata-kata Dalila.

"Kau terasa ke?"

Humaira memandang wajah kelat Dalila dihadapanya. Dia cuba mengukir senyum kepada wanita itu.

"Maafla kalau kau terasa. Cuma ya la cuba kau fikir la. Kau bermesra tempat awam gini. Semua orang pandang tak elok la. Harraz tu lecture dekat sini. Boleh rosak nama dia sebab kau."

"Ya aku tahu, aku minta maaf." Sungguh dia makin tersentap dengan kata-kata Dalila yang langsung tidak berlapis. Dia tahu kata-kata wanita itu ada benarnya tapi entah hatinya terasa dengan kata-kata wanita itu. Niat untuk berterus terang dipadamkan. Dia mengangguk pelahan.

"Kau tak payah minta maaf dengan aku minta maaf dengan Allah."

Tersentak Humaira mendengar kata-kata Dalila. Tiba-tiba terasa panas hatinya.

"Dila kau boleh tak jangan nak judge aku main terjah je."

"Laa kenapa kau marah? Sebab kau buat salah?"

"Suka hati kau la. Sorry aku nak sambung kerja aku." Balas Humaira geram. Malas pergaduhan itu berlarutan sebenarnya.

"Itula kau, aku nasihat kau tak nak dengar. Lepas ni kalau pape jadi macam mana?" Soal Dalila geram. Dia terasa hilang sabar dengan sikap Humaira itu.

"Maaf Dalila aku sibuk. Aku pergi dulu." Terus sahaja Humaira membawa diri. Tidak mempedulikan panggilan dari Dalila. Dalila memandang geram melihat Humaira tidak mempedulikannya. Tiba-tiba hatinya menjadi panas dengan Humaira. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience