40

Romance Series 5539

Humaira tidak senang duduk sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Dia menjeling jam didinding, sudah berginjak hampir 10 malam. Ya Allah mana suami aku, sampai saat ini telefonnya tidak berangkat. Gadis itu terus-menerus melekapkan telefon bimbitnya ke telinga dengan harapan bukan suara operator yang melayan panggilannya tetapi hampa!

Perasaan bersalah semakin bersarang dihatinya. Sungguh, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang ini. Hampir kebatu tangannya menekan panggilan suaminya. Talian di hujung sana masih sepi. Tiada tanda-tanda lelaki itu mahu menjawab panggilannya.

"Adam..." Walaupun perlahan namun masih dapat ditangkap dek telinga Harraz. Nama itu seolah-olah pernah didengarinya. Dia melihat kekalutan isterinya itu mencari seseorang, seolah-olah kewujudannya disisi diabaikan. Siapa Adam dihati isterinya?

"Humaira..." Panggilannya tidak berjawab.

Isterinya tampak melilau ke sana sini, pegangan tangan suaminya ditepis dia terus berlalu meninggalkan suaminya. Sungguh dia lupa, saat terpandangkan kelibat lelaki itu. Sehingga dia lupa akan kehadiran lelaki disebelahnya.

Sudah lama nama Adam sudah tidak meniti di bibirnya apatah lagi menyentuh tangkal hatinya tetapi saat dia ternampak kelibat susuk lelaki itu, nama Adam sekali lagi meniti dibibirnya. Dia berusaha mencari kelibat itu tetapi hampa.

Nafas Harraz turun naik melihat isterinya, tidak berkedip matanya memandang kekalutan Humaira. Tangkal hatinya seolah-olah direntap kasar. Entah kenapa, dia merasakan lelaki itu, adalah pemilik hati isterinya. Dek kerana perasaan marah dan cemburu bercampul gaul. Dia pergi meninggalkan isterinya disitu. Kala ini dia perlu mencari ketenangannya sendiri. Dia tidak mahu panahan syaitan meracau dirinya. Bimbang hilang pertimbangan. 

Share this novel

Zai Zai
2024-09-07 13:23:50 

next

Zai Zai
2024-08-09 14:51:33 

up lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience