Harraz mendekati isterinya, dia melabuhkan duduknya disisi Humaira. "Assalamualaikum... Humaira Amani..." Germerisk suara Harraz memanggil nama penuhnya.
Saat itu, Humaira hilang bicara, berada sangat rapat dengan lelaki itu. Sudah buat ia meragut jantung hati Humaira. Salam diberikan hanya dijawab didalam hati.
"Wife..." Panggil Harraz sekali lagi. Tiada sahutan, Harraz maju mengangkat dagu isterinya, untuk berapa detik mereka saling berbalas pandang, tiada bicara daripada bibir mereka. Seolah-olah mereka berbicara mengguna indera itu.
"Awak redha menikahi saya?"
Humaira menganggukan kepalanya, mengukir senyum. Ya dia, sudah redha dan pasrah dengan kentetuan jodoh Illahi. Dia tahu dia wanita yang bertuah kerana memiliki Harraz sebagai suaminya.
Harraz tersenyum manis membalas senyuman isterinya. "Izinkan saya membaca doa keberkatan buat kita berdua."
Humairai terkedu baca doa? Doa apa lagi? Saat itu pelbagai muncul di fikirannya.
Harraz tersenyum melihat isterinya seolah-olah bingung. Dia mengangkat tangannya perlahan memegang ubun-ubun isterinya dan membaca doa keberkatan.
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk kebaikan dirinya dan kebaikan tabiat (sikap atau perilaku) yang dia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya (keburukannya) dan kejelekan tabiat (sikap atau perilaku) yang ia bawa."
Humaira mengaminkan doa dengan air mata bergenang. Harraz menyapu lembut mata Humaira. Harraz mula berbicara lembut.
"Abang bukan yang terbaik buat Humaira, tetapi cukup abang sentiasa disisi Humaira untuk menyapu air matamu."
Humaira meneguk air liur terasa kelat. Harraz yang dikenalinya malam ini bukanlah Harraz yang dikenalinya sebelum ini. Ini dah kenapa sudah berubah menjadi Romeo melayu, dah macam mamat Kpop pun ada.
Harraz mengengam erat tangan isterinya.
"Abang nak Humaira tahu, jangan meletakkan nilai yang terlalu tinggi buat abang. Abang bersyukur pada Illahi dan berterima kasih pada Aira atas kesudian menerima abang, walaupun kita disatukan atas kehendak keluarga tetapi abang harap kita dapat sama-sama membina keluarga yang Sakinah. Abang antara lelaki orang yang bertuah di luar sana kerana memiliki..."
Belum sempat Harraz menghabiskan kata-katanya. Humaira meletakkan tangannya dibibir Harraz. Humaira terharu dengan kata-kata dituturkan Harraz, sekali lagi air matanya bergenang. Dia menarik nafas dalam sebelum berbicara.
"Saya juga bersyukur kita disatukan, mungkin saya banyak kekurangan, tetapi saya harap awak dapat menerima saya seadanya. Terima kasih kerana sudi menjadi milik saya." Bicara Humaira penuh lembut. Dia menunduk seusai menutur kata-kata itu. Entah kenapa dia tidak mampu untuk terus bertentang mata dengan lelaki itu.
"Kita saling melengkapi pernikahan bukan untuk mencari kesempurnaan tetapi untuk saling melengkapi. Abang jua bukan milik abadi Humaira, kita semua milik Allah. Humaira adalah pinjaman teristimewa abang di dunia ini." Harraz memandang isterinya penuh kasih.
"Wife... kenapa tak pandang abang?" Humaira mengetap bibir. Dia masih diam membatu.
"Sebelum ni kan, wife abang selalu curi-curi pandang abang? Kenapa malam ni tak sudi?"
Hahh! dia perasan ke aku selalu pandang dia? Merah padam muka Humaira saat diusik begitu. Malu sungguh!
"Tengok lah sini, abang dah lama nak tatap wajah Humaira."
Aduh bikin malu lagi! Nasib baik dia duduk, jika berdiri mungkin sudah terjelopok dia jatuh. Habis lemah segala urat sarafnya.
"Habis tu kenapa sebelum ni awak sombong je? Langsung tak pernah layan saya. Senyum dekat saya pun tidak. Apatah lagi nak SMS, nak call saya?" Soal Humaira meluahkan yang terbuku dihatinya. Dia menangis lagi, entah kenapa malam ini air matanya terlalu murah.
"Sebabnya berdosa..." Harraz merapatkan lagi dirinya kesisi isterinya, membujuk hati isterinya itu. Dia sedar kelakuannya sedikit sebanyak melukakan hati isterinya. "Wife... sebab abang sayangkan Aira, jadi abang tak nak lakukan zina dengan sayang. Bertentangan mata, berSMS, berbual kosong juga termasuk dalam zina kecil, zina mata, zina hati. Semua itu mendatangkan keburukan daripada kebaikkan."
Sungguh dia malu terus dia dapat taskirah free malam ni. Rasa nak menyorok bawah katil je. Dia tahu batas dan pergaulan jika selama ini pun dia sangat menjaga pergaulan. Mungkin dia masih serba kekurangan. Rasa diri sangat bertuah memiliki lelaki seperti Harraz. Sekurang-kurangnya dia tahu Harraz akan menjaga batas pergaulan diluar sana.
"Humaira..." Sekali lagi Harraz menyeru namanya lembut.
Humaira menantap wajah suaminya. Lelaki itu mengengam erat tangan Humaira.
"Ada satu lagi abang nak buat?" Ujar Harraz lembut penuh mengoda. Tiba-tiba jantung Humaira berdegup kencang.
Wajah gadis itu ditatap lama. "Sayang.... dah lama abang nak buat camni dekat Aira. setiap kali abang pandang Aira abang gerammm sangat tau." Ucapan Harraz membuatkan jantung sudah macam taufan rasanya! Apa dia nak buat huh! tidak tidak!!!
"Apa?" soal Humaira tergagap-gagap sungguh dia seram sejuk.
"Ini....." Pipi wanita dihadapannya dicubit kuat. Merah menyala pipi Humaira dek cubitan Harraz.
"Abang.....!!!" Pekik Humaira geram. Belum sempat dia ingin mencubit lelaki itu. Harraz segera bangun melarikan diri.
"Awak nak lari mana sini." Marah Humaira dia bangun berlari ke arah lelaki itu.
"Tak nak la tu. Yang tu bisa sangat." Ucap Harraz ketawa. Dia cuba lari dari wanita itu.
"Sini. awak ingat pipi saya ni tak bernyawa ke?"
Harraz tergelak besar mendengar kata-kata isterinya itu. "Pipi sayang tu selalu goda abang. Jangan la marah abang."
"Tak kira sini juga!"
"sayang nak abang serah diri ada satu syarat."
Langkah kaki Humaira terus terpaku. Dia kehilangan kata. mendengar kata-kata lelaki itu sudah membuatnya takut.
Harraz mendekati wanita itu perlahan-lahan melihat seolah wanita itu dalam lamunan. "Sayang...." Tangan Harraz mengelus lembut pipi Humaira. "Sakit Sini ye. Abang bagi ubat ye?"
satu kucupan hinggap di kedua belah pipi wanita itu. Humaira terkesima dengan kucupan Harraz. dia diam membatu diri. Harraz memandang lembut Wajah gadis itu. Melihat Humaira memejamkan mata mendiamkan diri dia mengucup pula dahi wanita itu. Dari dahi dia mengucup kedua mata wanita itu. Dari mata turun ke hidung wanita itu. Belum sempat Harraz mengucup bibir wanita itu. Pantas Humaira menutup mulutnya. Harraz tersenyum.
"sayang.... Abang rasa macam nak..."
"Tak nak!! Aira tak nak." Potong Humaira.
"Sayang... Please jangan camni. Malam ni sebelum layari bahtera ni kita..."
Humaira menutup telinga menggelengkan kepala. kakinya berundur dua langkah menjauhi lelaki itu. Harraz menarik tangan isterinya erat. penuh kelembutan Harraz membisikkan di telinga Humaira. "Mari kita kerjakan solat sunat."
"Haa....??" Humaira terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Dia lantas memandang wajah lelaki di hadapannya.
"Kita solat ye sayang." Jawab Harraz mengenyit mata pada isterinya.
"Haa ye ye." Malunya! Entah kenapa dia fikir Harraz mengajak untuk ke fasa itu!!! Entah apa yang dia fikir.
Melihat wajah merah padam Humaira Harraz terasa ingin gelak. Namun ditahannya dia tahu gadis itu segan dengannya. Semakin suka dia mengusik gadis itu. Sikapnya yang malu-malu itu membuatnya hatinya semakin jatuh pada wanita itu.
"Jom." Ajak Harraz dia menarik tangan Humaira lalu menuju ke kamar mandi untuk berwuduk. Humaira hanya mengikuti langkah lelaki itu. sungguh dia malu!! Sekali lagi dia dikenakan lelaki itu!
Seusai solat Harraz mencapai Al-Quran disisinya. Lalu dia membuka surah Al-Mulk dan dia memberikan Kalam itu kepada Humaira. "Sebelum tidur, kita baca surah Al-Mulk dulu ye wife? Sekurang-kurang jika ajal tiba besok hari kita terlepas dari seksaan kubur."
"Tapi... saya tak lancar bacaannya." Jujur Humaira mengaku. Dia termalu sendiri.
"Wife baca abang betulkan bacaannya." Ujar Harraz lembut. Humaira mengangguk mengerti lalu dia memperdengarkan bacaannya kepada suaminya.
Tepat jam 4 pagi, Harraz tersedar dari tidurnya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia cuba mengalihkan tangannya perlahan-lahan dari pinggang isterinya. Takut isterinya itu tersedar, dia hanya ingin memberi ruang kepada Humaira untuk beradu seketika. Harraz melangkah ke kamar mandi untuk menyegarkan kelopak matanya yang masih layu.
Seusai mandi dia mendekati isterinya, merenung wajah isterinya dalam kesuraman lampu, masih jelas kelihatan wajah ayu isterinya. Dia membelai pipinya isterinya. Satu perasaan aneh yang menjalar dihatinya dikala ini, terasa ingin menjadi pelindung dan menjaga wanita ini sehingga akhir hayatnya.
Humaira merasakan sentuhan sejuk dipipinya, perlahan-lahan dia membuka kelompak mata. Hampir sahaja dia menjerit melihat wajah Harraz hanya seinci dari wajahnya.
"Erkk... awakk kenapa?"
"Kita qiamulail sama?"
"Wajib ke?" Kedinginan pagi masih menyapa, matanya sendiri masih memberat untuk dibuka. Dia punya lena tidur diulik mimpi sekali disuruh bangun.
"Memangla tak wajib. Tapi abang tak mahu lah dapat pahala sorang-sorang." Pujuk Harraz lembut. Dia tahu, isterinya itu masih perlukan bimbingan dan itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Humaira masih diam tidak berkutik tiba-tiba hatinya dipagut sayu. Jika sebelum ini, bukan dia tidak pernah bangun solat malam tapi solatnya jika dia berhajatkan sesuatu. Allah, terasa jauh dirinya dari Pencipta. Dia memejamkan kembali mata mengenangkan khilafnya.
"Wife... bangunlah, kita solat sama-sama ye." Cupp! Satu kucupan dihadiahkan dibibir Humaira. Terus sahaja matanya luas terbuka. Hilang terus rasa mengantuknya tadi.
"Awakkk...!" Getus Humaira geram.
"Berani sambungla tidur lagi."
Humaira mengeleng-gelengkan kepalanya, lantasdia terus bangun berlari menuju ke bilik air untuk berwuduk. Harraz ketawa kuatmelihat kekalutan isterinya itu. Dia mengikuti langkah isterinya untukmengambil wuduk.
Share this novel