Humaira melangkah kaki menaiki tangga ke tingkat 4, sengaja ingin exercise bukan selalu. Dia ingin menghantar draft thesisnya di bilik Dr Sabri. Belum sempat dia membuka pintu tangga kecemasan itu tiba-tiba pintu ditolak kuat dari dalam. Humaira yang berada di balik pintu terus terjatuh terduduk.
"Aduh.... Sakitnya punggung aku! Eii malaun mana yang tolak pintu macam gajah ni." Bebel Humaira pelahan.
Harraz terkejut melihat Humaira yang jatuh terduduk didepannya. "Allah sayang okay? Sorry abang tak segaja." Dia segera duduk disebelah Humaira.
"Sayang marah abang?" Soal Harraz lagi dia mendengar bebelan kecil Humaira tadi. Ingin tergelak pun ada melihat Humaira terduduk di atas lantai itu. Hatinya pula terasa ingin dikucup mulut kecil isterinya itu. Geram dengan bebelan isterinya itu. Boleh dia panggil aku gajah.
Humaira memandang wajah Harraz didepannya. "Sakit lah. Ingat tak sakit ke? Ingatkan bapak gajah mana tadi." Jawab Humaira geram.
"Sayang sakit mana?" Soal Harraz lagi. Dia tergelak.
Humaira mencebik bibir dengan persoalan Harraz. "Ishh mamat ni takkan aku nak cakap aku sakit dekat punggung kot. Malu lah!" Bisik Hati Humaira.
"Sayang sakit punggung ye?" Soal Harraz selamba.
Humaira tajam memandang suaminya itu. Sungguh dia geram. Dahla kita jatuh terduduk depan dia, boleh dia soal gitu.
"Nak abang gosok tak?" Soal Harraz nakal. Sengaja mahu mengusik gadis itu. Soalan Harraz membuatkan Humaira malu sendiri.
"Abang!!! Eiii..." Belum sempat tangan Humaira mencubit lelaki itu pantas tangan itu digengamnya erat tidak mahu terkena sengat ketam Humaira. Sungguh perit.
"Abang minta maaf ye." Pinta Harraz dia mencium lembut telapak tangan gadis itu.
"Sini abang tengok sikit." Belum sempat tangan Harraz dihulurkan dengan pantas Humaira menepis tangan itu.
"Alah bukan luak pun. Tu pun hak abang juga." Ucap Harraz selamba.
Terjengil biji mata Humaira mendengar kata-kata lelaki itu. "Eii awak ni kan kenapa gatal sangat?" Bentak Humaira geram.
Harraz ketawa mendengar kata-kata Humaira. "Yela Humaira Amani awak dah jadi hak mutlak Izz Harraz tau." Ucap Harraz dia mencuit hidung isterinya itu.
"Eii malas saya layan gatal awak ni." Bentak Humaira dia segera cuba bangun. Harraz lekas-lekas memegang pingang isterinya itu. Membantu Humaira untuk berdiri.
"Abang gatal pun dengan isteri sendiri tau." Bisik Harraz pelahan di telinga Humaira. "Ini salah pipi Aira la selalu goda abang." Ucap Harraz tangannya laju mencubit pipi Humaira geram!
"Eii sakitlah." Ucap Humaira dia memegang lengan lelaki itu, menolak ke bawah agar melepaskan pipinya.
"Abang rindu sayang tau." Ucap Harraz penuh mengoda.
Humaira memandang lelaki itu. Dia sebenarnya merasakan perasaan yang sama. Sikap Harraz yang nakal tetapi selalu mendamaikan hatinya.
"Sayang minggu ni teman abang naik Penang ye." Ucap Harraz dia sangat mengharapkan Humaira menemaninya ke Penang walaupun perjalan hanya memakan masa sejam lebih. Tetapi dia mahu meluangkan masa bersama gadis itu.
"Penang buat apa?" Soal Humaira.
"Kita p Dating la apa lagi."
"Haa? Jauhnya."
"Takde la, Dah lama abang tak jenguk butik abang. Kita pergi sama ye? Abang nak kenalkan Aira dengan kawan dan pekerja abang."
"Kawan? Siapa?"
"Luqman? Mesti Aira dah sekondeng SM abang so, Aira mesti kenal. Dia tak dapat balik Kelantan Emak dia kebetulan masuk ward."
Huamaira menangguk pelahan. Dia tersenyum malu. Dia memang sudah melihat lelaki itu di media sosial suaminya tetapi tidak pernah berjumpa.
"okay la. Nak pergi bila?"
"Besok pagi la? Kita menginap kat sana 1 malam ye?"
"Haa kena tidur sana ke?"
"Yela boleh dating lama sikit."
"Pulak... suka hati abang la. So Aira kena bawa baju la ye?"
"Tak nak bawa pun tak pe." Ujar Harraz mengeyit mata.
"Eiii malas layan abang. Aira nak p bilik Dr. Sabri."
Belum sempat Humaira membuka pintu. Harraz pantas menarik Humaira ke dalam pelukkannya. Humaira terkejut dengan rangkulan itu cuba melepaskan diri.
"Kejap..." pinta Harraz menahan.
"Abang rindu sangat dengan Aira."
"Hari-hari jumpa pun rindu ke?"
"Tapi abang tak boleh peluk Aira macam ni."
Humaira tersenyum mendengar kata-kata Harraz lelaki ini selalu ingin bermanja dengannya. Akhirnya dia membiarkan suaminya memeluk tubuhnya erat.
Harraz meleraikan pelukannya dia mencium lembut dahi Humaira. Dia rindukan sentuhan gadis itu. Ingin sahaja menyatakan pada dunia Humaira itu miliknya. Dia ingin selalu bermanja dengan gadis itu.
Humaira tersenyum memandang wajah suaminya itu. Harraz membalas senyuman Humaira. Terasa berat ingin melepaskan isterinya.
"Dah?" Soal Humaira.
Laju anggukan dari Harraz tersenyum. Terasa sangat bahagia. "Dah lepas sikit. Tapi nanti rindu besar lagi." Ucap Harraz mendepakan tangannya.
Humaira tergelak dengan kata-kata Harraz. Inilah suaminya ada sahaja lawaknya yang mencuit hatinya. Humaira mengambil tangan Harraz lalu menciumnya lembut.
"Aira pergi dulu ye kekanda intan payung." Humaira berlalu pergi. Harraz tersenyum pelahan-lahan dia melepaskan tangan gadis itu pergi.
Tanpa disedari pelakuan pasangan itu, ada mata melihat dari sudut atas. "Kau ni memang tak nak dengar nasihat aku ye Aira. Dasar tak malu betul. Dekat tangga macam ni kau pilih port kau ye."
Share this novel