14

Romance Completed 23717

YUSUFF memusingkan badannya ke kanan. Matanya dipejamkan. Seketika, dia terbayang peristiwa petang tadi tatkala bersama Rania di dalam kereta. Masih terasa hangat bibir gadis itu dikucupnya. Yusuff mencelikkan matanya.
" Tak betul ni" Dia pusing badan ke kiri pula. Seperti tadi, dia tetap tidak selesa dengan kondisinya saat itu. Kemudian, dia membaringkan tubuhnya mengadap siling. Diperhatikan kipas siling yang berputar laju. Di situ, dia sempat melihat bayang-bayang wajah Rania yang sedang tersenyum padanya.

Yusuff pejam mata. " Nia, apa awak dah buat pada saya ni?" Yusuff terimbau kejadian petang tadi ketika dia menghantar Rania pulang.

KERETA NISSAN ALMERA berwarna putih itu berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Rania. Yusuff menarik brek tangan, lalu memandang wajah Rania sekilas. Dia tahu, dia bersalah kerana terlanjur mengucup gadis itu tanpa rela. Namun dia tidak mampu mengawal emosi dan diri apabila berduaan dengan Rania. Sepanjang perjalanan pulang, mereka hanya berdiam diri dan tidak berani bersuara. Entahkan Rania malu, atau gadis itu sedang memarahinya secara diam-diam.
" Thanks.Dah hantar saya balik" ucap Rania, sedikit formal setelah lama membatukan diri. Dia tidak memandang wajah Yusuff kerana masih terkejut dengan apa yang dilaluinya sebentar tadi.
" Okay. You're always welcome" sahut Yusuff setelah mengalih pandangan ke hadapan. Suaranya sedikit mengecil.

Rania membuka pintu kereta namun terlupa bahawa Yusuff masih menguncinya dari dalam. Dia memberi isyarat kepada lelaki itu untuk membuka kuncinya. Yusuff akur.

" Nia..." panggil Yusuf sebelum sempat Rania melangkah keluar. Rania menoleh lalu mengangkat kening.

" Awak marahkan saya?"
Soalan Yusuff disahut dengan keluhan. Marah? Dia juga tidak pasti akan perasaannya saat ini. Kalau difikirkan, dia berhak marah kerana Yusuff seperti tidak menghormatinya dengan memberikan ciuman tanpa izinnya. Tetapi dia juga tidak mampu untuk menyimpan amarah terhadap lelaki itu dek kerana perasaannya yang terlalu kuat pada Yusuff. Meski kelakuan mereka sebentar tadi salah di sisi agama, namun dalam cinta dia alpa pada dosa. Yusuff mampu menggoncangkan hati wanitanya. Dia sedaya upaya mencuba untuk menahan dari godaan Yusuff, namun nafsu memaksa dia merelakan.
" Nak marah pun benda dah jadi. Lagipun, kadang-kadang dalam cinta, kita selalu lupa kan?"

Yusuff mengangguk, dan dia sedar kesalahannya kali ini. " Saya buat awak tak selesa. Saya betul-betul minta maaf. Tapi Nia, sejujurnya saya tak mampu menahan diri apabila bersama awak. Saya.... saya kalah pada awak Nia"

Pengakuan jujur Yusuff mendebarkan Rania. Kalau itu yang Yusuff rasakan, maka mereka seri kerana Rania juga merasakan benda yang sama. Namun dia malu untuk mengakui. Arghhhh cinta!!!

" Awak takkan buat lagi kan? Yang tadi tu..." Rania tersipu-sipu malu apabila mengungkapkan itu. Yusuff tersenyum manja.

" Buat. Siapa cakap tak?"
Rania membulatkan biji matanya. Lelaki yang satu ini selalu buat dia tak tentu arah.
" Tapi lepas kita kawen. Hari-hari saya buat" Yusuff tersengih nakal. Wajah Rania kemerahan. Tanpa sedar, tangannya sudah ke lengan Yusuff, mencubit sehingga membuatkan lelaki itu terjerit kecil.

" Sakitlah sayang..."

" Awak ni kannnnnn..." Rania melangkah keluar dari kereta dan memboloskan diri ke dalam rumah. Tanpa sebarang bicara. Tanpa kata perpisahan. Tanpa flying kiss! Yusuff tersengih.

"MACAM mana aku nak berdepan dengan dia esok?" Dari ke sofa, dia beralih ke meja makan. Duduk berlutut di atas kerusi marmar sambil menongkat dagu. Segannya masih bersisa meskipun sudah berkali-kali Yusuff meminta maaf. Sejak kejadian petang tadi, dia tidak senang duduk memikirkan apa yang akan terjadi keesokan harinya.
" Kau ni dah kenapa? Duduk sana tak betul. Duduk sini tak betul. Sakit ke?" tegur Hanie dari dapur apabila menyedari gelagat Rania yang seperti cacing kepanasan itu. Dua biji pinggan yang masing-masing berisi ayam masak kicap dan sayur kailan goreng diletakkan di atas meja makan. Lauk bajet untuk orang bujang seperti mereka berdua.
Rania menggaru-garu kepalanya beberapa kali. Takkan nak cerita dekat Hanie? Habis satu perumahan ni dengar dia menjerit nanti. Hubungannya dengan Yusuff juga masih tidak diketahui siapa-siapa. Bimbang akan perasaan Hanie yang terguris kerana rahsia itu, Rania mengambil keputusan untuk berdiam diri.
"Kau masak apa ni?" Rania sengaja tukar topik.
Hanie kembali ke meja makan setelah membawa dua biji pinggan yang berisi nasi. Satu diajukan kepada Rania.
" Kailan goreng. Ayam kicap. Not bad" puji Rania. Yang ni, ikhlas. Bukan saja-saja ambik hati atau tukar topik.
" Mana kau tahu not bad? Rasa pun tak" Hanie sengaja cover rasa malu!
" Elehhh.. yalah tu.. kau malu kan? Aku puji masakan kau. Tapi betullah. Kat rumah ni, selain aku, kau je yang pandai masak" takuk Rania lagi sambil mencedok kailan goreng ke dalam pinggan nasinya. Ayam kicap sudah terlebih dahulu mengambil posisinya.
" Dah engkau dengan aku je yang duduk kat sini. Kau puji masakan aku, nanti aku pun buat benda yang sama. Kan?"
" Bijak-bijak" tukas Rania sepatah lalu meratah isi ayam kicapnya.
" Babe, kau apasal tadi? Ehh, petang tadi kau balik dengan Yusuff kan? Apa yang korang bualkan lama sangat dalam kereta tadi?"
Rania mencebik. Banyak soalanlah minah ni!
" Tanya satu-satu boleh tak? Macam mana aku nak jawab semua?"
Giliran Hanie pula mencebik. " Kau balik dengan Yusuff kan?"
Rania mengangguk pantas.
" Yang korang lama-lama dalam kereta tu apa cerita?"
" Cerita-cerita" sahut Rania pendek.
" Aneh. Aku hidu something fishy" Hanie tersenyum sinis.
Rania cuba berlagak selamba. Dia tahu, lambat laun hubungannya dengan Yusuff akan terdedah juga. Namun sekarang bukan masanya untuk membongkarkan segala-galanya. Biarlah dulu, apabila sudah tiba masanya pasti Hanie akan dikhabarkan dahulu.
" Apa yang fishy nya?"
" Pasal kau dengan Yusuff"
Rania mengangkat kening sambil memandang wajah Hanie.
" Kenapa dengan aku dan Yusuff?"
" Sepatutnya aku yang tanya soalan tu! Kau ada apa-apa ke dengan dia?"
Tepat sangkaan Rania. Hanie memang punya deria rasa yang cukup kuat. Tetapi dia juga tidak akan mengalah. Selagi dapat dirahsiakan, dia akan menjaga rahsia itu sebaik mungkin.
" Kau fikir macam tu ke?" Rania sudah selesai dengan makanannya. Wajahnya serius memandang tampang Hanie.
" Aku dapat rasa. Kau dengan jiran sebelah ada sesuatu" Hanie juga sudah selesai dengan makanannya. Dia akan cuba mengorek rahsia Rania sehingga dapat. Dia tahu, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Rania dan Yusuff.
" Well, kalau kau fikir macam tu, aku tak dapat nak cakap apa-apa. Kalau kau fikir aku bercinta dengan Yusuff, kau anggaplah ianya betul. Tapi kalau kau fikir aku takde apa-apa dengan Yusuff, tu pun kau anggap betul" jawab Rania dengan satu nafas lalu mengorak langkah ke dapur bersama pinggan nasinya. Jawapan yang dia anggap mampu melarikan diri dari Hanie. Tapi untuk saat itu sahaja. Dia kenal Hanie. Sahabatnya itu tidak akan berputus asa untuk terus menggali semua lubang rahsianya. Jadi, untuk esok dan seterusnya, dia harus memikirkan lagi kemungkinan jawapan untuk soalan yang sama dari Hanie!
Hanie diam. Namun dalam diam, dia pasti berkerah mencari jawapan. Kalau Rania berniat hendak merahsiakan sesuatu, dia tidak akan masuk campur. Namun untuk berdiam diri, bukanlah Hanieta Irish namanya!

PAGI itu, AMMAR merehatkan diri di ruang tamu. Niat hati hendak ambil MC kerana kepalanya masih pening, namun apabila mengenangkan kehadiran Daim di pejabat, dia bertambah runsing sekiranya tidak tampilkan diri! Natijahnya, dia sudah bersiap-siap tetapi masih bermalas-malasan hendak turun. Dia juga sebenarnya masih merajuk dengan Datuk Taj kerana tidak melawat dia ketika di hospital. Bahkan papa juga tidak bertanyakan sebarang khabar kepadanya. Tetapi jika dia buat hal, Daim pasti menyerangnya secara diam. Dia tidak mahu kalah pada Daim yang punya seribu satu cara untuk menewaskannya.
" Kau tak turun lagi ke?" soal Luqman yang sudah pun menuruni anak tangga. Dia hendak ke dapur namun apabila terlihatkan hidangan mihun goreng, kuih karipap dan sejag milo panas di atas meja, langkahnya terbantut. Dia menarik kerusi lalu melabuh duduk di situ. Dia sempat melihat Yusuff membawa bekas makanan dari dapur. Keningnya bertaut. Siapa yang berbekal?
" Kau bawak bekal ke? Kau kan chef, takkan nak berbekal"Luqman mula curiga.
" Taklah. Nak bagi kat someone" Yusuff mengatur bicara agar tidak dicurigai oleh Luqman.
" Ye-ye lah kau tu. Someone tu siapa? Rania eaa?"
Demi mendengarkan nama Rania, jantung Yusuff berhenti berdegup namun hanya untuk beberapa ketika. Kemudian, degupan jantungnya berlari pantas.
Ammar menoleh tatkala nama Rania mengisi ruangan luas tersebut. Pantas, dia mendekati meja makan lalu mendaratkan punggung di situ. Yusuff mencedok mihun goreng ke dalam tiga biji pinggan dan diserahkan kepada Luqman dan Ammar.
" Rania kenapa?" soal Ammar ingin tahu. Perasaan curiga Luqman terarah kepada Ammar pula. Yusuff mengunci mulut, mulai tidak senang dengan reaksi Ammar.
" Ehhh, soalan aku tadi kau tak jawab" Luqman mengalih pertanyaan. Hal Rania harus diketepikan dahulu.
" Yelah, aku baru perasan. Kau tak kerja ke?" Yusuff pula menyoal. Ditilik jam di dinding. Sudah pukul 7.
" Kerja tapi tak kerja" jawab Ammar sambil mengeluh.
" Apa maksud kau? Otak kitaorang ni tak berfungsi pagi-pagi camni. Tak payah kau nak berkias. Terus terang je" takuk Luqman.
" Kau ada masalah ke, Am?" tanya Yusuff pula.
Apabila namanya diseru dengan panggilan Am, dia jadi teringat akan arwah Haiza. Gadis itu juga gemar menyapanya dengan panggilan itu. Katanya panggilan manja!
" Haiza..." Terdengar keluhan dari bibir Ammar.
Yusuff dan Luqman saling berpandangan. Yusuff tidak mengenali pemilik nama tersebut. Tetapi ini kali kedua dia mendengar nama tersebut. Pertama kali, adalah ketika mereka melawat Ammar di hospital.
Luqman terkedu. Dia tahu dan kenal rapat akan Haiza. Gadis itu merupakan kisah silam Ammar lima tahun yang lalu. Dan setahu dia, gadis itu juga sudah meninggal dunia. Yang menjadi persoalannya sekarang, kenapa nama itu disebut kembali setelah lima tahun terkubur dalam ingatan?
" Mar, dia dah takde. Dah lima tahun kan kes tu?"
" Aku terjumpa sesuatu yang ada kaitan dengan arwah" Ammar memulakan cerita.
" Maksud kau?" Luqman mula tidak faham.
" Kalau kau dua tak selesa aku kat sini, aku boleh..."
" You' ll stay. Kau kena tahu jugak siapa Haiza. Kita dah duduk serumah. Aku tak nak kau tertanya-tanya siapa dia" cantas Ammar. Dia ingin Yusuff juga tahu hal sebenar.
" Sebelum aku pengsan haritu, Murni, setiausaha aku ada bawakkan aku beberapa fail calon untuk gantikan tempat Encik Gihan yang berhenti kerana hal keluarga. Masa aku belek satu-persatu dokumen tu, aku kenal calon-calon tu. Kau tau kan, hidup aku macam mana. Selalu ke pub, jumpa orang ni. Kenal orang tu. Dan aku tahu attitude dorang macam mana. Sampailah aku tertangkap seseorang ni..." Ammar menarik nafas perlahan-lahan lalu dihembuskan.
" Hasyim. Abang dia" sambung Ammar lagi.
" So?" Tanya Luqman, inginkan lebih maklumat.
" Tiga hari lepas arwah meninggal, Hasyim ada jumpa aku. Dia ugut aku macam-macam. Kata dia, akulah penyebab Haiza meninggal. Dan dia takkan lepaskan aku. Dia akan balas dendam. Lepas je hari tu, aku dah tak jumpa dia lagi sampailah..."
" Masa sebelum kau pengsan tu. Hmmm.. Lima tahun dah kau tak jumpa dia. Kau agak-agak, dia muncul kembali ni sebab nak kotakan apa yang dia pernah cakap dulu ke?" Luqman inginkan kepastian. Dia kenal Hasyim. Lelaki panas baran yang kuat mencarut! Dia ingat lagi, Hasyim dulu pernah mengamuk sampai mengejar dia dan Ammar ke rumah. Alasannya, kerana Ammar mengabaikan Haiza. Padahal setahu dia, Haiza itu bukan teman istimewa Ammar. Dan gara-gara itu, dia berpindah ke tempat lain dan saat itulah, dia mengenali Yusuff.
" Aku tak tahulah, Luq. Aku tahu, aku salah sebab dah tolak cinta Haiza. Aku tahu, aku salah sebab dah layan Haiza istimewa. Tapi macam mana aku layan orang lain, macam tu jugak aku layan dia. Dia yang tak faham cara layanan aku. Aku stress. Dahlah dengan tekanan papa, Daim tu lagi. Ni nak tambah satu lagi masalah" luah Ammar. Suaranya mengendur. Dia sudah seperti orang yang berputus asa. Yusuff berasa simpati terhadap nasib Ammar.
" Sabarlah Am. Allah sedang uji kau. Ambiklah benda ni sebagai satu ujian yang akan menguatkan engkau untuk masa hadapan. Dia tak menguji dengan sia-sia. Ada ganjaran di sebalik semua ni" nasihat Yusuff dengan nada yang lembut. Hati Ammar nampak keras, perlukan masa dan cara yang tepat untuk melembutkan.
" Aku dah selalu kena uji. Dari kecik lagi papa tak pernah pandang aku. Dia hanya nampak Daim. Semua benda baik yang aku buat, semua tak betul. Apatah lagi kalau benda jahat. Apa yang Daim cakap walaupun tak betul, dia percaya bulat-bulat. Dia tak pernah nampak baik aku..." Ammar sudah dibanjiri air mata. Kesal dengan sikap papa yang berat sebelah padahal dia adalah anak kandung papa. Sedangkan Daim berstatus anak tiri.
" Semua orang diduga dalam bentuk ujian yang berbeza-beza. Yang membezakan kita cuma iman dan taqwa. Kau, aku dan Luqman. Kita bertiga ada masalah sendiri yang berbeza. Tetapi bila kita kuatkan iman, sentiasa bertaqwa, in Shaa Allah ada jalan keluar. Aku dan Luq ada untuk kau. Kau tak berseorangan" Yusuff mengatur kata dengan penuh hati-hati. Dia tidak mahu ada hati yang terasa dengan percakapannya.
" Thanks Yus, Luq. Sorry kalau susahkan kau berdua"
" Hal keciklah. Kau kan biasa susahkan aku" sampuk Luqman dengan niat mahu bergurau. Apabila melihat senyuman pada wajah Ammar, dia jadi lega. Melihatkan Yusuff yang juga sedang tersenyum, dia jadi bingung. Wajah kedua sahabatnya agak mirip apabila mereka sedang senyum. Kenapa ya?

RANIA dan Yusuff masing-masing mendiamkan diri di dalam kereta. Sepanjang perjalanan, hanya lagu dan celoteh DJ radio yang meriuhkan suasana. Mereka juga tidak berani untuk memandang antara satu sama lain. Kejadian semalam betul-betul menyesakkan urat saraf mereka.
Sebelum berangkat tadi, Rania sudah berkira-kira hendak menumpang Hanie. Tetapi apabila melihatkan Yusuff yang sudah tercegat di halaman rumah, dia tidak jadi hendak carpool dengan Hanie. Risaukan Hanie yang bila-bila masa sahaja menangkap mereka, dia terus setuju dengan pelawaan Yusuff tanpa berfikir panjang. Penyudahnya, dia pula yang terperangkap dengan Yusuff di dalam kereta. Berdua. Rasa-rasanya, berdepan dengan Hanie yang penuh kemusykilan itu lebih tenang daripada bersama dengan Yusuff saat ini. Setidak-tidaknya, debarannya tidak sekuat ketika disoal siasat Hanie!
" Kenapa awak diam?" Yusuff memulakan perbualan. Kekok rasanya terus mendiamkan diri seperti itu. Dia memang sengaja hendak menghantar Rania ke tempat kerja kerana tidak mahu mereka terus-terusan seperti itu. Mana mungkin dia membiarkan Rania mengelak daripadanya.
" Awak tak bercakap, saya pun diamlah"
Yusuff tergelak kecil. Dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Brek tangan ditarik. Enjin kereta dimatikan. Pandangan difokuskan ke arah Rania.
" Awak nak buat apa?" Rania mulai takut. Pandangan redup Yusuff selalu melemahkan dia. Dia risau jika mereka terlanjur seperti semalam.
" Awak takut dengan saya ke Nia?" Yusuff serkap jarang.
" Errrr.. "
Wajah kalut Rania menjawab pertanyaan Yusuff. Dia faham seandainya gadis itu mempunyai perasaan seperti itu. Kerana itu juga yang dia rasakan. Namun dia lebih takut sekiranya kehilangan Rania gara-gara kejadian semalam. Sungguh, dia tak sanggup!
" Saya takde niat pun semalam tu Nia. Saya terpesong dari jalan saya. Maafkan saya sekiranya perbuatan saya semalam membuatkan awak takut seperti sekarang. Gara-gara nafsu, saya tak menghormati awak. Saya faham kalau awak tak selesa dengan saya. Dan saya faham kalau awak nak... nak... tak nak.. dengan saya" Ayat terakhir itu diungkapkan dengan agak gagap.
Rania pantas menoleh. " Yusuff!!! Merepek apa awak ni? Itu ke yang awak nak?" Yusuff lantas menggeleng.
" Dah tu, kenapa sebut macam tu? Kan saya dah cakap, kita buat silap kan? Tapi tak semestinya kita kena ulang silap tu. Saya pun macam awak. Saya tak mampu berdua macam ni dengan awak. Tapi kita diberi akal untuk berfikir baik buruk sesuatu tu. Yang semalam tu dah pun berlaku. Saya tak nak kita ulang benda tu lagi. Janganlah diungkit lagi pasal tu" Suara Rania sedikit mengendur. Dia agak terpana dengan cara penyelesaian Yusuff. Berpisah bukan cara yang baik. Kesilapan mereka hanya satu, iaitu nafsu! Tetapi selagi ada akal yang menempatkan baik buruk akan sesuatu, selagi itu mereka masih mampu untuk memperbaiki permasalahan yang mereka cipta sendiri.
" Sorry. I thought that..."
" Berpisah bukan cara yang baik. Lama kan kita pendam perasaan ni? Dah bersama macam ni, takkan senang-senang nak putus? Singkatnya cara pemikiran awak! Hmmm"
" Sorry. Saya janji saya takkan sebut pasal semalam atau pasal berpisah" Yusuff mengajukan jari kelingkingnya pada Rania.
Wajah Yusuff dipandang dengan penuh kasih sayang. Seberapa banyak pun kesalahan lelaki itu, banyak lagi kemaafan yang sanggup dia berikan. Rania turut sama mengajukan jari kelingkingnya sambil tersenyum ceria menatap wajah sang kekasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience